28.12.16

Bayar Zakat lebih mudah dengan adanya Kaunter Zakat Van Bergerak

28.12.16,Wednesday, December 28, 2016
Dulu masa Eyza kerja dekat Hospital Ampang, Eyza buat gaji staff. Ramai yang kena potongan Cukai Pendapatan akan pilih buat Potongan Zakat Pendapatan je. Sambil menunaikan kewajipan, kita jugak dapat pahala kan. 

Zakat adalah Rukun Islam yang kelima dan ianya wajib untuk semua Umat Islam yang cukup syarat dan layak. Syarat untuk menunaikan zakat ialah Islam, Merdeka, Milik Sempurna, Cukup Nisab, Cukup Haul dan Niat untuk berniaga (zakat pendapatan). Zakat mula diwajibkan mulai Tahun kedua Hijrah.

Kalau sebut je tentang Zakat dah tentu-tentu la kita semua akan teringat dekat Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Macam Eyza yang bekerja dekat Kuala Lumpur, memang Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) la yang jadi pilihan. MAIWP adalah agensi yang dilantik sebagai Amil untuk mengutip Zakat dan semua zakat akan diagihkan oleh Baitulmal.

Sekarang ni dah tak ada alasan untuk tidak bayar Zakat. Pihak PPZ dah sediakan macam-macam kemudahan untuk kita dapat menunaikan kewajipan Zakat ni.

Antara kemudahan untuk membayar Zakat ialah :


1. Bayar melalui Portal www.zakat.com.my .
- Ianya dibuka 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ha.. memang tak tutup langsung. Kalau teringat nak buat bayaran pukul 3 pagi pun boleh.

2. Melalui potongan gaji
- Selalunya zakat ini adalah zakat pendapatan.

3. Perbankan Internet
- Semua mesti ada perbankan internet kan? Tak kira la bank apa pun. Zakat jugak boleh dibayar melalui perbankan internet ni tau. Ada banyak bank yang boleh kita guna untuk buat pembayaran zakat. Antaranya Maybank, Ambank, Cimb, RHB, Public Bank dan ada lagi beberapa bank yang kita boleh semak di Portal PPZ.

4. Kaunter Zakat Bergerak
- Cara keempat ni Eyza rasa unik sangat sebab siap ada kaunter zakat van bergerak  dengan tagline "Kami Bersedia ke Tempat Anda".


Kalau uolls nak Kaunter Zakat Van Bergerak ni buka Booth di Ofis, Karnival atau dimana-mana tempat tumpuan just call je 1300 88 5757 untuk buat temujanji. InsyaAllah, Van ni akan sampai ke tempat yang uolls nak.

Setakat ni, Van Bergerak ni akan berada di 7 lokasi yang telah ditetapkan iaitu di :

1) Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhadapan dengan Maybank) pada 21 November & 19 Disember 2016.

2) Jalan Dungun (berhadapan dengan Indah Water Konsortium) pada 22 November & 20 Disember 2016.

3) CIMB Setiawangsa pada 23 November & 21 Disember 2016.

4) KWSP Wangsa Maju pada 24 November & 22 Disember 2016.

5) Masjid As-Syakirin KLCC pada 25 November & 23 Disember 2016.

6) Perbadanan Putrajaya pada 28 November 2016.

7) Menara Binjai (berhadapan Intercontinential Kuala Lumpur) pada 29 November & 27 Disember 2016.

Kaunter Zakat Van Bergerak ni ada kemudahan Kiraan, Bayaran dan Semakan. Dekat kaunter ni, kita boleh bayar dengan tunai, Kad Kredit Islamik, Debit dan cek. Dan kalau kita ada nak bayar Zakat lebih dari 10 ribu, ada kaunter khas yang disediakan di kaunter van bergerak ni tau. Best kan?

Tunggu apa lagi? PPZ "Please Pay Zakat" Macam kena je akronim ni kan? hihihi


Bagi yang tak tahu, zakat ni bukan setakat Zakat Pendapatan dan Zakat Fitrah tau tapi ada juga Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas dan Zakat Perak.

Bila pihak PPZ buat macam-macam inisiatif ni memang dah tak ada alasan la nak elak dari buat bayaran zakat kan?

Untuk keterangan lanjut boleh layari :


Atau boleh telefon di talian :
1300-88-5757

"Tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat kerana segala kemudahan telahpun tersedia"

2 comments:

  1. Mmg betul sangat tagline "Tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat kerana segala kemudahan telahpun tersedia" tuu...serius mmg takde alasan sbnrnya...

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah ada banyak cara untuk bayar zakat. Lebih mudah :)

    ReplyDelete