20.8.16

Cuti-Cuti Cinta ~ Krabi (Phi Phi Island)

20.8.16,Saturday, August 20, 2016
Ya Allah. Eyza betul-betul terlupa yang entry Krabi lom habis cerita. Dah berbulan-bulan pun. Ingat lagi ke tak ni? Hihihi. Nasib baik segala perbelanjaan Eyza catat.

Kalau nak throwback, bole baca citer Krabi sebelum ni kat link bawah ni:


Ok, meh Eyza sambung citer pasal Krabi. Untuk hari kedua kami decide nak pergi Pulau. Yeay. Rugi tau kalau pergi Krabi tak menjelajah ke Pulau-pulau yang ada kat sana. 

Untuk Pakej Pulau, Eyza ambil dengan Krabi Travel Information macam yang Eyza pernah cerita dalam entry sebelum ni.Mulai tahun ni, harga pakej ke pulau tak termasuk dengan cukai pulau tau.

Macam Eyza ambil pakej Phi Phi Island, Cukai Pulau kena bayar seorang 400baht. Kiranya pakej pulau 900 Baht + cukai 400 Baht jadikan jumlah kena bayar 1300 Baht. Untuk Cukai Pulau, bila kita atas boat baru akan collect. Ada jugak yang tak nak bayar, so diaorg tak turun dari boat. Bagi Eyza dah alang-alang datang, baik kita explore je semua tempat. 


Untuk ke pulau, travel agent akan bgtau pukul berapa van akan datang pick up kat hotel. Macam kami hari tu van datang pukul 8.30. Sebenarnya, bukan van. Tapi Tuk Tuk, macam lori kecik tu. Adventure jugak naik ni. Tapi sebelum ni dah pernah naik kat Hatyai, so takde la rasa pelik.


Eyza tak bawak baju salin pun sebab baca kat blog-blog lain semua cakap tak perlu bawak sebab nanti baju akan kering sendiri.


Tuk tuk akan pick up dari hotel ke hotel. Lepas tu kami semua diturunkan dekat tepi pantai. Memang pit stop untuk sesiapa yang nak ke pulau. Dekat sini, kami diberi gelang berwarna ikut pakej pulau. So, xde la potensi kita nak tertukar pergi Pulau lain.


Kebetulan masa kami pergi tu cuti sekolah. Lupa plak nak check kalendar time tu. Memang ramai manusia la time tu. Dan yang ramainya dah tentu la orang Malaysia.


Ni la pemandu pelancong kami. Dia cakap Inggeris tapi dengan dialek Siam. Ada benda yang kami paham, ada yang tak. Tapi sepanjang perjalanan memang tak boring langsung sebab macam-macam yang abang ni cerita tentang Krabi.

Setelah dengar taklimat ringkas dari abg tu, kami pun dibawa ke Boat. Kena jalan kaki jauh jugak la. Dalam perjalanan tu akan ada orang ambil gambar. Eyza plak tak sempat bersedia dia dah snap. Asing2 dengan hubby plak tu.

Eyza cadangkan kalau pergi Krabi naik la boat Sea Eagle sebab boat dia memang selesa. Lepastu, tak crowded sangat. Ada boat Eyza tengok dah macam sardin dah padatnya.


Untuk Pakej Phi Phi Island, kami dibawa ke Bamboo Island, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Bay,Maya Bay, Viking Cave dan Phi Phi Don.

Untuk snorkeling dia akan berhenti dekat Bamboo Island, Maya Bay dan Phi Phi Island.

Sepanjang perjalanan tu Eyza rasa kagum sangat dengan kecantikan air laut kat sini. Tak dapat nak digambarkan macam mana. Nampak biru dan hijau.





Boat akan berhenti dekat Pulau apa ntah Eyza tak ingat untuk snorkeling. Tapi kat sini tak ada daratan. Sesiapa yang nak snorkeling kena terjun terus dalam laut. Hubby je excited nak pergi. Eyza yang tak pandai berenang ni memang takmo la. Hubby pujuk pun memang Eyza xmo. So, Eyza tukang tangkap gambar hubby je la..


Bukan main happy dia dapat snorkeling. Tapi cuaca tak payah cerita la.Memang panas terik. Nasib baik dalam boat memang disediakan air mineral sejuk. Ambik la banyak mana yang korang nak. Memang hilang haus.


Masa dekat Maya Bay Eyza sempat berkenalan dengan kawan-kawan dari Malaysia. Diaorang dari Bangi. Kitaorang naik 1 boat. Tapi masa atas boat tak dapat borak sebab diaorg hujung sana kami hujung sini. Dah turun ke darat, baru leh ramah mesra. Best jumpa membe Malaysia.


Dekat Maya Bay ni memang cantik kalau ambik gambar. Pasir pantai bersih je.



Kami ambil pakej halal. Untuk makan tengahari kami semua dibawa ke Arida Restoran.



Habis makan, jalan-jalan kat Pulau tu jap kami terus ke Phi Phi Island. Kat sini last stop untuk kami snorkeling. Puas hati la sebab pantai dan air laut cantik sangat.


Balik je dari Pulau muka dah macam udang kena bakar.Tapi Eyza puas hati sangat sebab dapat tengok Pantai dan laut yang super duper cantik. Rasa nak repeat lagi je ke Krabi.


Ok, habis cerita pulau. InsyaAllah nanti Eyza sambung lagi ye.

Kira-Kira:
Entrance Fees Pulau : 400 baht x 2 (RM 95.60)
Gambar Hubby : 10 baht (RM 11.95)
Air tea thai : 48 baht (RM 5.74)

Total : RM 113.29

1 comment:

  1. haaa baru ada sambungannya heheh kita tunggu tau :D
    bestnya krabi teringin jugak nak gi sana nanti

    ReplyDelete