25.9.16

Koleksi DreamWorks® “Trolls® Magnet” di 7-Eleven

25.9.16,Sunday, September 25, 2016
Eyza ni boleh dikatakan pengumpul "Fridge Magnet" tegar la. Mana-mana tempat Eyza pergi mesti Eyza akan beli Fridge Magnet. Eyza juga suka kumpul "Fridge Magnet" dari Filem. Bagi Eyza ianya unik sebab ia takkan ada selalu.

DreamWorks akan mengeluarkan Filem baru iaitu Trolls yang akan ditayangkan di Pawagam pada 4 November 2016. Birthday Eyza 5 November, bolehlah suh hubby blanja tengok citer ni. Hihihi.


Sempena Filem ni, DreamWorks telah bekerjasama dengan 7 Elevan untuk mengeluarkan koleksi "Fridge Magnet".

Kempen ni bermula 13 September 2016 hingga 7 November 2016 tapi korang boleh redeem bermula 13 September 2016 hingga 14 November 2016. Banyak masa lagi tau nak redeem.


Macam mana nak redeem? Senang je. Dengan setiap pembelian RM5 di 7-eleven, uolls akan dapat sekeping sticker. Kumpul sampai 12 sticker dan boleh redeem sekeping "Fridge Magnet" Troll. Senang je kan?


Eyza dah ada 2 koleksi ni. Tak sabar nak tambah lagi sebab comel2 karakter dalam Trolls ni.


Kalau nak menang hadiah yang lagi best, uolls boleh sertai "Show Your Trolls Colour". Caranya mudah je. Pakai baju mengikut karakter dalam Filem Trolls an upload ke Facebook 7-Eleven. Uolls berpeluang untuk menang GoPro Hero 4. Best kan?

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.7eleven.com.my/ atau FB 

1 comment:

  1. cantik gila akak punyaaa! ni yg berkobar nak ke 7-Eleven

    ReplyDelete