19.6.16

Resepi: Sambal Tomato Pembuka Selera

19.6.16,Sunday, June 19, 2016
Alhamdulillah.. Sekejap je masa berlalu. Diam tak diam dah masuk 2 minggu kita berpuasa. Dari mula puasa sampaila sekarang, eyza belum jejak lagi Bazar Ramadhan. Bangga weh ngan diri sendiri. Hahaha.

Selalunya eyza akan masak sendiri utk berbuka, takpun kalau ada undangan berbuka diluar baru tak masak. Berbuka dekat luar je.

Eyza ni jenis yang suka berbuka kat rumah. Masak simple2 pun ok. Nasib baik hubby pun jenis tak memilih bab makan. 

Untuk sahur pulak, eyza masak yang simple2 je. Pagi2 bukannya makan banyak pun. Salah satu menu pembuka selera yang eyza ngan hubby suka time sahur ialah Sambal Tomato. Resepi asal adalah dari Indonesia tapi eyza olah sikit letak ikan bilis sbb kami ni penggemar ikan bilis. Hihihi.

Resepi Sambal Tomato


Bahan :
3 Tomato 
Sebiji bawang besar
Segenggam ikan bilis siap dikopek
2 hingga 4 ulas bawang putih
Cili api 13 biji (kalau suka pedas tambah, kalau x suka kurangkan cili)
Sedikit garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-caranya:


Potong tomato, cili, bawang besar dan cili putih.


Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.


Masukkan ikan bilis. Kacau sekejap.


Masukkan semua bahan yang dipotong.


Gaul semua bahan bagi mesra.


Masak sampai nampak semua bahan dah lembik sikit.


Masukkan dalam lesung batu. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Agak susah sikit nak tumbuk kan sbb panas dan berminyak. Takpe, tak perlu tumbuk. Tekan2 je dengan lesung batu. Nnt akan hancur sbb bahan2 tu dah lembik. Dah rasa ok, masukkan dalam piring.


Eyza buat tak hancur sangat sebab hubby suka yang masih nampak tekstur bawang dan ikan bilis.

Sambal Tomato ni sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan kembung goreng. Boleh buat makan bertambah-tambah masa sahur. Try la. 

6 comments:

  1. wow...mcm best jer...leh buat untuk berbuka nanti...

    ReplyDelete
  2. mmg sedap...Sally selalu ada cili masak sekali..hehehe...lepas tu mula la makan nasi tal tgk kiri kanan..LOL

    ReplyDelete
  3. makan nasi panas-panas...asssyukkkkk~

    ReplyDelete