29.6.16

Aldo Spring Summer '16 Collection Show

29.6.16,Wednesday, June 29, 2016
Sebenarnya Eyza pergi tengok Fashion Show ni Bulan lepas tapi ni baru sempat nak update. Ampun sangat. Mak busy tau!

Adik Eyza memang penggemar barangan ALDO. Mula-mula Eyza pun pelik, apa la yang bestnya jenama ni. Tapi, bila Eyza tengok je koleksi barangan ALDO terus Eyza pun dah jatuh Cinta. Serius Cantik, menarik dan Da Bomb. 



Pertunjukan Feseyen Ni Berlangsung Di Suria KLCC.Pertunjukan Fesyen yang menampilkan Koleksi Musim Panas inididatangkan dengan 5 tema yang berbeza iaitu "Sunshine Yellow' , "Second Skin" , "Rainbow Splash" , "Best Practice"  dan "Business Class".








Bernie Chan ni memang sesuai jadi pengacara. memang happening. Pada Majlis yang sama, sesiapa yang naik ke pentas dan jawab soalan akan dapat baucer ALDO bernilai RM50. Wah. Bestkan?


Penyanyi Atilia Haron adalah salah seorang artis yang naik ke pentas. Bukan setakat menjawab soalan, siap nyanyi lagi. Memang sporting.



Selain dari Kasut dan Handbag, ALDO juga mempunyai koleksi Aksesori seperti rantai, subang, cermin mata, jam dan clutch.









Nak tengok koleksi lain? bole la tengok dekat 


23.6.16

Promosi Raya Special, Beli satu percuma satu di Shogun2u.com

23.6.16,Thursday, June 23, 2016

Semalam hari Cuti Umum.Hari Nuzul Quran. Eyza tak pergi mana-mana pun. Just duduk rumah sebab tak berapa sihat.Lagipun malas la nak keluar, mesti jalan jammed sebab ramai yang keluar shopping raya kan? Baiklah ahkak dok umah je. Takyah stress sebab jammed. Hahaha.

Dah tak sihat, melepek je kat rumah. Masak pun ala kadar je. Buat sambal sardin dengan goreng ikan masin. Tapi, tekak ni macam teringin Ayam Percik dengan kek. Nak keluar malas, tapi nak makan. Nasib baik la tetiba teringat kat Laman web Shogun2u. Try ushar ada ayam percik tak. Ushar punya ushar, nampak la Promosi Raya Special. Buy 1 free 1. Yeay.. Best ni. Tak yah la eyza beli 2 set, beli 1 pun dah cukup.

Cara nak beli pun senang je. Layari www.shogun2u.com . Kalau belum jadi membe Sign up membe dulu, kalau dah just login je.

Macam eyza just login je.


Kat sini kita boleh check sama ada Shogun2u ni hantar tak kat kawasan rumah kita. Untuk pembelian melebih RM25 free delivery ye. Memang jimat berbaloi.

Untuk Raya Special  ni ada menu ala carte, biskut raya dan set meals. Eyza beli yang Set Meal. Ada 4 pilihan set yang boleh kita pilih.





Semua nampak sedap sampai tak tahu nak pilih set yang mana.


Disebabkan teringin nak makan ayam percik, eyza pun pilih set yang ke4 iaitu Japanese Nasi Beriani Ayam Percik Set.

Dah order, kita tunggu je rider datang hantar depan rumah. Kita boleh bayar secara Cash On Delivery atau online banking. Eyza pilih COD je senang. Dia hantar eyza terus bayar.

Eyza order pukul 5.10 petang, pukul 6.15 petang dah sampai. Cepat betul. Eyza suka sebab cepat. Ni pun rider tu dah minta maaf sebab lewat sikit. Eh, untuk makanan yang perlu dimasak kalau ambil masa 1 jam tu kira tak lambat la bagi eyza. Fast food pun kadang2 lagi lambat dari ni.


Disebabkan buy 1 free 1, beli satu set dapat 2 set. Jimat kat situ.



Nasi sedap, ayam pun cukup rasa. Besar pulak tu.



Air tebu


Kek Black Forest yang sedap

Promosi Buy one free one ni ada sampai 25 Jun 2016 ni je tau. 

Untuk tempahan Bole layari:

Instagram:
@shogun2u


20.6.16

Restoran Tarbush dan Al Halabi menghidangkan makanan Arab yang best

20.6.16,Monday, June 20, 2016
Maaf la kalau pembaca blog Eyza asyik kena mengadap menu yang best2 je sejak kebelakangan ni. Eyza pun jadi serba salah nak update. Tapi, rugi kalau tak share tempat makan sedap2 dengan readers semua kan. Nak tak nak, eyza share la jugak. Senang untuk kita rancang nak makan kat mana kan sempena Ramadhan ni.

Sebelum-sebelum ni Eyza asyik share Buffet Ramadhan je kan. Ha...kali ni ada kelainan sikit. Eyza nak bawak readers semua ke Restoran Arab la pulak. Untuk penggemar makanan Arab, eyza memang recommed tempat ni.

Restoran Tarbush dan Al-Halabi yang terletak di JW Marriot Kuala Lumpur ni memang best. Kedua-dua restoran ni ibarat adik-beradik la sebab ianya dibawah owner yang sama.

Melangkah masuk dalam Restoran ni Eyza dah rasa macam best. Suasana dan susun aturnya memang sesuai jika kita ingin makan dalam suasana yang romantik.





Sebut saja makanan Arab mesti ramai yang terbayangkan Nasi Mandy Ayam atau Kambing yang kaya dengan rempah ratus. Selain menu itu, ada banyak lagi menu menarik dekat sini. Jom kita tengok menu-menu kat sini.


Whole Lamb with Bazilla Rice
Eyza suka sangat Daging Kambing dan Nasi Bazilla ni. Kambing rasa cukup rempah dan lembut, nasi pun sedap. Makan nasi saja pun best. Tapi, bila digabungkan nasi dan kambing panggang bertambah-tambah best.



Kibbeh
Daging kambing yang dibuat seperti bebola. Sedapa makan begitu saja atau dimakan bersama roti.


Hommus Tahina
Dibuat dari kacang kuda. Yang ni pun sedap bila dicicah dengan roti


Fetush
Lebih kurang macam Salad Sayuran, tapi yang bestnya sebab ada Nachos dalam tu. Bila makan ada rasa rangup kat situ.


Mutabal
Dibuat dari terung. Sedap dimakan dengan roti. Rasanya agak unik.


Falafel
Ianya ala-ala kuih vadei. Juga dimakan bersama roti.


Roti Arab
Kebanyakan masakan untuk starter sedap dimakan dengan roti Arab ni


Mix Grill
Jangan lupa try set ni sebab ianya lengkap dengan daging, kambing, udang, ayam, sayur-sayuran, kentang goreng juga Nachos.


Masakan ni pulak seperti kari kambing. Ianya dihidangkan dengan Nasi dari Beras Basmathi. Sedap.


Dan untuk pencuci mulut kami dihidangkan dengan 2 pencuci mulut yang sedap. Rasanya memang unik. Nak tahu kena la try sendiri.



Dan akhir sekali jangan lupa cuba teh dan kopi arab. Memandangkan eyza ni akan sakit kepala minum kopi, eyza pun pesan teh. Teh arab ada rasa mint. Buat air tu jd wangi.


So, kalau teringin nak berbuka dengan makanan Arab, apa kata pergi try di Al-Halabi dan Tarbush.