22.8.16

ABS Powerbank memang berbaloi untuk dimiliki

22.8.16,Monday, August 22, 2016
Eyza sekarang ni tengah menyimpan untuk Beli Kamera. Sebelum tu kena la guna kamera handfon je kalau pergi event. Tapi, kalau pergi event mesti kena banyak ambik  gambar dan buat Live Update.Kekadang blom sempat habis Event, bateri handfon pun dah habis. Masa tu siap terkulat-kulat. Hahaha.

Sebab tu la, Powerbank adalah salah satu benda yang penting jugak kalau gi mana-mana. Takkan la dekat event kita nak cari plug sebab nak cas handfon. Takleh buat kerja la camtu. 

Nak beli Powerbank pun Eyza kaji banyak benda dulu. Survey punya survey, Eyza rasa ABS Powerbank adalah pilihan terbaik.


ABS powerbank ni hanya 0.3 kg sahaja. So, kita boleh masukkan dalam handbag je. Mudah nak bawak ke mana-mana. Lagipun ianya berkapasiti 15,000 mAh. Untuk blogger macam Eyza yang banyak gunakan handfon memang sesuai sangat powerbank jenis ni.

Selain dari ringan, Powerbank ABS ni ada warranty selama 2 tahun tau. One to one exchange. Yup. Eyza tau mesti ramai yang tak percaya kan? Ha..ni citer betul ni. Sebelum ni kalau kita beli powerbank cuma warranty setahun tapi dengan ABS Powerbank, kita dapat 2 tahun.


Powerbank ni didatangkan khas dengan dua output. Memang boleh share dengan kawan-kawan atau cas 2 gajet dalam 1 masa. Best kan. Takde la kena tggu kita pakai baru orang lain boleh pinjam. Dengan dua output kita boleh cas sama-sama.



Lagi satu, apa yang buatkan Eyza suka dengan Powerbank ni ialah jimat masa sebab ia dapat caj dalam masa yang singkat. 

Sekarang ni memang banyak sangat produk tiruan dekat pasaran. Tapi, kita kenalah jadi pembeli dan pengguna yang bijak. Di Malaysia, hanya C Two Gadget sahaja pengedar sah untuk ABS Powerbank ni.

Ha... Eyza dah puas hati dengan ABS Powerbank ni. Korang tak nak try ke? Bole tengok sini untuk tahu kat mana nak beli.


Nak harga promosi tak? Ha...mesti la ada. Uolls boleh tengok kat sini

http://m.11street.my/store/MiniMallAction/getMiniMallHome.do?sellerHmpgUrl=absmalaysia

Promosi dekat 11street ni berlangsung sempena bulan kemerdekaan. Ianya akan berakhir pada 31 Ogos 2016. Rugi tak grab peluang ni sebab ada diskaun 20% - 30% tau. Memang berbaloi!

1 comment:

  1. Nak beli yang ni.. Powerbank ena dah rosakkk.. thanks kak yong suggestkan

    ReplyDelete