12.6.16

Resepi Mudah menggunakan Kelapa Laut jenama TC Boy

12.6.16,Sunday, June 12, 2016
 Bulan Ramadhan ni mesti ramai yang rajin masak dan buat desert kan? Ye la, kalau pergi Param (Pasar Ramadhan) pun belum tentu rasanya sedap. Baik buat sendiri.

Eyza suka kalau berbuka ada agar-agar atau puding. Makan sejuk-sejuk lepas berbuka tu memang best ar. Lega rasa tekak. Hihihi.


Dah lama eyza tak try eksperimen dengan resepi. Tapi, bila eyza diberi 2 tin Kelapa Laut jenama TC Boy ni, tetiba rasa macam nak try la olah resepi sedia ada tapi dimasukkan sekali dengan kelapa laut ni.

 Resepi Pertama yang eyza buat ialah Agar-agar 2 Warna Cinta Hati dengan menggunakan Sea Coconut in Syrup. Jom tengok resepi yang eyza buat.

Agar-agar 2 Warna Cinta Hati

Bahan2:
1 Pek serbuk agar2 (x kisah jenama janji yg clear)
4 cawan air
1 tin Sea Coconut in Syrup jenama TC Boy
Gula 2 sudu ( kalau suka manis boleh tambah lagi)
Setengah tin susu pekat
Pewarna sirap ros


Cara buat :

Ambil air gula dari Sea Coconut in Syrup (isinya letak tepi dahulu) . Masukkan agar2 serbuk, Air gula dan gula ke dalam periuk. Kacau dengan api perlahan. Setelah larut, masukkan susu pekat (kalau kurang manis boleh tambah). Bila dah nampak pekat, tuang separuh ke dalam bekas lain dan yang masih di dalam periuk bolehlah di tambah pewarna sirap ros. Susun isi kelapa laut kedalam bekas, dan tuangkan salah satu adunan ke dalam bekas itu. Bila dah agak sejuk sikit baru tuangkan adunan kedua supaya nampak 2 lapis. Susun lebihan kelapa laut di atas agar-agar. Simpan di dalam peti sejuk. 




Dah siap. Selamat Mencuba.

 


Untuk resepi kedua, mula2 eyza ingat nak buat aiskrim tapi tak jadi sebab eyza teringin nak makan puding karamel. So, eyza pun olah sikit resepi dengan menggunakan Sea Coconut In Honey.


Puding Karamel Jiwa Gelora

Bahan-bahan :

Utk karamel:
3 sudu gula
2 sudu air

Puding:
Sepeket Serbuk agar-agar
1 tin Sea Coconut In Honey jenama TC Boy
4 cawan air
1 tin Susu Cair & 2 sudu susu Pekat
1 sudu kecil esen vanila
Tepung custard



Cara buat:

Karamel:
Masukkan kedua2 bahan didalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga bertukar perang. Masukkan dalam bekas.

Puding:
Masukkan serbuk agar-agar,esen vanila, air 4 cawan, air dari Sea Coconut in Honey (isi ketepikan) , susu cair, susu pekat dan tepung custard. Kacau dengan api perlahan sampai pekat. Setelah pekat, tapis untuk dapat tekstur yang halus. Masukkan ke dalam bekas karamel tadi. Boleh susun kelapa laut kedalam bekas sekali dengan puding atau bila nak makan nanti baru susun atas puding.Sejukkan dalam peti ais. Nak makan baru potong. Macam eyza suka susun je atas puding bila nak makan. 



Puding tersenget sikit gara2 x sabar nak makan tak sempat tggu keras. Hahaha.

Selamat Mencuba.


2 comments:

  1. Ya Allah tengok masakkan akk tu semua buat ena terliurrr pagi ni... Sedapnyaa.. nanti nak beli yang ni la nanti, nak buat

    ReplyDelete
  2. banyak benda boleh variasikan tapi kalau malas dah datang...hahahaha

    ReplyDelete