27.8.16

Makanan Halal di Krabi : Restoran Bamboo Thai

27.8.16,Saturday, August 27, 2016
Balik dari Pulau memang letih sangat-sangat. Kami malas nak singgah makan. Balik bilik, masak maggi pastu terus tido. Keletihan sangat-sangat dah. Malamnya baru kami keluar cari makanan. Keluar dekat-dekat je dengan The Dream Garden. 



Kami pun decide nak makan malam dekat Bamboo Thai. Ramai jugak blogger yang suggest makan kat sini.


Patut la nama kedai ni Bamboo Thai, hiasan dalaman kedai banyak dari buluh. Sesuai sangat.


Kami kelaparan sangat sbb petangnya just makan maggi je. So, untuk malam hubby order Tomyam Campur, Telur dadar dan Sayur Kucai. 



Rasa? Boleh tahan sedap. Tak tahu la sama ada memang sedap atau kami yang kelaparan. Hahaha. Tapi harga, agak mahal sikit la bila kita dah convert ke RM. Tapi bagi Eyza still berbaloi la nak makan.


Sebelum balik ke bilik, Eyza beli pulut mangga. Sedap. Sebekas tu 600 Baht. Mangga dia banyak. Ok la.

Pulut mangga tu balik makan kat bilik je. Dah penat, malas nak jalan-jalan. Esok nak check out dah. Kita tukar hotel lain pulak.

Kira-kira:
Mkn di Bamboo Thai - 520 Baht (RM 62.10)
Pulut mangga - 60 Baht (RM 7.10)

Total : RM 69.20

26.8.16

Innergie Travel Adapter, benda wajib ada ketika travel!

26.8.16,Friday, August 26, 2016
Blogger dan Laptop berpisah tiada. Hahaha. Statement sangat kan.. 

Ye la, bila tengah syok-syok update blog pastu laptop habis bateri. Meroyan kejap rasanya.

Lagi satu masalah bila kita bawak laptop pergi travel keluar negara. Bateri habis, tengok-tengok plug kat negara tu lain dengan laptop. Menangis kat situ jugak sbb tak boleh cas. Macam-macam kan.


Sebab tu la Eyza suka sediakan payung sebelum hujan. Dalam erti kata lain, sediakan Innergie sebelum bateri laptop habis. Hahaha.


Mesti ada yang tanya, apa Innergie ni? Ha.. mai sini nak bagitau. Innergie ni adalah sejenis Travel Adapter. Tapi yang ni unik sikit sebab ianya khas utk laptop.Yang ni ialah PowerGear Ice 65 (Travel Adaptor).


Eyza pakai laptop jenama HP. Tapi jangan risau tau sbb Travel Adaptor ni ada pelbagai 'tip' mengikut jenis laptop. So, bukan setakat laptop jenama HP tapi jenama Dell, Lenovo, Acer, ASUS dan Toshiba pun boleh. Senang sangat untuk sesiapa yang suka melancong sambil bekerja.


AC plug ni pulak boleh digunakan diserata dunia. Didatangkan dengan 4 jenis yang boleh digunakan iaitu UK,US, AU dan EU. Kalau kat Malaysia kita guna plug UK. Senang. 


Sebenarnya produk ni dah ada kat pasaran dari Tahun 2008 lagi. Dah lama pun.

Selain dari PowerGear Ice 65 ni, Innergie juga ada 2 lagi produk iaitu LifeHub Plus dan WizardTip. Kedua-duanya ada fungsi yang berbeza.


Satu set ni didatangkan dengan bag comel. Senang. Masukkan je semua dalam tu. Memang takde potensi nak tertinggal salah satu barang.

Menarik kan? Tu yang Eyza suka tentang Innergie ni. Memudahkan hidup Eyza bila pergi travel.

Nak tau lebih lanjut? 

Bagi kaki shopping online mesti tahu kan pasal laman web Lazada . Innergie ni boleh juga dibeli di Lazada.

Selain itu, ada pengedar sah yang telah dilantik untuk memguruskan penjualan produk ini. Boleh contact Afforda Notebook Solution Sdn Bhd (03-80708315) atau Convergent Distribution (M) Sdn Bhd (03-21441881)

Innergie Travel Adapter, benda wajib ada ketika travel!

,Friday, August 26, 2016
Blogger dan Laptop berpisah tiada. Hahaha. Statement sangat kan.. 

Ye la, bila tengah syok-syok update blog pastu laptop habis bateri. Meroyan kejap rasanya.

Lagi satu masalah bila kita bawak laptop pergi travel keluar negara. Bateri habis, tengok-tengok plug kat negara tu lain dengan laptop. Menangis kat situ jugak sbb tak boleh cas. Macam-macam kan.


Sebab tu la Eyza suka sediakan payung sebelum hujan. Dalam erti kata lain, sediakan Innergie sebelum bateri laptop habis. Hahaha.


Mesti ada yang tanya, apa Innergie ni? Ha.. mai sini nak bagitau. Innergie ni adalah sejenis Travel Adapter. Tapi yang ni unik sikit sebab ianya khas utk laptop.Yang ni ialah PowerGear Ice 65 (Travel Adaptor).


Eyza pakai laptop jenama HP. Tapi jangan risau tau sbb Travel Adaptor ni ada pelbagai 'tip' mengikut jenis laptop. So, bukan setakat laptop jenama HP tapi jenama Dell, Lenovo, Acer, ASUS dan Toshiba pun boleh. Senang sangat untuk sesiapa yang suka melancong sambil bekerja.


AC plug ni pulak boleh digunakan diserata dunia. Didatangkan dengan 4 jenis yang boleh digunakan iaitu UK,US, AU dan EU. Kalau kat Malaysia kita guna plug UK. Senang. 


Sebenarnya produk ni dah ada kat pasaran dari Tahun 2008 lagi. Dah lama pun.

Selain dari PowerGear Ice 65 ni, Innergie juga ada 2 lagi produk iaitu LifeHub Plus dan WizardTip. Kedua-duanya ada fungsi yang berbeza.


Satu set ni didatangkan dengan bag comel. Senang. Masukkan je semua dalam tu. Memang takde potensi nak tertinggal salah satu barang.

Menarik kan? Tu yang Eyza suka tentang Innergie ni. Memudahkan hidup Eyza bila pergi travel.

Nak tau lebih lanjut? 

Bagi kaki shopping online mesti tahu kan pasal laman web Lazada . Innergie ni boleh juga dibeli di Lazada.

Selain itu, ada pengedar sah yang telah dilantik untuk memguruskan penjualan produk ini. Boleh contact Afforda Notebook Solution Sdn Bhd (03-80708315) atau Convergent Distribution (M) Sdn Bhd (03-21441881)

24.8.16

Golden Churn memperkenalkan Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Oil dan Avocado Oil

24.8.16,Wednesday, August 24, 2016
Eyza dah lama teringin nak makan masakan Datuk Chef Wan. Selama ni ingatkan ni cuma angan-angan je. Tapi tak sangka pulak ianya dapat jadi kenyataan masa Majlis memperkenalkan dua jenis Butter terbaru dari Golden Churn.


Eyza tak pernah tahu yang Butter Golden Churn ni dah ada selama 70 tahun di pasaran. Wah..lama tu. Kakak Ipar Eyza memang suka buat kek lapis Sarawak guna Butter Golden Churn. Dia kata, Butter Golden Churn lebih sedap dan moist berbanding kalau guna butter jenama lain.Patut la kek Lapis Sarawak sedap, rupanya pakai butter yang berkualiti.


Golden Churn telah menjadi jenama Antarabangsa terkemuka dengan slogan "Goodness Guaranteed".


Di Majlis ini, Golden Churn telah memperkenalkan 2 rangkaian Butter terbaru yang dipek dalam pek yang eksklusif dan menarik dengan warna metalic.


Golden Churn Spreadable with Avocado Oil 
Gabungan citarasa ikonik Golden Churn Butter dengan tekanan sejuk minyak Avokado dari Australia memberikan rasa lemak dan kekacang yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, minyak Avokado bertaraf premium ini memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Lemak mono-tidak tepu membantu memperbaiki tona kulit, potassium yang terkandung baik untuk melancarkan peredaran darah, serta serat makanan juga membantu mengawal paras gula dalam badan. Berikan kepuasan pengembaraan deria rasa anda dengan mencuba pada hidangan sandwich.


Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil
Melengkapi kualiti premium dan rasa Golden Churn Butter, rasa unik Mediterranean terhasil daripada tekanan sejuk pada minyak Zaitun dari Australia yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, mentega ini memberikan manfaat kesihatan dari minyak Zaitun yang diperkaya dengan antioksida serta lemak mono-tidak tepu. Ia sememangnya amat sesuai digunakan sebagai bahan masakan, atau sapuan di atas roti.


Eyza rasa bertuah sebab dapat tengok live Datuk Chef Wan masak. Bau je dah buat Eyza rasa lapar. Datuk Chef Wan masak makanan istimewa menggunakan Butter Golden Churn iaitu Special Savoury Corn Muffin dan Special Lebanese Chicken Rice.


Macam mana kat TV, macam tu la Datuk waktu live. Memang banyak bercakap. Tak bosan langsung tengok dia memasak.


Sekejap plak tu dia masak. Sambil masak sambil bercakap tapi semua kerja dia buat laju je.

Special Savoury Corn Muffin

Special Lebanese Chicken Rice

Dua-dua tu sedap. Muffin tu rasa lain dari Muffin yang Eyza pernah makan. Memang sedap. Tapi, tak tau nak describe macam mana kesedapannya. Kena cuba dulu baru tahu.


Eyza suka makan Butter ni sapu terus atas roti. Sekarang breakfast mesti makan Roti dengan Butter Golden Churn. Tukar-tukar. Hari ni Butter Golden Churn Spreadable With Extra Virgin Oil, esok pulak with Avocado Oil. Memang best.

Ianya boleh dibeli di Pasaraya dan hypermarket dan didatangkan dalam pek 200gm dengan harga RM 16.22 (RCP)

Untuk info lanjut, boleh layari:


22.8.16

ABS Powerbank memang berbaloi untuk dimiliki

22.8.16,Monday, August 22, 2016
Eyza sekarang ni tengah menyimpan untuk Beli Kamera. Sebelum tu kena la guna kamera handfon je kalau pergi event. Tapi, kalau pergi event mesti kena banyak ambik  gambar dan buat Live Update.Kekadang blom sempat habis Event, bateri handfon pun dah habis. Masa tu siap terkulat-kulat. Hahaha.

Sebab tu la, Powerbank adalah salah satu benda yang penting jugak kalau gi mana-mana. Takkan la dekat event kita nak cari plug sebab nak cas handfon. Takleh buat kerja la camtu. 

Nak beli Powerbank pun Eyza kaji banyak benda dulu. Survey punya survey, Eyza rasa ABS Powerbank adalah pilihan terbaik.


ABS powerbank ni hanya 0.3 kg sahaja. So, kita boleh masukkan dalam handbag je. Mudah nak bawak ke mana-mana. Lagipun ianya berkapasiti 15,000 mAh. Untuk blogger macam Eyza yang banyak gunakan handfon memang sesuai sangat powerbank jenis ni.

Selain dari ringan, Powerbank ABS ni ada warranty selama 2 tahun tau. One to one exchange. Yup. Eyza tau mesti ramai yang tak percaya kan? Ha..ni citer betul ni. Sebelum ni kalau kita beli powerbank cuma warranty setahun tapi dengan ABS Powerbank, kita dapat 2 tahun.


Powerbank ni didatangkan khas dengan dua output. Memang boleh share dengan kawan-kawan atau cas 2 gajet dalam 1 masa. Best kan. Takde la kena tggu kita pakai baru orang lain boleh pinjam. Dengan dua output kita boleh cas sama-sama.



Lagi satu, apa yang buatkan Eyza suka dengan Powerbank ni ialah jimat masa sebab ia dapat caj dalam masa yang singkat. 

Sekarang ni memang banyak sangat produk tiruan dekat pasaran. Tapi, kita kenalah jadi pembeli dan pengguna yang bijak. Di Malaysia, hanya C Two Gadget sahaja pengedar sah untuk ABS Powerbank ni.

Ha... Eyza dah puas hati dengan ABS Powerbank ni. Korang tak nak try ke? Bole tengok sini untuk tahu kat mana nak beli.


Nak harga promosi tak? Ha...mesti la ada. Uolls boleh tengok kat sini

http://m.11street.my/store/MiniMallAction/getMiniMallHome.do?sellerHmpgUrl=absmalaysia

Promosi dekat 11street ni berlangsung sempena bulan kemerdekaan. Ianya akan berakhir pada 31 Ogos 2016. Rugi tak grab peluang ni sebab ada diskaun 20% - 30% tau. Memang berbaloi!

21.8.16

Meriahnya Majlis Hari Lahir di The Parenthood Playland Sunway Putra Mall

21.8.16,Sunday, August 21, 2016
Selama ni Eyza tak tahu pun ada tempat best untuk sambut Birthday di Sunway Putra Mall sampai la Eyza dapat jemputan dari Mommy Blogger, Jane Chua. Jane jemput rakan-rakan blogger untuk sama-sama raikan Majlis Hari Lahir 2 orang anaknya iaitu Chai Wen dan Wei Han.


Majlis Hari Lahir ni diadakan di The Parenthood Playland Sunway Putra Mall.


Rupa-rupanya setiap hari Ahad, dekat The Parenthood Playland ni  ada Sunday Birthday Theme Party. Kita boleh buat tempahan untuk Majlis hari jadi dengan harga serendah RM 1200.00.


Untuk Majlis Hari Jadi Chai Wen dan Wei Han ni Jane memilih tema Minion. So cute. Kat sini ada banyak tema yang kita boleh pilih. Antara tema yang ada ialah Minion, Frozen, Princess, Superhero, Pikachu dan lain-lain.

Dekat sini, budak-budak la paling happy. Ada banyak permainan yang diaorang boleh main. Memang tak bosan langsung. Eyza yang dah 'tua' ni pun rasa macam nak join je bebudak tu main kat situ. Cuma, Takut viral je so Eyza tak jadi buat. Hahaha.





Kalau nak tengok costum yang ada, boleh check dekat Dream World Costume

Kalau dah namanya Birthday Party, mesti la kena ada makanan kan. Ha.. Kalau kita buat majlis kat sini, jangan risau sebab kita boleh order makanan terus dari Cafe LilliPilli (Andy Lam: 016-2054048). Diaorang akan hias mengikut tema yang kita pilih.


Kek pun cantik dan sedap. Kek Minion tu dibuat khas oleh Catherine Cakery (012-3921217).



Cute sangat. Sayang nak makan.


Untuk ibu bapa, jangan risau tau sebab ada jugak permainan utk uolls iaitu Nerf Gun. Permainan ni ala ala Paintball. Nerf Gun ni cuma berharga RM7/pax dan boleh main sebanyak 3 game.


Pendek kata memang best la kalau buat Birthday Party kat sini. Bukan saja anak-anak happy. Mak ayah pun happy. Silap-silap mak n ayah yang tak nak balik nanti. Hihihi.

Berminat nak buat Party kat sini? Boleh contact:

The Parenthood Playland
2-1, Level 2,
Sunway Putra Mall,
50350 Kuala Lumpur.
03-40503808


20.8.16

Cuti-Cuti Cinta ~ Krabi (Phi Phi Island)

20.8.16,Saturday, August 20, 2016
Ya Allah. Eyza betul-betul terlupa yang entry Krabi lom habis cerita. Dah berbulan-bulan pun. Ingat lagi ke tak ni? Hihihi. Nasib baik segala perbelanjaan Eyza catat.

Kalau nak throwback, bole baca citer Krabi sebelum ni kat link bawah ni:


Ok, meh Eyza sambung citer pasal Krabi. Untuk hari kedua kami decide nak pergi Pulau. Yeay. Rugi tau kalau pergi Krabi tak menjelajah ke Pulau-pulau yang ada kat sana. 

Untuk Pakej Pulau, Eyza ambil dengan Krabi Travel Information macam yang Eyza pernah cerita dalam entry sebelum ni.Mulai tahun ni, harga pakej ke pulau tak termasuk dengan cukai pulau tau.

Macam Eyza ambil pakej Phi Phi Island, Cukai Pulau kena bayar seorang 400baht. Kiranya pakej pulau 900 Baht + cukai 400 Baht jadikan jumlah kena bayar 1300 Baht. Untuk Cukai Pulau, bila kita atas boat baru akan collect. Ada jugak yang tak nak bayar, so diaorg tak turun dari boat. Bagi Eyza dah alang-alang datang, baik kita explore je semua tempat. 


Untuk ke pulau, travel agent akan bgtau pukul berapa van akan datang pick up kat hotel. Macam kami hari tu van datang pukul 8.30. Sebenarnya, bukan van. Tapi Tuk Tuk, macam lori kecik tu. Adventure jugak naik ni. Tapi sebelum ni dah pernah naik kat Hatyai, so takde la rasa pelik.


Eyza tak bawak baju salin pun sebab baca kat blog-blog lain semua cakap tak perlu bawak sebab nanti baju akan kering sendiri.


Tuk tuk akan pick up dari hotel ke hotel. Lepas tu kami semua diturunkan dekat tepi pantai. Memang pit stop untuk sesiapa yang nak ke pulau. Dekat sini, kami diberi gelang berwarna ikut pakej pulau. So, xde la potensi kita nak tertukar pergi Pulau lain.


Kebetulan masa kami pergi tu cuti sekolah. Lupa plak nak check kalendar time tu. Memang ramai manusia la time tu. Dan yang ramainya dah tentu la orang Malaysia.


Ni la pemandu pelancong kami. Dia cakap Inggeris tapi dengan dialek Siam. Ada benda yang kami paham, ada yang tak. Tapi sepanjang perjalanan memang tak boring langsung sebab macam-macam yang abang ni cerita tentang Krabi.

Setelah dengar taklimat ringkas dari abg tu, kami pun dibawa ke Boat. Kena jalan kaki jauh jugak la. Dalam perjalanan tu akan ada orang ambil gambar. Eyza plak tak sempat bersedia dia dah snap. Asing2 dengan hubby plak tu.

Eyza cadangkan kalau pergi Krabi naik la boat Sea Eagle sebab boat dia memang selesa. Lepastu, tak crowded sangat. Ada boat Eyza tengok dah macam sardin dah padatnya.


Untuk Pakej Phi Phi Island, kami dibawa ke Bamboo Island, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Bay,Maya Bay, Viking Cave dan Phi Phi Don.

Untuk snorkeling dia akan berhenti dekat Bamboo Island, Maya Bay dan Phi Phi Island.

Sepanjang perjalanan tu Eyza rasa kagum sangat dengan kecantikan air laut kat sini. Tak dapat nak digambarkan macam mana. Nampak biru dan hijau.





Boat akan berhenti dekat Pulau apa ntah Eyza tak ingat untuk snorkeling. Tapi kat sini tak ada daratan. Sesiapa yang nak snorkeling kena terjun terus dalam laut. Hubby je excited nak pergi. Eyza yang tak pandai berenang ni memang takmo la. Hubby pujuk pun memang Eyza xmo. So, Eyza tukang tangkap gambar hubby je la..


Bukan main happy dia dapat snorkeling. Tapi cuaca tak payah cerita la.Memang panas terik. Nasib baik dalam boat memang disediakan air mineral sejuk. Ambik la banyak mana yang korang nak. Memang hilang haus.


Masa dekat Maya Bay Eyza sempat berkenalan dengan kawan-kawan dari Malaysia. Diaorang dari Bangi. Kitaorang naik 1 boat. Tapi masa atas boat tak dapat borak sebab diaorg hujung sana kami hujung sini. Dah turun ke darat, baru leh ramah mesra. Best jumpa membe Malaysia.


Dekat Maya Bay ni memang cantik kalau ambik gambar. Pasir pantai bersih je.



Kami ambil pakej halal. Untuk makan tengahari kami semua dibawa ke Arida Restoran.



Habis makan, jalan-jalan kat Pulau tu jap kami terus ke Phi Phi Island. Kat sini last stop untuk kami snorkeling. Puas hati la sebab pantai dan air laut cantik sangat.


Balik je dari Pulau muka dah macam udang kena bakar.Tapi Eyza puas hati sangat sebab dapat tengok Pantai dan laut yang super duper cantik. Rasa nak repeat lagi je ke Krabi.


Ok, habis cerita pulau. InsyaAllah nanti Eyza sambung lagi ye.

Kira-Kira:
Entrance Fees Pulau : 400 baht x 2 (RM 95.60)
Gambar Hubby : 10 baht (RM 11.95)
Air tea thai : 48 baht (RM 5.74)

Total : RM 113.29