7.12.16

Tersuka Tanpa Sengaja dengan LED Glitter Gloss dari PSK

7.12.16,Wednesday, December 07, 2016
Dalam banyak-banyak koleksi mekap Eyza, lipstik, lip gloss dan lip balm la yang paling banyak Eyza kumpul. 

Sebab tu bila Eyza dapat peluang untuk Redeem barangan dari PSK di Website BFF Eyza pilih LED Glitter Gloss dari PSK . BFF ni adalah website yang menjual barangan kecantikan dari pelbagai jenama. Selain dari Glitter Gloss ni, PSK juga ada barangan lain jugak macam CC Cream dam Maskara.


Untuk LED Glitter Gloss ni, Eyza pilih warna 03 iaitu Pink. Eyza memang suka pakai warna pink sebab nampak muda remaja gitew. Hihihi.


Bekas Glitter Gloss ni pun cantik. First time buka dah jatuh cinta dengan design botol sebab ada cermin kat tepi botol. Senang nak sapu kat mana-mana je. Tak payah dah nak bawak keluar bedak kompak untuk cermin.


Kaler pun cantik. Light2 je. Ni bukan lipstik ye. Jangan pulak rasa ni lipstik, tapi boleh je kalau uolls yang suka kaler light-light sapu terus Glitter Gloss ni kat bibir. Kalau nak warna bibir lagi menyerlah, boleh pakai lipstik dulu baru pakai Glitter Gloss ni. 

Eyza suka pakai dua-dua cara. Cuma bila Eyza sapu terus warna tak berapa menyerlah sebab bibir Eyza gelap. Sebab tu la Eyza lebih galakkan pakai lipstik dulu baru sapu Glitter Gloss.


Nak tengok barangan lain? Bole terjah Website BFF

Happy Shopping uolls.

2 comments: