20.6.16

Restoran Tarbush dan Al Halabi menghidangkan makanan Arab yang best

20.6.16,Monday, June 20, 2016
Maaf la kalau pembaca blog Eyza asyik kena mengadap menu yang best2 je sejak kebelakangan ni. Eyza pun jadi serba salah nak update. Tapi, rugi kalau tak share tempat makan sedap2 dengan readers semua kan. Nak tak nak, eyza share la jugak. Senang untuk kita rancang nak makan kat mana kan sempena Ramadhan ni.

Sebelum-sebelum ni Eyza asyik share Buffet Ramadhan je kan. Ha...kali ni ada kelainan sikit. Eyza nak bawak readers semua ke Restoran Arab la pulak. Untuk penggemar makanan Arab, eyza memang recommed tempat ni.

Restoran Tarbush dan Al-Halabi yang terletak di JW Marriot Kuala Lumpur ni memang best. Kedua-dua restoran ni ibarat adik-beradik la sebab ianya dibawah owner yang sama.

Melangkah masuk dalam Restoran ni Eyza dah rasa macam best. Suasana dan susun aturnya memang sesuai jika kita ingin makan dalam suasana yang romantik.





Sebut saja makanan Arab mesti ramai yang terbayangkan Nasi Mandy Ayam atau Kambing yang kaya dengan rempah ratus. Selain menu itu, ada banyak lagi menu menarik dekat sini. Jom kita tengok menu-menu kat sini.


Whole Lamb with Bazilla Rice
Eyza suka sangat Daging Kambing dan Nasi Bazilla ni. Kambing rasa cukup rempah dan lembut, nasi pun sedap. Makan nasi saja pun best. Tapi, bila digabungkan nasi dan kambing panggang bertambah-tambah best.



Kibbeh
Daging kambing yang dibuat seperti bebola. Sedapa makan begitu saja atau dimakan bersama roti.


Hommus Tahina
Dibuat dari kacang kuda. Yang ni pun sedap bila dicicah dengan roti


Fetush
Lebih kurang macam Salad Sayuran, tapi yang bestnya sebab ada Nachos dalam tu. Bila makan ada rasa rangup kat situ.


Mutabal
Dibuat dari terung. Sedap dimakan dengan roti. Rasanya agak unik.


Falafel
Ianya ala-ala kuih vadei. Juga dimakan bersama roti.


Roti Arab
Kebanyakan masakan untuk starter sedap dimakan dengan roti Arab ni


Mix Grill
Jangan lupa try set ni sebab ianya lengkap dengan daging, kambing, udang, ayam, sayur-sayuran, kentang goreng juga Nachos.


Masakan ni pulak seperti kari kambing. Ianya dihidangkan dengan Nasi dari Beras Basmathi. Sedap.


Dan untuk pencuci mulut kami dihidangkan dengan 2 pencuci mulut yang sedap. Rasanya memang unik. Nak tahu kena la try sendiri.



Dan akhir sekali jangan lupa cuba teh dan kopi arab. Memandangkan eyza ni akan sakit kepala minum kopi, eyza pun pesan teh. Teh arab ada rasa mint. Buat air tu jd wangi.


So, kalau teringin nak berbuka dengan makanan Arab, apa kata pergi try di Al-Halabi dan Tarbush.




3 comments:

  1. Perghh smart betul tempat makannya.. ala2 restoran kat arab betul2... perghh boleh try nanti makan kat sini

    ReplyDelete
  2. Weh! tetiba rasa rugi je makan sikit haritu..hahahahhaa

    ReplyDelete