5.7.16

Masakan Kampung Di Restoran Rasa Utara Times Square

5.7.16,Tuesday, July 05, 2016
Sekejap je Ramadhan dah nak habis. Rasa belum puas lagi. Mesti ramai yang tengah shopping last minit kan? Best tau shopping last minit, barulah rasa suasana Raya tu sebab semua tempat memainkan lagu raya.

Ha.. kalau dah penat shopping tu mesti lepas tu nak cari tempat berbuka puasa yang best. Untuk penggemar makanan Melayu terutamanya dari Utara, bolehlah ke Restoran Rasa Utara yang terletak di dalam Pusat Membeli-Belah Times Square. 


Banyak Menu Special kat sini sampaikan Eyza tak tahu nak order apa. Dalam tak tahu tu penuh jugak la pinggan kami.Hahaha.


Dari kiri: 
Sirap Selasih Laici, Calamansi Asam Boi, Air Cendol Rasa Utara dan Teh 'o' Limau Laici

Air tu semua dah disedut sebab tu tak penuh. Calamansi tu Eyza order. Sedap. Cukup rasa masam dan manis.

Ayam Percik

Ayam Percik ni nampak menarik kan? Eyza dah la suka bahagian peha. Puas hati la sebab peha besar, kuah percik pun sedap.


Ikan Bakar Air Asam

Selalunya makanan yang simple macam ni yang buat kita makan bertambah-tambah kan?


Ayam Tandoori

Rasa Ayam lembut

Kari Kambing Rasa Utara


Setiap hidangan lauk tu didatangkan dengan Set Nasi. Yang kuning macam masal lemak tu sedap. Cukup rasa. Makan nasi dengan kuah tu je pun dah best.

Ni la Chef di Rasa Utara. Hensem tak?

Eh..eh.. Bukan itu je tau yang Eyza makan. Ada lagi. Tapi Eyza bukanlah makan sorang, makan ramai-ramai. So, takde la membazir.

Kailan Ikan Masin

Set Nasi Rasa Utara

Udang Sambal Petai

Ayam Kari Kapitan

Ikan Menari- Terbaik!

Asam Pedas Ikan



Facebook : Rasa Utara
Instagram : @rasautara

 Branch : 
Rasa Utara
 Berjaya Times Square, KL | Mid Valley Megamall, KL | IOI City Mall, Putrajaya  
 03 – 2011 0884 | 03 – 2201 3258 / 03 – 2282 0749 | 03 – 8328 0733


2 comments:

  1. Huishhh tertarik sangat ikan menari tu....

    ReplyDelete
  2. makan sedap tak hajakkk meh! btw, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kakak!

    ReplyDelete