4.7.16

Koleksi Jubah lelaki dan Wanita Moden di SH SweetHeart

4.7.16,Monday, July 04, 2016

Wah.. Pejam celik pejam celik dah nak raya kan? Tak sabar rasanya. Dah beli baju Raya? Eyza tahun ni beli yang siap je sebab malas nak beli baju dan tempah. Harga kain dan tempah sekarang ni lagi mahal dari Baju siap.

Salah satu koleksi baju siap yang Eyza rasa cantik adalah dari SH Sweetheart Collection sebab ianya menampilkan rekaan terkini yang dapat menepati citarasa pelanggan.


Koleksi dari SH Sweetheart ni menampikan warna-warna yang terang dan ceria. Sesuai la dengan mood raya. Dengan menampilkan tiga koleksi iaitu Mirabell (Baju Kurung Moden) , Salsabella (Jubah Wanita) dan Andalusia (Jubah Lelaki).

Untuk Jubah lelaki, Koleksi ini menggunakan Fabrik dari Italian Paloma,Italian Heavy Valentro, Cood Hand Woven, Italian Monaco dan Italian Valentro Uomo.



Selain itu, Jubah wanita juga tak kurang hebatnya. Didatangkan dengan dua tone membuatkan Jubah ni nampak menarik dan ekslusif tau.




Untuk Jubah lelaki dan wanita, ianya sesuai untuk saiz S hingga la ke XXL.

Selain itu, koleksi Kurung Moden juga menarik. Kombinasi warna pastel dan terang buatkan ianya nampak ekslusif dan ceria.



Untuk koleksi ini ianya didatangkan dalam saiz S hingga L.


Kalau nak tengok banyak lagi koleksi baju yang menarik kat sini, boleh layari:


Untuk yang nak tengok dan cuba sendiri, bolehlah ke:
Nanano Vendors

1 comment:

  1. Cantik cantik bajunyaaa.. yang jubah bertone tu.. huaarrrggghhh!

    ReplyDelete