4.9.16

Masak makin mudah dan sedap dengan Rangkaian Rempah Mak Siti

4.9.16,Sunday, September 04, 2016
Eyza ni memang suka masak. Tapi, resepi yang Eyza guna semua simple-simple je. Tak perlu banyak bahan.

Sekarang ni lagi senang sebab Eyza dah jumpa dengan pelbagai jenis rempah keluaran Mak Siti. Dulu-dulu, Eyza ingat Rempah Mak Siti cuma ada rempah sup. Tapi rupa-rupanya ada macam-macam jenis. Pilih je nak masak apa. Semua ada.

Ada rempah Sup Kepala Ikan, Masak Kicap Daging, Serbuk Sup, Rempah Kurma, Rempah Kari dan Serbuk Kunyit. Ini baru sikit ni. Ada lagi tau.


Jangan bagi alasan tak tahu masak kalau ada Rempah Mak Siti ni. Sebab apa? Sebab dekat belakang setiap pek ada resepi untuk rujukan. Senang kan?

Eyza dah try guna Rempah Masak Kicap Daging. Memang sedap. Jom tengok cara Eyza masak.

Resepi 
Masak Kicap Daging Seharum Kasih Mak Siti

Bahan-bahannya:
Daging - potong kecil (Eyza guna 2 blok daging)
Rempah Masak Kicap Daging Mak Siti
Sebiji bawang besar - hiris nipis
Seulas bawang putih - hiris nipis
Halia sebesar ibu jari - hiris nipis
2 biji Cili api - potong 2
Kicap manis (Eyza guna kicap Jalen)
Sebiji ubi kentang
Sebiji tomato
Sedikit garam
Sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya:
Masukkan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih. Bancuh rempah Daging Kicap Mak Siti dengan sedikit air. Setelah bawang naik bau, masukkan rempah Mak Siti ( Eyza guna setengah peket je sbb daging sikit). Masukkan daging dan kentang, Kicap, tomato, Cili Api dan garam. Reneh sampai daging dan kentang empuk. Tutup api. Dah siap untuk dimakan. Selamat Mencuba.


Senang je kan. Rasa memang sedap. Hubby siap makan bertambah.hihihi.

Jom layan video cara masak guna rempah Mak Siti.. Memang senang..



Rempah Mak Siti ni ada je jual dekat mana-mana hypermarket dan kedai runcit seluruh Malaysia.

Kalau nak beli online pun boleh beli kat fb Mak Siti.
fb: https://m.facebook.com/rempahratusmaksiti/
ig: @restoranrempahkarimaksiti
website: http://www.maksiti.com/

Atau boleh contact 
01116026692 (Dhia)

Esok nak masak Kurma Ayam Mak Siti plak la. Senang dan sedap. Uolls jangan lupa cuba tau.

No comments:

Post a Comment