12.12.16

Syahirah Vitalis Eau De Cologne mampu dimiliki oleh semua golongan.

12.12.16,Monday, December 12, 2016
Syahirah ada wangian baru? Yup! Syahirah dah lancarkan  koleksi wangian terbarunya di Malaysia iaitu Syahirah Vitalis Eau De Cologne.


Syahirah Vitalis Eau De Cologne ni memenuhi keperluan wanita yang berkaliber, elegan dan glamor.

Kalau tanya Eyza mana yang Eyza suka, memang Eyza tak dapat jawab. Semua wangi dan Eyza suka. Memang kena ada keempat-empat wangian ni.


Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne ni memang ada aroma yang tersendiri yang akan merangsang aura positif seperti esen citrus akan buat kita rasa segar dan cergas.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne ni diperakui halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan diperakui selamat digunakan oleh Umat Islam. Alhamdulillah. Tak ada masalah was was bila kita pakai Syahirah Vitalis Eau De Cologne ni.

Ianya diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakan karekter tersendiri.

Syahirah Vitalis  Eau De Cologne ni didatangkan dalam 4 warna dan haruman yang berbeza.

Haute Couture
- Kombinasi bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan didalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman bagi membantu membangkitkan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Celebrite
- Haruman elegan dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan akan menyerlah personaliti si pemakai untuk tampil hebat.

Femme Chic
- Haruman ni adalah gabungan dari buah-buahan, bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar mangga dan strawberry dan ianya sesuai untuk wanita yang elegan.

Glam Star
- Haruman ni melambangan nilai glamor, ceria dan pesona yang menenangkan apabila menjadi tumpuan ramai. Dihasilkan dari bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar membuatkan si pemakai akan menyerlahkan aura bintang dalam diri.

Best kan? Eyza pun dah ada koleksi Syahirah Vitalis Eau De Cologne ni.


Syahirah Vitalis Eau De Cologne ni dijual dengan harga RM 19.90 (100 ml) dan boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama.

Dapatkan segera untuk "Serlahkan pesonamu, raih bintangmu".

5 comments:

  1. Replies
    1. Kan. Dah tu murah pulak. Memang berbaloi.

      Delete
  2. Sukaaa bau yang warna merah tu. Wangi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza pun suka yang merah. Bau dia buat rasa fresh je.

      Delete
  3. Memang wangi dan botol pun cantik.. wife saya pun suka dengan wangian nie

    ReplyDelete