27.8.16

Makanan Halal di Krabi : Restoran Bamboo Thai

27.8.16,Saturday, August 27, 2016
Balik dari Pulau memang letih sangat-sangat. Kami malas nak singgah makan. Balik bilik, masak maggi pastu terus tido. Keletihan sangat-sangat dah. Malamnya baru kami keluar cari makanan. Keluar dekat-dekat je dengan The Dream Garden. 



Kami pun decide nak makan malam dekat Bamboo Thai. Ramai jugak blogger yang suggest makan kat sini.


Patut la nama kedai ni Bamboo Thai, hiasan dalaman kedai banyak dari buluh. Sesuai sangat.


Kami kelaparan sangat sbb petangnya just makan maggi je. So, untuk malam hubby order Tomyam Campur, Telur dadar dan Sayur Kucai. 



Rasa? Boleh tahan sedap. Tak tahu la sama ada memang sedap atau kami yang kelaparan. Hahaha. Tapi harga, agak mahal sikit la bila kita dah convert ke RM. Tapi bagi Eyza still berbaloi la nak makan.


Sebelum balik ke bilik, Eyza beli pulut mangga. Sedap. Sebekas tu 600 Baht. Mangga dia banyak. Ok la.

Pulut mangga tu balik makan kat bilik je. Dah penat, malas nak jalan-jalan. Esok nak check out dah. Kita tukar hotel lain pulak.

Kira-kira:
Mkn di Bamboo Thai - 520 Baht (RM 62.10)
Pulut mangga - 60 Baht (RM 7.10)

Total : RM 69.20

4 comments:

  1. Nanti pergi sana, boleh acik mai makan sini.. Masakan Thai memang sedap2, rindu dah makanan kat Hatyai dulu ni

    ReplyDelete
  2. Pulut mangga tu buat perut kita berkeroncong pulak.. :D

    ReplyDelete
  3. Tulis kat situ pulut mangga 600 bhat! baru nak sekeh kepala org yg jual..pakai mangga emas ke ape...LOL..nasib baik kat bawah tu tulis betul..hehehehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya mknn tu semua...lagi2 pulut mangga tu..memang fav lah..

    ReplyDelete