31.3.16

AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 ke lima negara Asean

31.3.16,Thursday, March 31, 2016

AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 ke lima negara Asean
  • Pertandingan serantau tahun ini memberi peluang kepada pereka muda dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia; mewujudkan platform serantau untuk mengangkat bakat belia dalam industri fesyen
  • Hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang AirAsia’s Most Promising Designer 2016

Pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) akan ke serantau Asean tahun ini melibatkan negara Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina, serta Malaysia bagi menyediakan platform untuk pereka muda dari seluruh rantau ini untuk mempamerkan bakat dan membantu melonjakkan mereka ke dalam industri fesyen.

Pencarian pereka fesyen muda ini yang diadakan buat kali kedua dengan kerjasama pihak Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFW RTW) telah dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini oleh Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhadbersama Encik Andrew Tan, pengasas KLFW RTW.

Ujibakat akan diadakan di Jakarta (16 April), Manila (23 April), Kuala Lumpur (30 April), Singapura (7 Mei) dan Bangkok (14 Mei) untuk mencari bakat-bakat tempatan dari setiap bandar serantau. 3 perserta terbaik dari bandar masing-masing akan mewakili negara mereka untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada bulan Ogos di pentas peragaan KLFW RTW 2016 yang berprestij.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Terdapat begitu banyak bakat baru di rantau ini, dan sebagai syarikat penerbangan yang berlandaskan Asean, kami ingin meluaskan pencarian pereka fesyen muda ini ke negara-negara Asean lain selain Malaysia. Adalah harapan kami untuk menyediakan satu platform bagi pereka-pereka muda fesyen seluruh Asean untuk membangunkan dan melonjakkan kerjaya mereka dalam industri fesyen. Pencarian pereka fesyen serantau ini akan menyatukan pereka fesyen muda dan industri di rantau ini buat pertama kalinya pada skala ini. Kami teruja untuk melihat bakat-bakat baru tahun ini dan AirAsia amat bangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.”

Andrew Tan, pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear berkata, “Adalah satu penghormatan bagi kami untuk berkongsi platform ini bersama AirAsia untuk memupuk bakat-bakat baru dan memberi peluang kepada pereka fesyen muda ini untuk mempamerkan koleksi dan kreativiti mereka di sebuah landasan peragaan profesional. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia untuk kali kedua, berikutan kejayaan pencarian pereka fesyen Malaysia pada tahun lepas; dan membawa pertandingan tahun ini ke tahap yang lebih tinggi.”

Aireen Omar dan Andrew Tan selaku panel hakim bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 akan disertai oleh Vivy Yusof, pemilik laman web e-dagang fesyen terkenal FashionValet.com, Alia Bastamam, pereka fesyen terkenal danSuzie Adnan, Ketua Pengarang majalah GLAM sebagai panel hakim untuk pertandingan ini.

Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada pelajar fesyen berumur tidak melebihi 28 tahun yang sedang belajar atau telah lulus dari sekolah reka fesyen di mana-mana lima buah negara yang terlibat di dalam pencarian ini. Tiga (3) lakaran berilhamkan destinasi Asean harus disertakan bersama borang pendaftaran yang lengkap. Borang pendaftaran boleh di muat turn di laman klfashionweek.com dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2016.

Sepanjang pusingan ujibakat di setiap negara, pereka-pereka muda yang berpotensi ini perlu mempersembahkan lakaran rekaan bertemakan Asean kepada panel pengadil di setiap bandar mereka. 3 finalis terbaik yang dipilih dari setiap negara akan diberi peluang mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016 pada bulan Ogos 2016 dan bersaing untuk menjadi AirAsia’s Most Promising Designer 2016.

Hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang pertandingan ini termasuk slot untuk mempamerkan koleksi penuh di KLFW RTW 2017, mentor dari pasukan KLFW RTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, tiket pergi balik AirAsia atau AirAsia X dan beberapa lagi hadiah yang akan diumumkan kelak.

AirAsia adalah Preferred Travel Partner KLFW RTW 2016 dan akan menerbangkan pereka fesyen dari Singapura, India, Indonesia, China, Australia dan Korea Selatan melalui rangkaian penerbangan luas AirAsia untuk memperagakan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016.

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 melalui webisodes di Youtube (youtube.com/user/AirAsia), laman sosial AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau melalui hashtag media sosial #AirAsiaRunway.

Jadual Ujibakat AirAsia Runway Ready Designer Search 2016

Tarikh
Lokasi
16 April 2016
Jakarta, Indonesia
23 April 2016
Manila, Philippines
30 April 2016
Kuala Lumpur, Malaysia
07 May 2016
Singapore
14 May 2016
Bangkok, Thailand


29.3.16

Jatuh Cinta dengan ephyra SKIN NANO Advance Repair Serum

29.3.16,Tuesday, March 29, 2016
Alhamdulillah. ephyra dah keluarkan satu lagi produk yang akan menjadi sebutan penggemar kecantikan.

Kalau sebelum ni eyza dah try Minuman Kecantikan  dan Sabun ephyra, kali ni eyza nak try pula ephyra SKIN NANO Advance Repair Serum. Utk minuman kecantikan dan sabun memang eyza puas hati. Sesuai dengan eyza. Macam mana pulak dengan produk terbaru ni? Adakah sesuai jugak?

Orang kata tak kenal maka tak cinta kan? Sebelum ni dok dengar orang cerita je produk ni best. Tapi eyza ni jenis yang suka cuba sendiri.Baru la tau betul ke tak apa yang orang dok cakapkan.


Eyza dapat produk ni sehari sebelum pergi Krabi. Masa tu fikir, tak nak pakai lagi la. Nanti balik dari Krabi baru pakai. 

Pastu, masa kat Krabi memang panas sangat.Tambahan pulak seharian kat Pulau. Dengan panas teriknya lagi.Muka eyza terus kena surnburn.Dah tu jeragat pun dah mula ada jugak kat muka. Eyza dah mula susah hati. Masa tu baru teringat kat SKIN NANO Advance Repair Serum ni. Rasa menyesal tak bawak ke Krabi. 

Balik je rumah, malam tu jugak terus sapu SKIN NANO ni. Muka rasa sejuk je. Tak tegang macam sebelum ni. Bangun pagi, muka rasa lembut sikit dari sebelum ni. Eyza terus je pakai tiap2 malam. Hari ke 5 eyza dah rasa muka dah ok. Surnburn pun dah hilang. Terus rasa excited nak sapu lagi hari-hari.

Rupa-rupanya, ephyra SKIN NANO Advance Repair Serum ni ada banyak sangat kelebihan. Pendek kata, dalam sebotol ephyra SKIN NANO ni macam2 khasiat tau.


Ianya mempunyai fungsi 3 dalam 1 iaitu:

1. Memulihkan
- mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luar dan dalam bagi menghasilkan kulit yang lembut, cerah dan sihat berkilau. Malah ia turut memperbaiki kulit agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.

2. Memperbaharui
- menyerap jauh kedalam sel kulit menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksimum untuk menghasilkan kulit yang anjal, lembut dan tampak bermaya. Kulit akan jadi cantik dan cerah sempurna.

3. Melindungi
- melindungi kulit muka dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses oksidasi. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan menjadi agen antioksida yang berkesan . Ia mampu mengembalikan Vit E kepada kulit.

SKIN NANO serum ni disimpan dalam botol kaca comel berbentuk ekslusif dan senang plak tu nak guna.


Sapuan kali pertama pun dah nampak kesan tau. Ianya boleh buat muka glowing dan sekata.


SKIN NANO Advance Serum ni dipatenkan di SWISS dan ianya tidak berminyak dan cepat meresap kedalam kulit.

Produk ini jugak disahkan selamat oleh KKM dan tak ada Mercury, Paraben dan Hydroquinone.

Harganya pulak sangat berpatutan iaitu RM 88 (semenanjung) dan RM 92 (Sabah &  Sarawak)

Dan yang lagi best, sekarang ni ada PROMOSI tau.
Harga Promosi:
RM 68 (sm)
RM 72 (ss)

Ni pulak gambar sebelum dan selepas eyza guna. Tak edit tau. Memang gambar ori ni. Puas hati sangat sangat ngan produk ni. Pasni memang tak cari serum lain dah. Berbaloi.


Untuk keterangan lanjut, bole hubungi:

Whatsapp : 0193015577
Fb : Ephyra4u
Website : http://www.oceanlife2u.com/
Instagram : ephyra2u

27.3.16

Menginap di The Dream Garden Hotel Krabi

27.3.16,Sunday, March 27, 2016

Untuk 2 malam pertama kami stay dekat The Dream Garden. Booking melalui Agoda je. Hotel ni sangat2 strategik. Betul2 depan Mc'Donalds dan Starbuck. Nak pegi Pantai, Spa atau shopping souvenir bole jalan kaki je. Jimat duit tuk tuk.



Dari check in sampai check out, pekerja kat situ sangat membantu dan peramah. Patutnya check in pkl 12, tapi diaorg kemas bilik tak sampai setengah jam pun nak bagi eyza masuk awal. Sangat2 hargai.

Dah bole check in, siap diaorg bawakkan bag ke bilik. Macam hotel berbintang-bintang.Padahal ni hotel murah je.


Kami dapat bilik no 19 kat ground floor. Tapi kat sini dua tingkat je pun. Tak tinggi pun kalau dapat tingkat atas.


Masuk bilik. Eyza rasa berbaloi la check in hotel ni. Sesuai dengan harga yang dibayar. Tambahan pulak lokasi pun ok.



Dah la dapat wifi free. Laju plak tu. Tak boring langsung kalau lepak dalam bilik. Leh tgk youtube sbb langsung tak tersekat. Lancar je.



TV ada. Cuma channel Thailand. Ada jugak cerita Omputih, tapi ada yg dah alih bahasa ke bahasa Thailand. 


Peti ais dan kettle pun ada. Nescafe dan teh pun disediakan.


Tempat gantung baju sempoi je. Terbukak. Siap ada peti simpanan lagi.


Bilik air pun besar. Tapi xde bath Tub. Tapi aku ok je. Air panas pun ada. Tekanan air tip top.

Pendek kata memang aku puas hati la menginap 2 hari kat sini. Recommed.

Kira-kira:
Hotel 2 malam = RM 230 (termasuk tax)

Total: RM 230.00

26.3.16

Night Market Krabi meriah!

26.3.16,Saturday, March 26, 2016
Orang kata kalau pergi Krabi jangan lupa pergi Pasar Malam kat sana. Meriah. Memandangkan kami sampai sana hari Sabtu, moh la kita ke Night Market Krabi. Eyza ambik pakej kat akak yang sama di Krabi travel Information. 

Pasar malam ni memang ada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau weekdays tak da ye. Nak pergi ke sana, kita boleh sewa motor, naik tuk tuk atau naik van. Eyza ambik naik van je sebab kalau naik tuk-tuk pun harga lebih kurang. Lagipun jauh jugak Pasar malam tu dari Aonang. Biarlah selesa sikit.

Dalam pukul 6 petang kami dah tunggu depan hotel. nanti driver van akan cari kita kat hotel. So, takyah risau takut kena tinggal ke apa.


Diaorang akan pick up setiap penumpang tak kira la hotel kat mana. Tapi best, boleh tengok hotel orang lain.

Sampai kat pasar Malam, tengok dah ramai orang. driver van bagi masa sampai pukul 9 malam. Maknanya kami ada 2 jam nak berjalan dalam tu.

Pasar Malam diaorang lebih kurang je dengan Pasar malam kita. Cuma, pasar malam diaorang lebih pelbagai. Bukan setakat jual makanan dan pakaian.



Ada juga aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.






Ada persembahan kebudayaan dan muzik.


Menyesal beli selipar kat Aonang, kat sini lagi murah 100 baht je satu.


Ayam goreng ni sedap. Ala-ala KFC


Pad Thai.


Ni ala-ala macam sireh. Dah siap bungkus semua.


Ada jugak air dalam buluh macam kat Hatyai. Cuma kat sini tak halal, ada alcohol.



Ada juga tempat permainan kanak-kanak macam kat Tesco tu.

Pusing punya pusing. tengok jam baru pukul 8 malam. banyak masa lagi. Tapi kami dah malas berjalan. kat situ ada KFC, lepak je situ sampai van datang ambil balik.


Tak banyak pun yang kami beli. 



Pad Thai-First time makan. Sedap jugak cuma tak pedas n manis sikit.


beli Pad Thai dapat sekali tambahan sayur, cili flakes dan gula. 


kalau pergi Thailand jangan lupa rasa mangga sana. Sedap dia lain tau. sambil taip ni pun kecur liur eyza. Rasa lemak, tak manis sangat, tak masam sangat dan rangup je. pencicah pun sedap.

Malam tu, kami tertido kekenyangan. puas hati dapat pegi Pasar Malam.

Kira-kira di Pasar Malam:
Souvenir Krabi - 200 Baht (RM 23.90)
Tshirt Krabi 2 helai - 280 Baht (RM33.46)
Mangga - 50 Baht (RM6.00)
Tako-30 Baht (RM3.60)
Phad Thai- 50 Baht (RM6.00)
Ayam Goreng-40 Baht (RM 4.80)
KFC - 199 Baht (RM23.78)

Total : RM 101.54


22.3.16

Cuti-cuti Cinta ~ Krabi ( Hari Pertama)

22.3.16,Tuesday, March 22, 2016

Assalammualaikum semua. Internet hotel ni super laju. Pagi ni bangun awal, so tak ada apa nak buat eyza rajin la update. Hihihi.

Kali ni eyza update live dr Krabi. Dah 3 hari kat sini, esok eyza dah balik KL.

Macam biasa la, eyza kalau pergi KLIA2 mesti akan parking kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan naik Jetbus ke KLIA2. Memandangkan flight kami pukul 7.10 pagi, pkl 3 pagi dah gerak ke TBS. Tak jauh pun dari rumah, tapi sengaja keluar awal sebab nak cari parking dan tak terkejar-kejar.  Sampai TBS, park kereta terus beli tiket bas pukul 4 pagi. Pukul 4.40 pagi dah sampai airport. Awal lagi. Tapi orang dah ramai time ni. Tak tahu la semua tu nak pergi mana.


Disebabkan eyza dah buat web check in, so bolehlah kitaorg berlenggang kangkung je. Masa banyak lagi.So, meh la kita melepak minum kopi kat Marrybrown. Makan eyza dh beli atas flight, so kita minum je la sementara tggu flight.

Pukul 5.30 pagi, kami terus ke kaunter imegresen untuk masuk ke balai berlepas.

Tapi, dari kaunter imegresen ke kaunter berlepas punyalah jauh. Kalau korang rasa x larat nak berjalan tak apa, sebab diaorang ada sediakan buggy. 


Eyza dapat gate Q19. Jauh nau nau. Tapi nasib baik dekat dgn surau. Masuk waktu, cepat2 gi solat subuh. Org pun tak ramai sangat kat surau time tu.

Alhamdulillah, flight kami on time. Atas flight nanti, pramugara atau pramugari akan edarkan borang imegresen utk kita isi. Jangan lupa bwk pen tau. 

Selesai isi borang tu, makanan pun sampai. Eyza makan Nasi Lemak Pak Nassier dan hubby makan Nasi Ayam Uncle Chin. Rasa macam dah tak sesedap dulu. Tapi, lapar punya pasal habis jugak kami bedal. Hihihi.

Disebabkan Thailand lewat sejam dr kita, kami sampai di Airport Krabi dalam pukul 7.15 pagi waktu Thailand. Airport dia kecik je ala2 Airport Langkawi. Tapi bersih.Sampai je, terus kena beratur untuk pemeriksaan imegresen. Borang yang dah diisi atas flight tu selitkan sekali dalam passport masa serahkan dekat kaunter imegresen.Diaorg kat sini sangat tegas, kalau kata x bole ambik gambar memang x bole. Nanti kena jerit. Jangan buat tau. Nasib baik eyza dh baca kat blog lain, so eyza dh tau peraturan kat sini.


Eyza ngan hubby tak ambil pakej pun. Redah sendiri. Keluar dari balai ketibaan. Nampak ada kaunter bas, teksi dan apa2 pakej di Krabi.

Eyza decide nak naik Bas sebab nak jugak rasa pengalaman naik bas sambil pusing2 Krabi. Lagipun kami tak rushing. Sempat la.

Ramai jugak yang naik bas. Lagipun harganya murah. 150 Baht je seorang. 



Sebelum nak keluar ada banyak kaunter jual simcard Thailand. Kami tak beli pun sebab decide nak guna wifi hotel. Lagipun hubby cakap, kita bercuti ni jangan selalu main handfon je. Orait bos. Hihihi.


Bila keluar dari Airport, ada org menunggu n tanya nama hotel. Nanti diaorang akan bagi senarai tu kat driver bas.Dalam 10 minit menunggu, bas pun sampai.


Walaupun bas kat sana dah nampak uzur tapi aircond still sejuk. Bagi aku tu dah puas hati.Semua bag akan dilonggokkan 1 tempat. Senang.


Untuk 2 malam ni, kami menginap dekat The Dream Garden. Mula2, eyza tempah Hotel Ancora Blue sbb tgk gambar semua cantik sebab hotel baru. Tapi last minit eyza tukar sbb hotel tu agak jauh dr pantai. Cari balik kat Agoda, nampak hotel The Dream Garden. Terus booking and bayar terus sebab tinggal 1 bilik je lagi. Nanti eyza review hotel ni ye.

Sampai di Aonang, driver bas akan berhenti berdekatan hotel kita.Kami sampai hotel dalam pukul 9 pg camtu. Pergi hotel, tapi tak boleh check in lg sbb hotel penuh. Tak ada yang dh check out.

Nasib baik hotel ni strategik, dekat dgn pantai n kedai souvenir. Simpan bag kat hotel. Kami pun jalan2 la dulu. Jalan kaki gi Pantai. Dekat je.


Banyak boat kat sini. Bot nelayan kut.Lepak2 tepi pantai dulu.


Dekat area situ, ada gerai jual Fruit Shake dan Pancake. So, bolehlah kita try First Pancake kat Krabi ni.



Eyza order Orange Shake dan Pancake Banana Cheese.Rasa oren diaorg lain tau, tak mcm kat Malaysia tapi sedap. Pancake Banana Cheese ni mmg sedap. Berebut eyza ngan hubby. Tak nak order banyak sebab masih kenyang.




Habis makan, kami pun terus jalan2 untuk cari selipar pulak. Tak bawa dari Malaysia.


Untuk selipar eyza ni, mula2 dia letak 200 Baht. Selipar Hubby 250 Baht. Lepas tawar menawar dia bagi 2 pasang 350 Baht. Ok la kan, sedap jugak pakai.

Dalam pukul 11 pagi, kami gerak ke hotel. Tunggu dalam 20 minit macam tu dah boleh check in. Alhamdulillah. Memang nak mandi sebab badan dah melekit.

Masuk hotel, mandi n rehat2 dulu. Petangnya kami keluar untuk cari pakej pulau dan ke Night Market.

Eyza ambik pakej kat kedai Krabi Tour Information. Banyak yang eyza survey tapi kat sini paling puas hati. Eyza ambik pakej Phi Phi Island sekali dengan Night Market kat sini.

Senang berurusan dengan diaorang. Lagipun akak tu pandai cakap melayu. Lagi la senang. Mula2 Eyza tanya dalam Bahasa Inggeris, sekali dia cakap melayu. Hahaha. Penat Eyza karang ayat nak tanya dia.

Untuk Pakej Phj Phi Island, tempat lain Eyza survey semua bagi 1000 Baht ke atas. Tapi dengan  akak ni, sekali dengan makanan halal cuma berharga 900 Baht seorang.  Pastu untuk Night Market cuma 200 Baht seorang.


Kedai ni tak jauh pun  dari The Dream Garden. Selang beberapa kedai je. Puas hati ambik kat sini. Macam2 kita boleh tanya. 


Nanti eyza sambung lagi. Dah panjang berjela plak ni. Hihihi.

Kira2 :
Jetbus dari TBS ke KLIA2-2 x RM 10.00 = RM 20.00
Bas dr Aiport ke Aonang-2x150 Baht = 300 Baht (RM 35.85)
Orange Shake & Pancake Cheese Banana = 90 Baht (RM 10.75)
Selipar (2 pasang) = 250 Baht (RM 29.88)
Air mineral & oren di 7e=35 Baht ( RM 4.18)
Phi Phi Island-2 x 900 Baht= 1800 Baht ( RM 215.10)
Night Market - 2x 200 Baht= 400 Baht ( RM 47.80)

Total : RM 353.56

Masa eyza tukar dapat 100 Baht = RM 11.95