10.12.16

Jom pi Maha 2016, syok weh.

10.12.16,Saturday, December 10, 2016
 Dari minggu lepas lagi Eyza bercadang nak pergi Maha 2016 kat Serdang tu. Tapi, sebab minggu lepas ada hal lain, Eyza tak jadi la pergi. 

Memandangkan kat opis pun dah tutup akaun. Terus je Eyza ambik cuti sebab nak rehat kat Umah asalnya. Tapi, bila pikir bosan la plak. Untuk takmo bosan, jom la kita ke Maha.Tapi Eyza tak pergi sorang, Eyza pergi dengan rakan-rakan blogger. Ramai-ramai baru la meriah. Tggl 2 hari je lagi tau Maha ni. Esok hari terakhir. Mesti ada banyak barangan yang dijual dengan harga runtuh.

Tapi, sebelum Eyza cerita apa yang best kat Maha ni Eyza nak bagi beberapa tips untuk sesiapa yang nak pergi Maha.

Tips:
1. Datang awal lebih kurang pukul 8 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
2. Parking di tempat parking yang disediakan. Eyza parking dekat Parking Pintu 2 dan Alhamdulillah dekat je dengan tempat menunggu tram. Parking cuma dikenakan bayaran RM 5 untuk sekali masuk.
3. Kalau ada anak kecil disarankan bawak stroller sebab kalau nk dukung jenuh jugak la.
4. Bawak troli atau bag beroda supaya senang nak bawak barang nanti.
5. Bawak duit banyak-banyak sebab banyak barang best yang kita rasa nak beli je. Hihihi.


Eyza parking kat pintu 2, jalan kaki sikit je ke depan dah jumpa tempat menunggu tram.Lepak-lepak kat situ dulu sementara tunggu tram sampai. Kalau belum sarapan jangan risau tau sebab dekat tempat menunggu tram tu ada gerai menjual nasi lemak. Boleh makan dulu kat situ sebelum explore kat dalam.

Eyza tak sarapan kat situ, tapi Eyza sarapan dekat tempat yang bernama Nafas Cube. Kat sini ada pelbagai jenis minuman yang dihidangkan dalam botol bentuk mentol lampu ni. Eyza recommed korang try Green Tea kat sini, sedap.


Makan pulak ada pilihan dari Roti Bakar, Sandwich, Nasi Lemak dan Lasagna. Wah.. pepagi dah sarapan lasagna la. Tapi, Eyza setia dengan local food iaitu Nasi Lemak. Sambal Nasi Lemak mmg sedap tapi macam tak lengkap sebab tak ada ikan bilis dan kacang. Lain semua perfect dah. Adik Eyza order Lasagna, pun sedap jugak. Tak rugi makan kat sini.


Selesai makan, kami jalan-jalan sekitar tempat ni. Cantik tau kat sini. Selain tempat makan yang best, dekat sini jugak ada tempat penginapan yang berkonsepkan "Eco-Friendly".Terdapat 3 jenis perkhidmatan yang kita boleh sewa iaitu  Kontena, Calvert dan Khemah. Toilet pulak ada disediakan diluar tempat penginapan. Harga pulak adalah disekitar RM 150- RM 280. Yang mana satu idaman kalbu? Kalau Eyza semua Eyza teringin nak try. Mesti best kan?


Eyza suka dengan konsep dan suasana dekat sini. Ditambah pulak dengan adanya tasik dekat belakang khemah tu, lagi la best. Mesti malam2 sejuk je kat sini.


Seterusnya kami ke Laman Perikanan. Dekat je dengan Nafas Cube. Boleh jalan kaki je sebab seberang jalan je terus jumpa.

Dekat sini kami diberi penerangan tentang eko-system hidupan di dalam hutan. 


Selain itu, kami dapat tengok ikan Flowerhorn. 


First time Eyza dapat tengok ikan ni dari dekat. Selalu tengok dekat tv je. 


Dekat sini, diaorang ada sediakan hadiah kipas tangan untuk pengunjung yang muat naik gambar yang diambil sekitar akuarium dan hashtag #myDOF. Ikut je step macam kat bawah ni dan dapat kipas tangan. Senang je kan? Kat Maha ni kipas tangan sangat bernilai tau. Hihihi.


Keluar je dari situ, dah bau harum semerbak. Ingatkan apa la yang bau best tu. Rupa-rupanya ada Sate Tuna uolls.


Rasanya memang sedap. Tak rasa macam ikan langsung. Eyza rasa macam sate ayam je. Rempah semua cukup terserat dalam tu. Secucuk x cukup. Kalau pergi Maha jangan lupa singgah kat sini tau.


Depan gerai sate Tuna ni ada Shark Kingdom. Ada pameran dan replika Shark dekat sini. Penyu pun ada tau.


Selesai dekat Shark Kingdom, kami ke rumah terbalik pulak. Rumah terbalik ni adalah inspirasi dari rumah nelayan.


Walaupun rumah terbalik kat sini tak seluas Rumah Terbalik kat Sabah tu, tapi rumah terbalik ni tetap ada keunikkkan yang tersendiri. Tiket masuk ke rumah terbalik ni hanya RM 4 sahaja.


Selesai di rumah terbalik, kami semua ke Laman Padi pulak.



Dekat sini kami ditunjukkan cara padi-padi diasingkan mengikut gred. Selama ni kita tahu makan je kan. Ha, bila datang sini barulah kita tahu macam mana padi diproses. 




Dulu padi diproses secara tradisional tapi sekarang dah canggih. Semua pakai mesin je.

Beras ni bukan setakat kita boleh masak jadikan nasi je tau. Kita boleh jugak buat bedak sejuk. Eyza sempat la belajar cara-cara buat bedak sejuk. Pasni boleh la lawan perniagaan bedak sejuk Mok Cun tu. Hihihi.


Kat bahagian luar Laman Padi ni ada tempat untuk kita bergambar sambil berlatarbelakangkan sawah padi.


Satu lagi yang uni kat sini bila ada sekumpulan pemuda main bola dalam lumpur. Wah. Ni memang rare.



Seterusnya kami ke Laman Nenas pulak. Sampai je kat sana, kami dihidangkan dengan jus dan potongan nenas yang manis. Best bila dapat minum jus nenas sejuk-sejuk.


Pokok nenas manis ni tak berduri macam nenas biasa. Eyza sempat tengok dan pegang sendiri daun nenas tu.


Macam-macam yang kita boleh buat dengan nenas. Selain dari dibuat jus dan jam, boleh jugak buat Hokkaido Pineapple Cheese Tart. Eyza dah rasa,memang sedap.


Kat sini jugak, kami jumpa dengan Blogger pemes yang dah jadi Usahawan Nenas yang berjaya iaitu Abang Hazman Fadzil. Jus kat sini memang sedap. Tak perlu tambah gula. Manis asli dari Jus Nenas ni. Jangan lupa rasa jus nenas kat gerai Abang Man ni. Memang terbaik.


Sebelum beredar dari Laman Nenas, Eyza sempat la tanam pokok nenas kat sini. Tapi pokok nenas acah-acah je la.


Selesai tanam nenas, kami terus ke Laman Armada Jentera. Dekat sini kami sempat la berjumpa dengan pemenang untuk pengunjung yang ke 2,500,000. Bertuah betul Pakcik Azmi Hussin dari Kuala Nerang, Kedah ni. Tak sia-sia datang dari jauh.


Dekat laman jentera ni, kami dapat tengok banyak jentera yang digunakan untuk pertanian. Dari jentera zaman dahulu sampai la sekarang ni.



Selain jentera, dekat sini juga ada pelbagai booth. Salah satunya adalah Booth dari Peladang kawasa  Kuala Langat ni. 


Teruja Eyza tengok hasil cili yang ditanam mereka. Memang panjang betul. Harga sekilo cili hidup ni hanya RM 14 je. 


Penat berjalan, kami berehat dulu sambil minum air jagung Klebang dan makan sate goreng, aiskrim Nangka dan keropok lekor.


Semuanya sedap. Dan yang paling Eyza tak sangka, keropok lekor dari ikan patin memang sedap dan lembut. Rasanya ni la kali pertama Eyza makan keropok lekor ikan patin.

Perut dah kenyang, kami pun teruskan perjalanan ke Laman Ternakan. Kat sini ada Lembu Sado. Bila tengok live memang sado betul. Berketul-ketul badan lembu tu.


Selain Lembu Sado, kat sini jugak ada ayam dan kambing yang comel.



Eyza sempat merasa Aiskrim yang dibuat dari susu lembu. Memang sedap. Untuk penggemar Susu Kurma, kat sini ada jual tau. Sebotol RM 8. Beli 2 botol dapat RM 15 je. Sebab murah dan susah dapat, Eyza borong terus banyak-banyak.



Seterusnya kami ke Laman Herba.


Kat sini ada banyak tumbuh-tumbuhan. Ada juga yang Eyza tak  pernah tengok. Pokok Upin Ipin pun ada kat sini.




Dalam Laman ni jugak ada Ladang Mini Kelulut. Eyza sempat rasa sendiri madu kelulut direct dari sarang. Rasanya masam-masam manis.




Seterusnya kami ke The Light Sensation. Kat sini ada banyak prop menarik untuk kita bergambar. Kalau malam lgi cantik sebab ada lampu berwarna warni.



Kat sini, kami sempat merasa makan durian dan puding Raja. 


Durian ni isi tebal dan sedap plak tu.


Dah lama nak try puding raja ni. Akhirnya dapat jugak.


Kami semua rasa bertuah sebab dapat duduk bersembang dengan Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek. Banyak yang kami semua dapat bualkan.


Dah puas berehat kat sini, kami ke tempat yang paling budak-budak suka iaitu ke tempat Upin Ipin.

Tapi sebelum sampai ke tempat Upin Ipin, kami sempat singgah untuk merasa Melon sedap dari Terengganu. Kat sini juga, kami dapat minum air kelapa segar. Setiap hari pada pukul 5 petang, 100 pengunjung dapat minum air kelaa muda secara percuma tau.


Sebelum masuk ke Booth Upin Ipin, pengunjung akan diberikan pasu kecil untuk kita tanam pokok. Kat dalam tu nanti ada disediakan tanah dan biji benih. Pilih je kita nak tanam apa. Eyza pilih tanam pokok bunga raya.





Selesai di Upin Ipin kami terus ke Hall yang ada pelbagai Booth. Kat sini kami sempat rasa Aiskrim Melon yang sedap dan jagung manis.


Perut pun dah lapar, kami singgah ber"shell out" dekat Kingdom Of Seafood. Wah best bila makan ramai-ramai ni.



Macam-macam Seafood ada kat sini. Dan yang lawaknya ada pengunjung yang ingat kami tengah buat pertandingan makan. Hahaha.


Lepas makan kat sini, kami ke lokasi terakhir iaitu makan lagi. Berapa kilo la agaknya berat Eyza naik hari ni. Lokasi terakhir yang sempat Eyza terjah ialah Empire Makanan. Ada pelbagai jenis gerai dekat sini yang boleh kita cuba. 


Memandangkan perut kami masih agak kenyang baru lepas "Shell Out", kat sini kami takde la order penuh meja pun. Kami cuma order Mee Kolok, ABC Fradoo, Udang Sanggul, Coconut Shake, Kacang Pool dan yang paling Eyza teringin nak rasa ialah Sate Tulang Jelebu.



Alhamdulillah, pengalaman ke Maha 2016 ni walaupun penat tapi seronok. Seharian kami kat sini, macam-macam yang kami humpa dan cuba. 



Kalau ada masa, baiklah uolls ke Maha sebab kalau Eyza nak ceritakan semua memang tak cukup. Ni pun dah cukup panjang.

Maaf la kalau entry ni panjang. Kalau boleh semua pengalaman Eyza kat Maha 2016 ni Eyza nak cerita kat sini. Takut ada terlepas infomasi best. Apa-apapun, Maha 2016 memang best.

Jom layan lagu dari Khalifah Band ni sempena Maha 2016.





4 comments: