17.10.16

Lautan Pink di Shokubutsu Be My Reason Shower Run

17.10.16,Monday, October 17, 2016
Dulu Eyza suka sangat join aktiviti berjalan atau berlari. Cuma sekarang ni dah lama tak mengaktifkan diri dan sebab tu jugak la badan Eyza makin kembang. Hahaha.

Demi untuk uji balik stamina yang ada, pada 9 Oktober hari tu Eyza join Be My Reason Shower Run 2016 yang diadakan di The Arc, Bandar Rimbayu Kota Kemuning.

Seawal pukul 6.30 pagi Eyza dengan Syifa' dah sampai kat sana. Gigih tau drive pepagi demi untuk sama-sama menyokong Pink Oktober iaitu Bulan Kesedaran Kanser. Meriah tau. Sana sini pink. Eyza dah la memang penggemar pink. Rasa tenang je nampak pink sana sini.


Seramai 1500 penyertaan yang diterima untuk larian ni.Larian ini adalah anjuran Shokubutsu dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.Memang ramai dan meriah.Sebelum berlari, kami semua sempat la buat aerobik utk sesi panaskan badan dulu.



Ada pelbagai fesyen yang kreatif tau. Ada yang pakai tuala, baju mandi, bawak shower dan ada juga bawak berus mandi. Wah.. Memang kreatif. Eyza dengan Syifa' bawak badan je.. hahaha.. Takde perhiasan kreatif..



Kat sini juga ada dibuka booth untuk kita melawat. Sementara nak berlari tu, sempat la kami jalan-jalan dulu sekitar Booth.


Dalam pukul 7.30 pagi, kami semua pun mulakan larian. Rupanya ramai jugak blogger yang terlibat. Biasa la kalau dah jumpa gang, bukan main meriah lagi group kami. Sambil berjalan sambil gossip. Kami bukan malas nak berlari, tapi kalau berlari nanti susah nak gossip.. hahaha.. alasa  sangat kan.




Walaupun larian ni hanya 5km, tapi untuk Eyza yang jarang lari ni semput jugak la. Nasib baik la pihak penganjur ada sediakan air mineral dan air isotonik untuk kami hilangkan dahaga.


Alhamdulillah. Berkat kami sambil jalan, lari dan bergossip Eyza dapat habiskan larian 5km. Yeay. Sampai je kat garisan penamat, para peserta kena lari dibawah pancuran air. Ha.barulah complete Shower Run kan.


Lepas je pancuran air tu Eyza nampak ramai yang dah sampai. Pihak penganjur dah sediakan goodies bag yang penuh dengan barangan dari Shokubutsu. Wah. 


Cantik sangat medal Shower Run ni. Tebal plak tu. Dan yang paling penting, kaler pink uolls.


Pelakon pujaan Eyza iaitu Beto Kushairy dan wife dia Tisha pun join larian ni. Tisha pernah mengesan ketulan di payudaranya ketika membuat pemeriksaan sendiri. Nasib baik la Beto banyak berikan sokongan untuk Tisha. Bukan sahaja para wanita je kena check payudara, kaum lelaki pun tau. Jangan ingat lelaki tak ada yang kena kanser payudara.


Majlis bertambah meriah apabila ada cabutan bertuah. Eyza macam biasa la tak bertuah. Hahaha. Tengok aje la org dapat. Selain tu, untuk sesiapa yang kreatif ada jugak hamper utk best dress. Seramai 10 orang telah terpilih.



Pihak Southern Lion telah menyerahkan cek RM 25,000.00 pada Pusat Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) dalam usaha murni bg memberi kesedaran kepada masyarakat. Duit sumbangan ini diambil RM10 dari yuran penyertaan Shower Run ni dan RM 0.10 dari penjualan mandian Shokubutsu yang dijual di pasaraya terpilih.



Takpe la.. Tak ada rezeki dapat cabutan bertuah, dapat sijil, medal dan goodies pun dah rasa best. Berbaloi tau join aktiviti macam ni. Lepas ni memang nak join selalu. Best plak rasanya.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Web : SouthernLion
FB :  Shokubutsu
Instagram : @Shokubutsu


1 comment: