13.8.16

Majlis Doa Selamat Dan Pelancaran Filem "M.O.X-Misi Operasi X"

13.8.16,Saturday, August 13, 2016
Minggu lepas Eyza sempat hadir untuk Majlis Doa Selamat Dan Pelancaran Filem "M.O.X-Misi Operasi X".


Filem M.O.X ini dihasilkan dibawah Syarikat Wallworld Pictures Sdn. Bhd dan mendapat kerjasama dari Kementerian Sains & Teknologi dan Inovasi 'MOSTI' di bawah naungan Datuk Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri MOSTI. Filem ini bercorak Aksi dan Sains selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk budaya 'STI' (Sains, Teknologi dan Inovasi) dikalangan masyarakat terutamanya generasi muda.


Filem yang hebat, mesti la kena ada Pengarah yang hebat jugak. Filem ini diarahkan oleh Dato Zulkeflie M Osman. Setelah sekian lama baru la Dato Zulkeflie buat 'comeback'. Lebih kurang 10 tahun juga la jalan cerita ini dikaji sebelum setuju ianya dijadikan filem.



Di Majlis ini juga diserahkan polisi Insuran. Ye la, filem aksi ni. Mesti la kena ada polisi Insuran untuk cover setiap aksi 'stunt' yang dilakukan.


Majlis Pelancaran pun dibuat ala-ala James Bond. Terkejut Eyza bila bunyi pistol meletup. Hahaha.. Rasa macam real.


Dalam Filem ni, kita akan nampak kelainan sebab pertama kali Ebi Kornelis (AF5) dipilih menjadi hero  Filem setelah sekian lama menyepikan diri dari bidang seni dan kini Ebi akan berganding dengan aktress dari Indonesia iaitu Tya Ariffin yang menjadi heroin. Ebi memegang watak sebagai Don Pedro banyak membuat persiapan bagi menjayakan filem ini.


Sinopsis Filem M.O.X

M.O.X mengisahkan tentang seorang agen rahsia persekutuan  iaitu Don Pedro memikul tanggungjawab dalam Misi baru yang diberi kepadanya untuk mencari dan menghapuskan dalang dari sebuah organisasi haram yang sering mengancam keselamatan dan kestabilan negara  serta dunia. 
Mereka juga menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pertubuhan pengganas Antarabangsa yang berpusat di luar negara. Menggunakan senjata canggih untuk mengawal ekonomi dunia, mereka juga cuba menghapuskan Don Pedro dari menjadi penghalang pada kegiatan-kegiatan jahat mereka.
Kecenderungan Don Pedro dalam usaha menyekat kegiatan-kegiatan haram mereka telah membuatkan Don Pedro menjadi buruan. Berjayakah Don Pedro mempertahankan kekasihnyaFifi? Apakaha peranan Zeera falam misi berbahaya Don Pedro?

Semuanya akan terjawab bila kita menonton sendiri Filem ni nanti.

Filem ni dah pun mulakan penggambaran pada 28 Julai 2016 dan ianya dijangka selesai penggambaran pada awal September 2016. InsyaAllah filem yang menelan belanja lebih dari 3.6 juta ini akan ditayangkan pada tahun 2017.

Mesti ada dah yang tak sabar nak menonton Filem ni kan? Ha...jom kita tengok teaser dulu.


Malaysia dah lama tak ada filem-filem aksi macam ni. Kalau kita suma tengok cerita James Bond atau Mission Imposibble, cerita ni ala-ala cerita penyiasatan penuh aksi tu. Jom kita sama-sama menyokong Filem kita, Filem Malaysia. Jangan ingat orang kita tak boleh hasilkan filem yang setanding dengan negara luar.


Eyza sendiri bila tengok Teaser pun dah rasa tak sabar nak tunggu Filem ini ditayangkan sepenuhnya kat pawagam nanti. 



Sebelum balik, Eyza sempat tengok diaorg 'setup' tempat utk shooting. Dato Zul dan krew semua sporting. 


Harap penggambaran filem ni berjalan lancar dan dapat ditayangkan segera. Can't Wait!

1 comment: