8.9.16

Cheese Nan terbaik hanya di RSMY

8.9.16,Thursday, September 08, 2016
Eyza ni memang penggemar Cheese. Kalau makan Cheese Nan, Eyza paling suka makan dekat RSMY di Medan Tuanku. Cheese dia memang banyak dan puas hati la. Eyza dah banyak kali makan kat sini. Setiap kali makan, memang tak pernah mengecewakan.


Baru-baru ni Numi ada invite Eyza dan beberapa gang blogger untuk makan kat sini. Dah tentu2 la Eyza tak tolak. Makanan kegemaran tu. Kami semua makan di RSMY Medan Tuanku. Selain dari di Medan Tuanku, kedai ni juga ada cawangan di Danau Kota.  Yang cawangan tu Eyza belum pernah sampai. Selalunya memang makan kat Medan Tuanku ni.

Dah sampai sini, rugi la kalau tak makan puas-puas kan. Macam-macam yang kami order. Kalau datang sini, jangan lupa order Jus Buah Jumbo ni. Puas ati. Boleh share berdua sebab gelas dia memang besar.


Selain itu, ada juga air Epal Asamboi, manggo lassi dan Ribena laici.


Kalau sampai sini jangan lupa order Lamb Leg. Sedap tau. Dah la lembut. Eyza boleh meratah camtu je.


Kat sini ada aneka beriani tau. Ada beriani ayam, daging, kambing dan udang. Sambal udang tu pedas tapi sedap. Kalau kat sini, tolong la jangan tamak. Sebab apa? Sebab portion makanan kat sini besar. Boleh share 2 orang. Kami makan beriani ni share 2,3 orang pun tak dapat habis. 


Makanan yang paling menjadi kegemaran pelanggan kat sini dah tentu la Cheese Nan. Ada macam-macam jenis Cheese Nan kat sini. Pilih je mana yang menjadi idaman hati. Tengoklah cheese meleleh tu. Melting sangat.






Untuk kuah cicah pulak, Eyza pilih Margesh (ayam) dan Keema (daging). Selain dari tu, kita boleh jugak pilih kuah dhal.



Dan satu lagi, kalau makan kat sini jangan lupa tau order Ayam Tandhoori. Lembut dan sedap. Eyza boleh habiskan sorang je. Hihihi.


Kalau sesiapa yang rasa nak makan Cheese Nan sedap ni, bolehlah pergi ke Medan Mara ataupun cawangannya di Danau Kota.

Sekarang ni tengah ada PROMO tau.  Untuk harijadi uolls, uolls boleh dapatkan diskaun 50% dalam 1 resit tau. Berbaloi sangat.



4 comments:

  1. Fuhhh sedapnya la hai da macam pizaa haaa

    ReplyDelete
  2. adooooiiii mangga lassei kena dgn cheese nan...merecik keju....nak p...kena p ni, hari tu x dpt nk join huuuu...rugi beno

    ReplyDelete
  3. Huishh sedap tengok semua menu makanan kat sini.. Nan Cheese tu, perghhh!

    ReplyDelete