28.9.16

Aksesori Smartphone Sista memang best

28.9.16,Wednesday, September 28, 2016
Eyza kalau bab beli aksesori telefon memang cerewet sikit. Bukan apa, kekadang bila kita salah beli yang tiruan, lama-lama ia akan rosak dan yang lebih Eyza takut bila tengah caj meletup. Sebab tu, Eyza akan pastikan aksesori phone Eyza dibeli dekat tempat yang memang menjaga kualiti.

Sista Malaysia adalah salah satu jenama yang Eyza suka.Sista ada pelbagai aksesori telefon yang sangat kita perlukan zaman sekarang ni.

Sista ni sebenarnya diwujudkan di Hong Kong dan kini ibu pejabatnya terletak di Shenzen.Sista dicipta oleh sekumpulan anak muda yang sukakakan teknologi dan mereka datang dari Hong Kong, Shenzen dan tak terkecuali dari Malaysia dan mereka sangat mementingkan kualiti barangan yang dicipta.


Sista ni sebenarnya diambil dari perkataa "Sea-Star" iaitu tapak sulaiman.Pengasasnya mengambil inspirasi dari tapak sulaiman iaitu hidupan laut yang boleh hidup walaupun ada pelbagai dugaan.


Eyza dah try Data Cable dari Sista ni. Memang cepat bateri penuh. Nak guna dengan powerbank pun boleh. Panjang wayarnya mencecah 1000mm. Sambil cas telefon pun boleh update status lagi kat phone tau.


Eyza suka sangat sebab Data Cable dari sista ni senang nak bawa ke mana-mana dan harganya sangat berbaloi dengan kualiti.

So, kalau uolls nak cari aksesori Smartphone Eyza memang rekemen jenama Sista ni. Yang macam Eyza punya ni cuma berharga RM 29.00 sahaja.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:
Untuk pembelian boleh layari:
Phone: 03-89417677


26.9.16

Tuala Wanita Amez Care menjaga Miss V anda

26.9.16,Monday, September 26, 2016
Wanita dan tuala wanita memang tak dapat dipisahkan. Setiap wanita akan datang bulan dan masa tu memang kita akan cari Tuala Wanita.Memang banyak jenama tuala wanita tapi nak cari yang betul-betul selesa dan sesuai dengan miss v tu yang susah.

Sebelum ni, Eyza guna tuala wanita jenama xxx. Tapi, sejak Eyza guna tuala wanita Amez Care keluaran Syarikat Amez Care Bio Herbal Eyza memang dah jatuh hati. Tuala Wanita Amez Care ni memang best. Ianya dibuat dari Herba untuuk menjaga kesihatan Miss V.

Terdapat 5 jenis herba yang digunakan di dalam tuala wanita Amez Care ini iaitu:
✔Aloe
✔Peppermint
✔TEA Plant
✔Chamomile
✔Lavender

Tuala Wanita Amez Care ada tiga jenis iaitu Day, Night dan Pantyliner.


Amez Care  direka khas untuk keselesaan setiap wanita. Setiap tuala wanita Amez Care ada jalur hijau yang merupakan Nano Silver Ion dan Ion Sinar Infra Merah.

Amez Care Day - RM 12.90 (12 pcs)
- Eyza rasa selesa sangat pakai Amez Care Day ni. Nampak macam nipis, tapi tak bocor langsung walaupun tengah aliran banyak. Eyza nak bergerak pun tak perlu risau bocor ke apa. Memang best. Dah la berangin, Miss V rasa selesa betul.

Amez Care Night - RM 12.90 (10 pcs)
- Untuk yang Night ni Eyza memang rekemen sangat. Sebab sebelum ni, kalau aliran banyak bangun pagi je mesti bocor tapi lepas guna jenama Amez Care. Tak bocor langsung walaupun darah banyak. Dan yang lagi best, ianya berangin dan bau wangi.

Amez Care Pantyliner - RM 11.90 (30 pcs)
-Eyza suka guna hari-hari atau ketika period dah hujung-hujung. Ianya juga sesuai kalau kita ada keputihan. Ia membuatkan miss V kita tak ada bau yang kurang best. Wangi je. Hihihi.

Uolls boleh beli produk ni di Aeon, Giant atau farmasi. 

Untuk keterangan lanjut, boleh layari:

Bole juga kalau nak beli online. Layari http://www.amezcare.com/online-store

25.9.16

Koleksi DreamWorks® “Trolls® Magnet” di 7-Eleven

25.9.16,Sunday, September 25, 2016
Eyza ni boleh dikatakan pengumpul "Fridge Magnet" tegar la. Mana-mana tempat Eyza pergi mesti Eyza akan beli Fridge Magnet. Eyza juga suka kumpul "Fridge Magnet" dari Filem. Bagi Eyza ianya unik sebab ia takkan ada selalu.

DreamWorks akan mengeluarkan Filem baru iaitu Trolls yang akan ditayangkan di Pawagam pada 4 November 2016. Birthday Eyza 5 November, bolehlah suh hubby blanja tengok citer ni. Hihihi.


Sempena Filem ni, DreamWorks telah bekerjasama dengan 7 Elevan untuk mengeluarkan koleksi "Fridge Magnet".

Kempen ni bermula 13 September 2016 hingga 7 November 2016 tapi korang boleh redeem bermula 13 September 2016 hingga 14 November 2016. Banyak masa lagi tau nak redeem.


Macam mana nak redeem? Senang je. Dengan setiap pembelian RM5 di 7-eleven, uolls akan dapat sekeping sticker. Kumpul sampai 12 sticker dan boleh redeem sekeping "Fridge Magnet" Troll. Senang je kan?


Eyza dah ada 2 koleksi ni. Tak sabar nak tambah lagi sebab comel2 karakter dalam Trolls ni.


Kalau nak menang hadiah yang lagi best, uolls boleh sertai "Show Your Trolls Colour". Caranya mudah je. Pakai baju mengikut karakter dalam Filem Trolls an upload ke Facebook 7-Eleven. Uolls berpeluang untuk menang GoPro Hero 4. Best kan?

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.7eleven.com.my/ atau FB 

23.9.16

Cuti-Cuti Bujang dengan kengkawan di Sunway Hotel

23.9.16,Friday, September 23, 2016
Eyza memang akan peruntukkan setahun sekali untuk bercuti dengan member-member. Walaupun masing-masing dah kahwin, tapi kami tetap peruntukkan waktu untuk rehatkan badan tanpa gangguan.
Untuk kali ni, kami pilih Sunway Hotel. Sunway hotel merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perhotelan. Sebut je nama tu, mesti kita bayangkan hotel bertaraf lima bintang di pinggir bandar, dilengkapi dengan facility yang sempurna dan diuruskan oleh staf-staf yang sangat peramah dan sedia membantu. Dan, Eyza pilih tempat ni untuk lepak dengan kawan-kawan. Di samping tu, Eyza pun boleh relaks sekali. Maklumlah, dah lama tak cuti.
Nak dijadikan cerita, kawan Eyza rekemen Eyza book bilik dengan Traveloka.com. Mudah katanya, get the best deal! Betul kata kawan Eyza. This site offered the lowest rate of all. Eyza booking 2 bilik  2 hari 1 malam sebab kami pergi berempat. Kami pilih Bilik Premier Park View.

 Apa lagi, dengan seronoknya, Eyza dengan kawan-kawan  dapat stay at Sunway Resort Hotel Spa. Oh ye, pakej yang Eyza dapat tu dah cover sekali breakfast dan spa, tau. Best kan?!
So kitaorg check in bilik tengahari Sabtu. Ktorg dapat the best view of Sunway Lagoon Theme Park.
Dari situ juga, ktorg boleh tengok macam-macam gaya pengunjung-pengunjung theme park ni naik roller coaster. Ada yang pucat, ada yang tutup mata dan ada jugak yang sampai menangis. Haha, enjoy jugak tengok ragam manusia ni sebenarnya.

Oh ye, berbalik kepada cerita bilik ktorg tadi. Selain pemandangan, ktorg enjoy dengan katil King yang besar dan selesa kat Hotel ni. Selesa sangat, kalau boleh nak tidur je seharian, tak nak bangun dari katil, hahah! Bilik ni juga dilengkapi dengan TV LCD screen, wifi dan jugak broadband internet access serta executive writing desk. Eyza sempat lagi update blog walaupun tengah cuti. Hihihi
Selain tu, ada juga disediakan bar untuk kita buat kopi dan teh. Lengkap sangat, dah macam duduk kat rumah dah. Kemudahan yang paling best ialah ada 24 hour in room dining.
Selain kemudahan asas, tempat ni juga serve macam-macam jenis makanan. Eyza teringat-ingat  asam laksa masa makan tengahari kat situ.
Waktu petang, kami Cuma lepak  high-tea kat the hotel restaurant. Macam Eyza expect, lebih 100 jenis makanan tempatan dihidangkan. Semuanya best. Suasana dalam restoran tu pula amat tenang dan sangat sesuai untuk aktiviti santai bersama yang tersayang .

Pada sebelah malam, kami tengok movie kat TGV Sunway Pyramid. Memang best. Balik bilik, terus rasa lapar pulak, terus order makanan kat hotel je. Macam biasa, makanan di Sunway hotel tak pernah kecewakan Eyza.
Esoknya, pagi-pagi lagi ktorg dah manjakan diri dekat Mandara Spa kat  hotel. Suasana kat sini amat tenang dan mendamaikan. Lepas habis sesi Balinese message selama 50 minit, ktorg tambah lagi masa untuk buat full body scrub dan facial. Kami semua puas hati sebab this is the best spa treatment kami pernah buat. Mana taknya, staf-staf kat sini semua sangat peramah dan lembut. Memang puas hati.
Lepas tiga jam spend masa kat spa, kami semua ke Café Hotel untuk ‘Brunch’ dan lepas tu check out.
Memang tak dinafikan pengalaman bercuti kat sini sangat menakjubkan. Daripada kemudahan asas, bilik, makanan dan servis-servis lain, semuanya memuaskan hati. Tak sangka pulak Eyza, ada hotel dekat Sunway Pyramid yang boleh bagi experience percutian singkat best macam ni. Tak sabar nak plan for the next trip kat Penang. Boleh la try Sunway hotel kat sana pulak!


21.9.16

Meriahnya Sambut Hari Lahir di Fish & Co

21.9.16,Wednesday, September 21, 2016
Bestnya la kan kalau ada anak. Tiap-tiap tahun Eyza nak sambut.Tapi apakan daya blom rezeki. Eyza celebrate la besday anak-anak orang lain dulu.hihihi.


Majlis Birthday kali ni dibuat di Fish & Co, Pavillion. Rupa-rupanya Fish & Co ada Nautical-Theme Adventurous Birthday Party Package. 

Fish & Co berkolabrasi dengan Event Planner, Day One. Memang best la. 

Kanak-kanak semua dibawa oleh Kapten Savannah untuk cari harta karun. Meriah betul. Semua teruja.




Ada pelbagai jenis game yang disediakan untuk semua kanak-kanak.






Makanan yang disediakan oleh Fish & Co memang best. Eyza paling suka Fish & Chip kat sini. Rangup je tepung tu.





Ada pelbagai pilihan pakej untuk buat Birthday Party kat sini. Pilih je pakej yang sesuai dengan bajet uolls.


Majlis Birthday ni boleh di buat di Fish & Co Pavillion, Main Place @usj 21, Paradigm Mall, IOI City Mall dan The Mines.


Untuk maklumat lanjut atau tempahan, boleh hubungi:

Charmaine@fish-co.com.my
012-3873291

Zoe@fish-co.com.my
016-2017367


13.9.16

Nescafe Gold Blend Barista Machine akan dilancarkan di Lazada pada 14 September 2016

13.9.16,Tuesday, September 13, 2016
Eyza bukanlah penggemar kopi. Tapi, Hubby adalah peminat kopi no 1. Kekadang penat jugak asyik kena bancuh kopi je. Sampaikan Eyza pernah terfikir nak beli mesin kopi macam dekat cafe tu. Senang sikit, tekan je. Tapi mengenangkan harga mesin kopi yang agak mahal terus terbantut hasrat tu. Bancuh je la sendiri hari-hari.

Dengan tak disangka-sangka, baru-baru ni Eyza dapat jemputan untuk Majlis memperkenalkan Nescafe Gold Blend Barista iaitu satu mesin kopi yang dibuat khas untuk Necafe Gold Blend.



Di Majlis ini, kami dapat rasa kopi dengan pelbagai rasa yang unik dan menarik dengan hanya menggunakan Nescafe Gold. 


Tak sangka ada mesin yang best macam ni. Kita just masukkan Nescafe Gold Blend dalam mesin, tapi mesin ni boleh menghasilkan 5 jenis kopi yang kita inginkan. Dengan 1 mesin kita boleh hasilkan Latte Macchiato, Cappuccino, Espresso, Lungo dan Americano.



Wow! Menarik kan? Sekarang ni hubby hari2 bancuh sendiri. Bukan Eyza tak nak bancuhkan, tapi hubby yang lebih suka buat sendiri sebab dia boleh pilih kopi apa yang dia nak minum. Dengan sekali tekan je dah siap minuman kegemaran. Dah tak payah lepak kat cafe dah. Kat rumah pun kita dah boleh bancuh sendiri.


Ianya didatangkan dalam 2 warna yang menarik. Eyza punya warna merah. Eyza suka yang kaler merah ni sebab nampak seksi. Hahaha.. Mesin pun seksi tau.


Nescafe Gold Barista Machine ni akan dilancarkan di Lazada pada 14 September 2016 ni. Dah tak lama dah tau. Dan untuk pembeli di Lazada, ada harga istimewa yang Lazada akan bagi pada pembeli.

Harga Asal untuk mesin ni ialah RM 399.00.
Nak tahu tak berapa harga yang Lazada offer?
RM 199.00 ( mesin sahaja)
dan uolls boleh lagi jimat dengan pembelian secara pakej iaitu RM 239.00 untuk Barista Machine dan 1 Nescafe Gold Blend 200gm jar dan 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack . Berbaloi kan?

Harga ni ekslusif di Lazada je sempena Launch. So, mark dekat calendar. Tunggu 14 September ni dan jangan lupa bukak laman web Lazada. Rugi kalau tak grab peluang ni. Memang best dan berbaloi tau mesin ni. Eyza dah fall in love ngan Barista Machine ni sebab mudahkan kerja Eyza. 


Ingat tau. 14  September 2016. Bukak laman web LAZADA. Bye. Selamat me'ngopi'.

8.9.16

Cheese Nan terbaik hanya di RSMY

8.9.16,Thursday, September 08, 2016
Eyza ni memang penggemar Cheese. Kalau makan Cheese Nan, Eyza paling suka makan dekat RSMY di Medan Tuanku. Cheese dia memang banyak dan puas hati la. Eyza dah banyak kali makan kat sini. Setiap kali makan, memang tak pernah mengecewakan.


Baru-baru ni Numi ada invite Eyza dan beberapa gang blogger untuk makan kat sini. Dah tentu2 la Eyza tak tolak. Makanan kegemaran tu. Kami semua makan di RSMY Medan Tuanku. Selain dari di Medan Tuanku, kedai ni juga ada cawangan di Danau Kota.  Yang cawangan tu Eyza belum pernah sampai. Selalunya memang makan kat Medan Tuanku ni.

Dah sampai sini, rugi la kalau tak makan puas-puas kan. Macam-macam yang kami order. Kalau datang sini, jangan lupa order Jus Buah Jumbo ni. Puas ati. Boleh share berdua sebab gelas dia memang besar.


Selain itu, ada juga air Epal Asamboi, manggo lassi dan Ribena laici.


Kalau sampai sini jangan lupa order Lamb Leg. Sedap tau. Dah la lembut. Eyza boleh meratah camtu je.


Kat sini ada aneka beriani tau. Ada beriani ayam, daging, kambing dan udang. Sambal udang tu pedas tapi sedap. Kalau kat sini, tolong la jangan tamak. Sebab apa? Sebab portion makanan kat sini besar. Boleh share 2 orang. Kami makan beriani ni share 2,3 orang pun tak dapat habis. 


Makanan yang paling menjadi kegemaran pelanggan kat sini dah tentu la Cheese Nan. Ada macam-macam jenis Cheese Nan kat sini. Pilih je mana yang menjadi idaman hati. Tengoklah cheese meleleh tu. Melting sangat.






Untuk kuah cicah pulak, Eyza pilih Margesh (ayam) dan Keema (daging). Selain dari tu, kita boleh jugak pilih kuah dhal.



Dan satu lagi, kalau makan kat sini jangan lupa tau order Ayam Tandhoori. Lembut dan sedap. Eyza boleh habiskan sorang je. Hihihi.


Kalau sesiapa yang rasa nak makan Cheese Nan sedap ni, bolehlah pergi ke Medan Mara ataupun cawangannya di Danau Kota.

Sekarang ni tengah ada PROMO tau.  Untuk harijadi uolls, uolls boleh dapatkan diskaun 50% dalam 1 resit tau. Berbaloi sangat.