4.9.16

Sup Ketam Penawar Demam Denggi

4.9.16,Sunday, September 04, 2016
Lama betul Eyza tak update. Banyak sebenarnya entri yang tertangguh. Eyza bukan saja-saja menyepi, tapi Eyza dah demam 5 hari. 

Demam hari pertama hingga ketiga mmg kuat sangat. Sampaikan bantal Eyza tido pun turut panas.Pergi klinik, check dan suruh balik.  Hari ke empat, kurang sikit. Tapi, Eyza tetap rasa tak sedap badan. Nak tak nak, pergi pulak klinik gov. Nak check darah. Risau plak tak kebah-kebah. 

Bila result darah keluar, tak berapa cantik. Platlet rendah dan darah terlampau pekat. Tanda2 denggi. Eyza dah risau dah.Dr suruh repeat ambik darah sampai platlet ok. Pagi tadi pg HUKM untuk ambik darah. Platlet makin turun pulak. Esok kena ambik darah lagi. Harap-harap la naik. Tak larat dah nak ambik darah hari-hari. Sakit o..

So, demi untuk meningkatkan platlet balik dari HUKM td terus je pergi kedai beli ketam. Hubby nak masak sup ketam untuk i.. Resepi tgk kat Azie Kitchen, tapi dah olah sikit. hihihi

Resepi Sup Ketam

3 ekor ketam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Ubi kentang
Lada sulah
Daun Sup
Olive oil/minyak masak

Cara-caranya;
- Bersihkan ketam dan potong 2
-Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
-Tumis bahan tumbuk sampai naik bau
-Masukkan air dan ubi kentang 
-Bila kentang sedikit empuk, masukkan ketam.
-Masukkan lada sulah dan garam.
-Reneh dengan api kecik sbb nak ianya masak secara perlahan.
-Akhir sekali masukkan daun sup.

Senang kan. Try la. Memang sedap.

Doakan Platlet Eyza naik esok ye. Takmo dok wad. Huhuhu.

1 comment: