31.7.16

Sertai 'Yeo's I Love Malaysia Musim Kedua' untuk memenangi Tiket Percutian ke Korea

31.7.16,Sunday, July 31, 2016
Pejam celik pejam celik dah masuk Bulan Ogos. Bulan Ogos sinonim dengan Bulan Kemerdekaan bagi kita di Malaysia ni.

Meraikan Ogos sebagai bulan yang penuh cinta, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad ( "Yeo's"), syarikat peneraju minuman dan makanan yang terkenal telah melancarkan Kempen Yeo's 'I Love Malaysia' musim kedua yang berlangsung dari 28 Julai hingga 15 Oktober 2016. 


Majlis Perasmian ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran duta Yeo's Yeogurt iaitu Akim Ahmad dan isteri tercinta Stacy Anam. Kempen ini bertujuan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mengikuti #RentakBahagia Malaysia sempena perayaan 59 tahun kemerdekaan.


Sempena kempen 'Yeo's I Love Malaysia' musim kedua ni dan bulan Kemerdekaan, Yeo's bakal mengadakan jelajah di Pusat membeli-belah terkemuka seluruh Malaysia.Pelbagai aktiviti disediakan bagi memeriahkan  bulan Kemerdekaan ini dan mengamit keutuhan warga Malaysia yang berjiwa patriotik.


Pasangan romantis ini dipilih sebagai duta Yeo's Yeogurt dan turut bekerjasama utk menjayakan kempen ini.Ianya bersesuaian dengan kehidupan mereka yang bahagia melalui perkahwinan antara dua kaum dan budaya serta latarbelakang yang berbeza.


Akim dan Stacy akan berada di lokasi-lokasi berikut utk kempen ini:

East Coast Mall, Kuantan (28-31 Julai 2016)
1Borneo, Kota Kinabalu (19-21 Ogos 2016)
Setia City Mall, Selangor (1-4 Sept 2016)
Queensbay Mall, Pulau Pinang (29 Sept - 2 Okt 2016)
Plaza Merdeka, Kuching (7-9 Okt 2016)


Dan sempena kempen ini, Yeo's telah melancarkan Cabaran Instagran #RentakBahagia, bawa pasangan ke Korea bermula 28 Julai 2016 hingga 15 Oktober 2016 dengan misi mengumpulkan 10,000 foto dan video berkisarkan kecintaan kepada yang tersayang. 

Cabaran ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dengan hanya mengikuti langkah-langkah berikut:

#RentakBahagia Foto
1. Ambil foto yang berkonsepkan 'cinta', contohnya - foto keluarga, kawan karib dan sebagainya.

2.Muat naik foto tersebut ke laman instagram masing-masing.

3.Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt. Hashtag tambahan dibenarkan.

4.Tag 5 orang rakan dan cabar diaorg sebarkan rasa cinta.

Kalau nak buat video pun boleh.

#RentakBahagia Video
1.Rekod video durasi 30 saat hingga 1 minit berdasarkan lagu #RentakBahagia Akim dan Stacy. Nyanyian dan tarian adalah dibenarkan. 
(*Lagu boleh didapati di laman Youtube Yeo's Malaysia pada 20 Ogos 2016)

2.Muat turun video ke laman instagram masing-masing.

3.Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #Yeosyeogurt, hashtag tambahan dibenarkan.

4. Tag 5 orang rakan dan cabar diaorang sebarkan rasa cinta ini.

Pastikan laman instagram masing2 'public' ye!


Hadiah yang ditawarkan pun lumayan tau. Tiga pemenang Utama akan menerima tiket percutian ke Korea bersama pasangan, manakala 11 hadiah saguhati akan ke Taman Tema seperti Sunway Lagoon, Legoland dan sebagainya bersama keluarga tercinta. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman sesawang Yeo's www.yeos.com.my

Atau

Boleh berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300-80-2828

28.7.16

Pelbagai pilihan makanan sedap di Campur Campur Kitchen Cyberjaya

28.7.16,Thursday, July 28, 2016
Eyza dengan hubby ada selera masing-masing kalau makan kat luar. Kadang-kadang, Eyza nak makan makanan Chinese tapi hubby nak makanan Thailand. Selalu pening. Salah sorang kena mengalah. Takkan la nak makan kedai lain-lain pulak kan.

Selalunya kami akan cari kedai makan yang ada variety dari segi makanan dan masakan. Hari tu, Eyza makan dekat Campur Campur Kitchen yang terletak di D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya. Bestnya kat sini sebab ada Makanan Indonesia, Chinese dan Thai. Dah tak payah nak bergaduh pasal nak makan apa. Selera masing-masing ada kat sini.


Mula-mula masuk Eyza dah suka dengan dekorasi kedai.Ada pelbagai hiasan yang menarik dan Unik.Bahagian depan kedai ada dekorasi bertemakan mentol lampu dan bahagian belakang ada bertemakan Tradisional. Ada tempat tampi padi yang dibuat dari mengkuang dan talam lama.




Tengok je menu Eyza dah tertarik dengan cara hidangan air dalam mentol. First time Eyza minum air dalam mentol. Rasa nak bawak balik je mentol tu.hihihi.


Biru ni Lemonade Blue dan yang hijau tu Icy Green Mint.



Ni pulak Coffe in Hong Kong Style.


Tea in Thai Style


Ni dua-dua tu Almond Tea cuma 1 sejuk dan 1 panas.

Dekat dinding diaorang dah siapkan menu bergambar. Nak tau mana yang best seller pun boleh tengok kat situ je. Eyza try semua menu best Seller dan memang Eyza puas hati. Sedap bangat. hihihi.

Jom tengok apa yang Eyza dah try kat sana.


Ni Chicken Boxing. Sepinggan RM 12.90. Rasa rangup dan juicy. Eyza sorang je boleh habiskan sepinggan. Tapi kenangkan ramai lagi nak makan, Eyza makan 2 ketul je.


Chicken Wing With 3 rasa (RM 12.90). Sos tu ada rasa macam ikan 3 rasa. Ada rasa pedas, masam dan manis. Ayam tu dogoreng dulu, so masih rangup walaupun dah disalut dengan sos.

Kat sini ada pelbagai jenis Nasi Goreng. Eyza ni dahla penggemar Nasi Goreng. Memang wajib cuba la. Tamak kan? 

Yang paling Eyza suka dan rasa unik ialah Nasi Goreng yang dibungkus dalam daun. Wah.. ni memang rare. Nama menu ni Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice in Lotus Leaf (RM 11.90).


Bukan saja unik. Rasa pun sedap tau. Cukup rasa semua.


Ada Fried Rice in "Yong Zhou' Style (RM8.90) , Fried Rice with Chicken & Salted Fish (RM9.90), Indo Nasi Goreng with Rempah Chicken (RM11.90),Campur Belacan Chicken Fried Rice (RM 11.90), Kam Heong Chicken Fried Rice (RM 11.90), Golden Hong Kong Seafood Fried Rice (RM 16.90), Thai Pineapple Seafood Fried Rice (RM16.90) dan Indo Fried Rice with Flying Fish (RM 16.90)

Ha.. banyak kan menu Nasi goreng. Eyza pun rambang mata tak tau nak order yang mana. Ni antara yang Eyza sempat rasa.





Mee Goreng ni nampak macam simple tapi memang sedap dan secukup rasa tau. 


Yang ni French Toast with Honey. Sedap cuma bila letak Honey ianya jadi terlampau manis. I tak berapa gemar. Kalau takde Honey, Eyza rasa lagi sedap kut.

Curry Fish Ball ni yang buat rasa lain ialah sos dia. Ada rasa Kari. Penggemar kari mesti suka ni.

Selain ala carte, ada juga Set Nasi. Ada pelbagai pilihan set. Kalau nak lauk-lauk ni versi Ala carte pun boleh.

Ni Set Petai Shrimp Rice (RM 16.90)

Eyza suka sangat sambal Petai ni. memang kena dengan jiwa la.


Ni Set Ayam Bakar Rice (RM 14.90)

Ayam bakar dihidangkan dengan sambal kicap cili. Memang mabeles.

Menu yang paling ditunggu-tunggu mestilah Flying Fish with Hot & Spicy Herbs Rice (RM 15.90)



Selain dari set kat atas ni, ada jugak Set Butter Chicken Rice dan Salted Egg Yolk. Dua-dua Eyza suka. Tengah taip ni pun dok terbayang lagi. Adoi la.




Sesiapa yang berdekatan, bolehlah pergi makan dekat Campur Campur Kitchen ni. Bagi Eyza makanan kat sana sedap dan menepati selera Eyza.

Bagi yang tak tahu nak ke sana, jangan risau waze je DPulze Shopping Centre. Dan kat sini, parking memang murah sangat2. Memang berbaloi.

Alamat: 
Campur Campur Kitchen 
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya


23.7.16

Selepas 30 hari~Bulu Mata panjang dan lentik dengan Realash Eyelash Enhancer

23.7.16,Saturday, July 23, 2016
Ingat lagi tak Eyza pernah cerita pasal Realash Eyelash Enhancer ni. 

Dah sebulan Eyza pakai. Rasa-rasanya ada perubahan tak?

 Produk ni nampak macam simple je tapi kesan dia memang terbaik. Sesuai sangat untuk orang-orang yang sebelum ni tak ada bulu mata atau bulu mata tak berapa panjang. Cornfirm korang puas hati dengan hasilnya.



Macam Eyza pun sebelum ni bulu mata tak berapa panjang dan lentik. Pakai maskara pun lebih kurang macam tak pakai. Tu yang malas pakai maskara.

Ada yang ingat Realash ni maskara, padahal bukan ye. Ia adalah serum untuk bulu mata. Berus pun lain dari Maskara.


Cara pakai senang sangat. Just sapu ni bulu mata bagi hujung sikit supaya kena ke akar untuk pertumbuhan bulu mata yang lebih panjang dan lentik.

Eyza selalu pakai malam sebelum tidur atau sebelum pergi kerja. Tengok la mana-mana yang sempat. Ianya tak melekit. Rasa sejuk macam air je.


Alhamdulillah, selepas 30 hari ni la hasilnya Eyza dok sapu Realash ni. Eyza memang puas hati. Nampak bulu mata lebih panjang dan lebih lentik. Dah tak perlu pakai maskara lagi. Jimat. Beli je Realash dapat bulu mata yang lebih asli.












Kalau ada yang berminat atau inginkan keterangan lanjut, bolehlah layari:

22.7.16

Bestnya dapat Shopping Mekap di Ezbuy.my

22.7.16,Friday, July 22, 2016
Eyza sekarang ni memang gila shopping online. Malas nak pergi shopping kat luar sebab cuaca panas dan malas cari parking. Dah la harga parking kat KL ni bapak mahal. Kekadang tak berbaloi pun dengan barang yang kita nak beli. Silal-silap harga parking lagi mahal dari barang tu.

Eyza ni memang penggemar lipstik. Hari tu saja la ushar dekat laman web ezbuy.com . Macam menarik je. Nampak murah banyak pilihan. Lama jugak la eyza dok depan pc tu sebab nak buat pilihan yang tepat.hihihi.

Ezbuy ni adalah satu laman web yang menjual pelbagai barang yang menarik dengan harga yang murah.Ianya telah beroperasi dari Tahun 2010 dan berkembang pesat di Australia, Singapore, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Barang-baramg ini dihantar khas dari Guangzhou China dan ianya akan makan masa sikit. Eyza tak kisah. Tak urgent pun.

Untuk yang pertama kali bershopping kat sini, uolls akan dapat diskaun sebanyak 15%. Wah. Best tu.

Mula-mula klik sini https://m.ezbuy.my/

Selepas daftar, bolehlah start shopping. Macam-macam ada kat sini.Eyza macam biasa la, mesti la beli barang mekap.

 Tak sabar nak tunggu barang sampai.Apa yang Eyza beli? Macam biasa la, lipstik mesti ada. 3 terus eyza ambik. Satu set berus. Cukup la 4 barang dulu.Nanti kita shopping lagi.

Untuk pembaca blog Eyza ada diskaun lagi 15% untuk penghantaran. Boleh guna kod promo ni yer.

 EZJUL15 
(Kod Promo sah sehingga 1 August 2016)

Jom ramai-ramai shopping kat Ezbuy, Murah tau.



20.7.16

#AltheaTurns1 ~ Happynya dapat Shopping Mekap di Althea

20.7.16,Wednesday, July 20, 2016
Alhamdulillah. Hari ni dah 20 Julai. Ada apa dengan 20 Julai? Hari ni sangat bermakna untuk Eyza. First sebab hari ni Ulangtahun Perkahwinan Eyza yang ke 9 dan jugak Birthday Althea. 


#AltheaTurns1 hari ni tapi Eyza dapat hadiah Anniversary dari Althea. Penggemar barangan kecantikan dari Korea mesti kenal sangat dengan Althea Korea ni kan? Best tau shopping kat sini. Rambang mata dibuatnya. Dah la Eyza ni penggemar barangan mekap. Rasa macam nak beli semua. Hahaha.


Walaupun barang-barang ni semua dipos terus dari Korea, tapi cepat je sampai kat Malaysia. Terkejut jugak Eyza dibuatnya. Ingatkan lambat lagi sampai. Nasib baik sampai sebelum Anniversary. Bolehlah bercantik-cantik di Hari Anniversary. Mana la tahu nak gi Candle Light Dinner ke.

Bukan setakat make up dari Korea je dijual kat website ni, tapi boleh dikatakan ada penjagaan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ada Syampoo, Skincare, Lotion Badan, Body Mist. Pendek kata, apa je utk cantik semua ada kat sini. Selalunya kalau kita tengok cerita Korea, mulalah teringin nak guna barangan Korea. Betul dak? Dengan website Althea ni memang mudah. Tak perlu nak pergi Korea pun.

Sempena #AltheaTurns1 ni, pihak Althea Korea ada banyak sangat benda best untuk pelanggan-pelanggan mereka. 

Antaranya:

1.Limited Edition Party Box + DIY Party Kit


Kalau uolls order barang di Althea mulai hari ni iaitu 20 Julai 2016 hingga 31 Julai 2016, uolls akan dapat Limited Edition Party Box dan DIY Party Kit ni (selagi stok masih ada).  Eyza dah dapat. Cantik uolls.

 Nak tengok tak apa yang Eyza beli? Macam-macam ada. Tu pun ada lagi yang Eyza nak beli. Tapi yang tu tunggu gaji dulu.



Eyza beli Maskara, Lipstik 2 jenis, Eyebrow, Eyeshadow, Brush dan Body Mist.


Eyza memang dah lama cari Eyeshadow warna-warna tanah macam ni. Akhirnya kat Althea baru la Eyza jumpa. Memang tak tunggu dah. Terus grab. Berus tu pun sedap pakai. Bila sapu Eyeshadow jadi cantik je.



Eyebrow ni senang nak guna untuk bentukkan kening. Eyza ambik light brown. Nampak macam semulajadi je kening. Siap dapat refill lagi. Berbaloi beli.


Body Mist-Peach, bau wangi pastu tahan lama. Lepas mandi je terus sembur. Nak tido kena la wangi-wangi. Bau fresh dan lembut je.
















Dua2 lipstik ni Eyza suka. Kaler memang sesuai dengan Eyza. Pastu, ia x buat bibir kering. I like.










Maskara ni nampak je macam biasa2. Tapi, kalau nak effect bulu mata panjang, memang Maskara ni paling sesuai. Sekarang ni hari2 nak pakai Maskara pergi kerja. Lepas tu, kalau kita cuci takkan jadi hitam bawah mata akibat maskara. Nampak natural je.

2. Free Goodies Bag untuk 1500 pembeli pertama!
Dah la barang kat sini murah, siap dapat goodie bag lagi tu.

3. Birthday Giveaway
Pilih 3 best seller item dan dapat rebat 100% (tertakluk pada terma dan syarat). Biar betul? Memang betul la ni. Hihihi. 











4. #AltheaTurns1 Instagram Contest
Althea nak bagi hadiah lagi? Best betul. Birthday dia, tapi kita dapat hadiah.Hadiah yang ditawarkan memang best. Rugi kalau uolls tak join. Ada Macbook Air, Ipad Air 2, Iphone 6s, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea  Crefit dan Beauty Hamper. Best kan? Nak join jugak la.. Mana la tahu ada rezeki kan.

Senang je nak join. Cuma perlu selfie dengan Limited Edition Althea Box dan  Party Kit. Dan jangan lupa tau hashtag AltheaTurns1.



Apa tunggu lagi. Jom kita shopping dekat https://my.althea.kr/ 

HAPPY BIRTHDAY ALTHEA KOREA!