17.12.16

MAHA 2016 berjaya dengan kehadiran 3.7 Juta pengunjung

17.12.16,Saturday, December 17, 2016

Alhamdulillah Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2016 dah berlangsung dengan jayanya pada 1 hingga 11 Disember hari tu.

Nak baca pengalaman Eyza kat Maha? 

Maha 2016 dah berjaya tarik  3.7 juta pengunjung. Wah... Banyak tu kan?


Tengok la bukti dekat video youtube ni, tak putus-putus orang datang.


Maha kali ni jugak dapat sambutan dari para belia apabila 40% belia yang terlibat bagi menjayakan Maha ni.

Maha 2016 catat sejarah bila lebih RM 350 juta jualan yang dicatat.

Macam-macam ada kat Maha ni. Tak hairanlah walaupun penganjurannya 2 tahun sekali, tapi setiap tahun makin berjaya dan bertambah pengunjung.


Dan Eyza rasa tarikan yang membuatkan Maha 2016 ni lain dari sebelumnya ialah sebab adanya Kampung Mak Cun dan Kampung Durian Runtuh Upin Ipin. Eyza yang dah dewasa ni pun rasa teruja bila jumpa Upin Ipin. Inikan pulak kanak-kanak.



Bestkan? Tak sabar nak tunggu Maha 2018 pulak. Nak pergi lagiii...



Nak tau detail tentang MAHA? Boleh tengok dekat Facebook MAHA atau www.maha.gov.my

1 comment: