25.2.16

Lepak santai sebelum penerbangan di Flight Club, KLIA

25.2.16,Thursday, February 25, 2016

Selalunya kalau kita travel, kita mesti akan sampai awal ke Airport kan? Kalau dah sampai awal tu, mesti la nak makan n lepak-lepak dulu sementara nak tunggu naik Flight.

Kalau korang jenis yang suka makanan sihat, boleh la pergi lepak sambil makan-makan kat Flight Club dulu sementara tunggu Flight.Ada macam-macam makanan yang best kat sana.

kredit: Sally
Flight Club menghidangkan makanan sihat dan sedap. Kawasan sekitar restoran  ni sangat menarik. Susun atur jugak simple dan sedap mata memandang.Flight Club ni terletak di Mezzanine Floor berhadapan dengan Plaza Premium Lounge di Bangunan Satelit (International Departure) KLIA.


Kat sini, diaorang menghidangkan makanan Western dan International. Ye la. Restoran ni pun ada kat International Departure. Memang sesuai la.


Kebanyakan menu kat sini adalah berasaskan Healhty Food. Ianya menggunakan pelbagai herba segar seperti Oregano, Rosemary, Chia Seed dan pelbagai lagi herba yang sedap dan mengenyangkan.

Charge Me Up - Grapefruit, Pineapple, Lemon, Lime & Lemongrass
Kat sini ada jus yang sesuai untuk sesiapa yang pentingkan kesihatan dan tak suka manis gula. Sebab Jus kat sini memang pure dari campuran buah-buahan segar tanpa campuran air dan gula.

Timeless - Apple, Orange, Turmeric & Ginger
The C Booster - Orange, Grapefruit, Pineapple, Ginger & Chia Seed
Antara ketiga-tiga jus ni, aku suka Timeless. rasa dia unk dan penuh dengan rasa buah segar.Sesuai untuk buang angin dalam badan.

Chocolate Ice
Selain tu, aku jugak suka  Chocolate Ice kat sini sebab ianya dibancuh menggunakan coklat cair dan bukannya coklat serbuk macam sesetengah Coklat Ais. Rasa creamy dan kaya dengan coklat buat aku jatuh cinta dengan Chocolate Ice kat sini.

Untuk appertiser, aku sempat rasa beberapa jenis hidangan. Ni antara hidangan yang sempat aku cuba.

Home-grown Farmer Tomatoes

Hydroponic Baby Cos "Caesar's Style"
6°C Fresh Cameron Highland Tomato Soup 

Tropical Fruit Cocktail
Kredit: Sally
Appertiser ni aku paling suka Hydroponic Baby Cos "Caesar's Style" . Sesau kalau kita diet makan ni je. Pastu mengenyangkan plak tu.

Ini pulak untu Main Course.Ada lebih kurang 11 hidangan yang aku sempat try.Antara semua hidangan main course ni aku paling suka The E nglishman Fish n Chip. Aku suka kerangupan tepung yang menyalut ikan tu dan kentang goreng yang rangup. Rasa tepung tu lain dari yang biasa aku makan. Walaupun dah sejuk masih rangup lagi.

Angel Hair Aglio e Olio
Squid Ink Pasta
Fettuccine alla Carbonara
Traditional Sheperd's Pie
Orzo Pasta 'Mac N Cheese
kredit: Sally
Lamb Stew
kredit: Sally
Grilled Sutchi Fillet
Vegetarian Fried Rice ala Flight Club
The Englishman's Fish & Chips
Prawn Risotto
1824 Beef Cheek
Singapore Curry Noodle
Akhir sekali kena la Desert kan. Aku paling suka dengan Chocolate lava Cake. Makan plak dengan Aiskrim Vanila. Memang heaven la.


kredit: Sally
Double Valrhona Chocolate Lava Cake & Beetroot Ice Cream with Cheese Cake


Flight Club

Location : Mezzanine Floor (Level 2), Satellite Building, KLIA

Operation hours : 24 hours

Tel : 03-8776 1538

Fax : 03-8776 1539

Email : kliaflightclub@plaza-network.com

Facebook : facebook.com/flightclubmy

Instagram : @flightclubmy



21.2.16

Chiba Sweet Potato, Sedap dan Manis

21.2.16,Sunday, February 21, 2016

Aku suka sangat makan Sweet Potato. Selalunya aku akan beli dekat Aeon tu. Takpun bila aku gi cameron mesti cari sweet potato Cameron sebab manis.

Semalam, aku pergi Bangsar Village. Kat sana ada kiosk Chiba Sweet Potato. Apa lagi terus la aku try. Suapan pertama pun aku dah jatuh cinta. Manis, isi lembut dan kulitnya rangup.Lagi manis dari keledek Cameron.  Kulit rangup kat luar tu tak perlu buang. Makan je sekali. Chiba Sweet Potato ni boleh dimasak dengan macam-macam cara. Tapi, diaorang recommed bakar atau steam. Aku suka versi bakar sebab kulit dia rangup.



Keledek ni berasal dari kawasan di Jepun yang bernama Chiba. Sebab tu la namanya Chiba Sweet Potato. Kawasan Chiba ni kaya dengan sumber alam semulajadi.Aku baru tahu yang keledek manis dari Chiba ni, kalau makin lama kita simpan keledek ni akan jadi manis secara semulajadi. Patut la bila aku makan keledek tu manis betul. Manis asli tau bukan manis gula. Chiba sweet potato ni datang dari baka 'Beniharuka' yang merupakan baka keledek yang manis dan amat popular di Jepun. Tak hairan la kalau di Jepun diaorang ada anjurkan 'Sweet Potato Day' pada setiap 13 Oktober setiap tahun.


Semalam jugak, adalah Majlis Pelancaran untuk Chiba Sweet Potato ni. Banyak la aktiviti menarik yang ada. Majlis ini adalah untuk memperkenalkan keledek manis ni dan bermula bulan Februari ni, Chiba Sweet Potato akan dijual di sekitar pasaraya di Malaysia.


 Aku sempat join  pertandingan teka berapa berat Sweet Potato tu dan aku menang. Dapat hadiah Chopstick ekslusif dari Jepun tau. Cantik. 




Chiba Sweet Potato ni ada maskot yang sangat cute. Ianya bukannya anjing atau apa2 haiwan tapi sebenarnya maskot ni dibentuk dari Peta kawasan Chiba sendiri.


Sesapa yang suka makan Sweet Potato ni dan teringin nak rasa sendiri kemanisan dan kesedapannya, korang boleh pergi ke Bangsar Village hari ni (21 Februari 2016). Kiosk ni betul2 berhadapan dengan Village Grocers. Kat sana korang boleh rasa sebab ada sample dan kalau nak beli pun boleh sebab diaorang bakar panas-panas jugak kat situ untuk dijual.

Kalau tak nak yang dah dibakar, yang mentah pun ada kalau nak masak sendiri. Kalau aku, suka yang siap bakar. Senang. Makan je terus. Kalau nak, pergi je sana. macam2 bentuk keledek ada.



Jangan lupa tau, datang hari ni ke Bangsar Village untuk rasa sendiri keenakan Chiba sweet Potato ni. Ada pelbagai promosi menarik. Rugi tau lepaskan peluang ni sebab lepas ni tak tahu lagi diaorang bukak kat mana.

#ChibaSweetPotato
Video:



16.2.16

Majlis Pelancaran Nutriskin

16.2.16,Tuesday, February 16, 2016
Nadia Brian (Heroin drama Akulah Balqis) dan Reen Rahim (heroin drama Menantu Sepuluh Ribu) adalah artis jemputan untuk Majlis Pelancaran Produk terbaru dari Syarikat Nu Age Worldwide iaitu Nutriskin.


Mereka berdua bukanlah Duta untuk produk ini tetapi hanyalah sebagai artis jemputan. Dengar kata Nu Age Worldwide memang tengah mencari Duta untuk produk ni. Mana la tahu kan rezeki salah seorang dari diaorang.


Nutriskin adalah produk kedua dari Syarikat ini. Sebelum ini, Nu Age Worldwide telahpun melancarkan pencuci muka "Geboo' yang telah berada dipasaran sejak April 2015 dengan jualan yang mencecah RM 70,000.


Pengasas Produk ini iaitu Encik Arif Safwan juga memberitahu media bahawa produk ketiga syarikat ini hasil usahasama dengan UiTM akan dikeluarkan menjelang April ini.


Arif juga mempelawa mana-mana individu untuk menjadi Stokis atau agen seluruh negeri.



Nutriskin boleh dibeli di laman sesawang www.11street.my dengan harga RM180 sahaja.


13.2.16

GLOWTOX penyelesaian untuk masalah sembelit dan susah membuang

13.2.16,Saturday, February 13, 2016
Aku ni jenis yang kurang minum air. Sebab tu la kadang-kadang aku akan jadi sembelit. Susah nak membuang. Siksa o kalau datang sembelit ni. Lama dok dalam toilet tapi tak jugak lepas hajat yang satu tu. hihihi.

So, bila fikir balik. Eh, tak boleh jadi ni. Kena cari penyelesaian untuk selesaikan masalah ni.Dan Alhamdulillah dah seminggu aku amalkan GLOWTOX dari Tiara Wellness ni.


Glowtox ni adalah minuman yogurt perisa Mixberry yang berasaskan Ekstrak Biji Anggur, Acai Berry, Ekstrak  Zaitun serta Multivitamin.Glowtox ni sangat bagus untuk pencernaan dan membekalkan bahan antioksida serta nutrien berkhasiat untuk merangsang kesihatan secara menyeluruh. Aku suka rasa masam-masam manis dari buah berry tu. Tak cukup satu sachet sekali minum. Rasa macam nak minum lagi. hihihi.


 Sebelum aku amalkan GLOWTOX ni, aku selalu je susah tido sampaikan bawah mata aku nampak bengkak.


Setiap Sachet Glowtox ada 20gm 


Cara nak bancuh GLOWTOX ni pun senang sangat. 1 sachet tu dibancuh dengan 100ml air suam atau air sejuk. Tapi, aku paling suka kalau buat Smoothies. Sejuk je. Jimat, tak perlu beli smoothies kat luar.

GLOWTOX boleh diambil 1 hingga 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam dan kalau boleh ambil sebelum makan. Aku suka ambil waktu sarapan sebab aku akan rasa kenyang dan makan sekeping roti pun dah rasa ok.

Boleh dibancuh seperti biasa

Bole masukkan air dan 1 sachet Glowtox dalam shaker dan shake

Ataupun bole dibuat smoothies

Sedap bila dibuat smoothies
 GLOWTOX ni sangat sesuai untuk sesiapa yang ada masalah2 ni:
*Sembelit
*Gastrik dan Ulser
*Cirit-Birit
*Ketidakhadaman (angin,ketidakselesaan perut) sebu, BUNCIT
*Allergik
*Jangkitan Bakteria
*Selsema
*Kolestrol
*Sistem Imunisasi Rendah
*Buasir
*Kulit Kusam
*Jerawat
*Susah turun Berat Badan
*Badan Tidak Bertenaga (Banyak Toksin Dalam Badan)

Ni antara testimoni pengguna yang puas hati dengan GLOWTOX ni:



Testimoni aku pulak?

Sepanjang seminggu aku guna GLOWTOX ni, aku dapat rasa badan makin ringan, bertenaga dan aku turun 1kg untuk seminggu. walaupun baru 1 kg, tu kira ok la kan. Ada jugak penurunan. Mungkin sebab bila aku makan Glowtox ni, aku cepat rasa kenyang.

Selain tu, tiap-tiap pagi aku mesti kena jumpa Cik Tandas dulu. Kalau dulu setiap 2 hari sekali. Sistem pencernaan aku pun dah makin bagus.

Dari segi kecantikan pulak, aku dapat rasa kulit makin lembap dan bengkak bawah mata pun dah makin kurang. Tido pun dah makin nyenyak sekarang.


Glowtox ni cuma berharga RM80 (15 sachet x 20g)
Free Postage Semenanjung
(Sabah Sarawak add RM10)

Harga Promosi:
2 kotak RM150
Free Shaker
Free Postage Semenanjung
(Sabah Sarawak add RM10)

Contact No:
013-2941101
011-11941101

Website:

FB Page:

Instagram: