17.6.16

REALASH Eyelash Enhancer & Brow Conditioner Untuk Kecantikan Kening dan Bulu Mata

17.6.16,Friday, June 17, 2016
2 hari lepas eyza dapat sekotak barang dari Courier. Teruja jugak sebab kotak besar. Apa la agaknya dalam tu.

Bila buka, dalam kotak tu ada lagi satu kotak. Kotak yang kedua ni nampak menarik dan ekslusif. Berdebar nak bukak kotak kedua tu.


Bila dah buka kotak, nampak bungkusan warna biru yang diikat cantik dengan riben.


Wah, bertambah suspen ni.


Buka Reben pelan-pelan sebab tak tahu apa dalam tu.


Bila dah buka bungkusan tu, Eyza makin teruja sebab ada produk yang popular dari REALASH iaitu Eyelash Enhancer dan Brow Conditioner.


Eyelash Enchancer
Formula REALASH membantu mempercepatkan pertumbuhan bulu mata dalam masa 30 hari dan kita dapat melihat kesannya dalam masa sewal 15 hari.Dengan Eyelash Enchancer juga, bulu mata akan kurang gugur dan tumbuh dengan sihat, panjang dan lentik.

Brow Conditioner
Brow Conditioner ni fungsi lebih kurang je dengan Eyelash Encahancer. Tapi, Brow Conditioner digunakan dikening untuk membuat kening lebih tebal, lebih kuat dan tumbuh dengan tersusun cantik.


Eyza tak sabar nak tengok hasil dengan 2 produk hebat dari REALASH ni.

Cara nak guna pun senang je. Guna sekali sehari pun dah cukup.Selepas mencuci muka, sapukan di  kelopak mata atas pada akar bulu mata. Produk ini didatangkan dengan berus yang memang sesuai dengan kelopak mata. Hanya sapu sekali sehari saja kita akan dapat kening dan bulu mata yang menawan.



Ini adalah gambar eyza guna kali pertama. Nanti eyza akan update result selepas 30 hari eyza guna. Harap-harap bulu mata eyza makin lentik dan panjang la lepas ni. :)

Laman Web Rasmi untuk pembelian di Malaysia

Facebook

Instagram


1 comment: