5.10.16

Jangan Lupa Singgah ke Penang 3D Trick Art Museum jika Ke Pulau Pinang.

5.10.16,Wednesday, October 05, 2016
Eyza ni nama je kampung kat Penang. Tapi, banyak lagi tempat best kat Penang yang Eyza belum explore.Kalau balik kampung, lebih suka explore tempat makan.hihihi. Tapi, kekadang rasa rugi je. Orang lain datang jauh-jauh ke Penang nak melancong, Eyza boleh tak pergi mana-mana. So, jom la kita gi cari tempat best nak berjalan.

Salah satu tempat menarik yang jadi tarikan sekarang ni kat penang ialah Penang 3d Trick Art Museum. Muzium ni terletak di Lebuh Penang, dekat dengan Padang Kota Lama. Kalau bawak kereta, parking je dekat Padang Kota Lama dan jalan kaki je ke Muzium ni. Dari Padang Kota, kita kena menyeberang jalan untuk ke bangunan Chinese Chamber. Trick Art Museum terletak tak jauh dari situ.

Untuk masuk ke Muzium ini, harga yang dikenakan sangat berpatutan.

MYKAD
Dewasa (13 tahun ke atas) - RM15.00
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas - RM10.00

TANPA MYKAD
Dewasa (13 tahun ke atas) - RM25.00
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas - RM15.00


Kalau tengok dari luar nampak biasa je. Tapi try masuk dulu.Macam-macam yang kita boleh explore. Muzium ni terbahagi kepada 2 tingkat. Banyak gambar-gambar menarik yang kita boleh jadikan prop bergambar. Untuk mula explore muzium ni, kita bermula dengan tingkat bawah.

Anak buah Eyza ni sibuk nak ambik guli dalam tangan budak ni. hihihi

Belajar main gasing ke?

Bukan main santai atas batang kelapa tu.

Jom Terbang.

Lepak di Taman Fantasi
Ada pelbagai gambar yang menarik. Untuk yang tak pandai pose atau tak tahu nak pose macam mana, jangan risau tau sebab akan ada staff yang akan membantu dan akan beritahu pose macam mana yang menarik dan sesuai. Nak minta tolong diaorang ambikkan gambar pun boleh. Memang best. Takde la gambar kita ambik nanti kaku beku je.hihihi.

Jom Jalan-Jalan

Eh..Eh.. Michu jadi kecik.

Hi Saya Afiq.

Ibu nak naik tikar terbang jap.

Jom naik Bukit Bendera

Eh..Eh.. Michu senget.

Alamak.. kena hati-hati ni.
Kami tak takut pun.

Comel tak kami.
Kalau datang kat sini, jangan lupa bawak kamera tau.Benda wajib tu. Nanti rugi.

Untuk sesiapa yang inginkan pengalaman bergambar dengan lukisan 3D yang menarik, bolehlah berkunjung ke Penang Trick Art Museum.

Penang Trick Art Museum
10, Lebuh Penang,
Georgetown,
10200 Pulau Pinang.

Tel: 04-2631628

Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat - 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu hingga Ahad - 9.00 pagi hingga 8.00 malam

Facebook : Penang Trick Art Museum
Instagram : Penang Trick Art Museum


1 comment:

  1. cantik. dulu time duk penang xde lg bnde2 mcm niii. rugi laa

    ReplyDelete