29.12.16

Sedap ke Hokkaido Baked Cheese Tart?

29.12.16,Thursday, December 29, 2016
Sape pernah makan Hokkaido Baked Cheese Tart?

 Sana sini ada kiosk jual cheese tart ni. Dah lama nampak, tapi tak pernah tergerak hati nak beli sampai lah keluar ngan membe dekat Times Square. Tengok diaorg beli, Eyza pun terus beli.


Boleh tahan mahal jugak harga tart ni. Beli 5 biji percuma sebiji. Kalau beli 1 je harga nya RM 5.80, tapi kalau beli yang 5 biji tu, sekotak berharga RM 29, dapat la 6 biji dalam tu.

Hokkaido ni ada 2 jenis tart. 1 Cheese Tart dan 1 lagi Chocolate Tart. Eyza ambik Chocolate Tart 2 & Cheese Tart 4.So, total 6 la kesemuanya.

(Gambar Chocolate Tart lupa nak snap)

Review Eyza:
Dari segi rasa Eyza lebih sukakan yang Cheese sbb lagi sedap dari Coklat.Memang tak kedekut Cheese sebab rasa filling tu banyak cheese dan sedap la. Tapi, pastrinya terlampau tebal sampai gigit jadik keras dan cheese tu terlampau cair. Bila gigit, Cheese tu akan meleleh. Tips kalau tak mau meleleh, simpan dulu dalam peti sejuk pastu baru makan. Cheese Tart tu akan jadi keras dan tak meleleh.

Adakah Eyza akan repeat order? Tak kut sebab macam tak kena citarasa Eyza. Tapi, kalau ada nak belanja Eyza sudi je. Hihihi.


4 comments:

  1. Replies
    1. Sedap. Ni ada perisa baru pulak. Durian.

      Delete
  2. Sally belum sampai seru lagi nak beli sbb mahal..hahahaha.. #kedekut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try satu dulu, kalau kena selera baru beli banyak. Jangan jadi cam i tamak beli banyak pastu rasa nyesal. Hahaha.

      Delete