30.10.16

Iklan Perayaan Petronas untuk Deepavali Tahun Ni banyak maksud tersirat

30.10.16,Sunday, October 30, 2016
Eyzakan setiap kali Deepavali Eyza paling suka tengok orang pakai Sari. Corak dan bling bling kat sari tu buat Eyza rasa kagum. Tu belum lagi masuk hiasan macam gelang, subang dan  rantai. Cantik sangat. Dan tiap kali tibanya Deepavali mesti teringatkan Maruku. 

Dulu, family Eyza memang rapat dengan family kawan ayah iaitu Uncle Thiru. Tiap kali Deepavali dia akan buat Rumah terbuka. Yang bagusnya pasal Uncle ni, dia akan ambik katering melayu sebab dia tak nak kawan-kawan melayu dia was was nak makan. Bagus kan? Lama tau Uncle dengan Ayah Eyza kawan. Dari zaman muda sampai la sekarang.

Dulu, Eyza selalu tertanya-tanya, apa maksud Deepavali. Sekarang Eyza dah dapat jawapan. Rupanya, Deepavali adalah gabungan antara "Dipa" bermaksud cahaya dan "Gavali" bermaksud  barisan.

Hari Deepavali disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh Dunia. Selalunya Deepavali akan jatuh pada bulan Okt atau Nov. Eyza pernah 2 kali birthday jatuh pada Hari Deepavali dan kebanyakkan kawan-kawan Eyza bagi hadiah Maruku. Eyza memang penggemar maruku. Tambah-tanbah maruku bulat tu. Boleh habis sebalang kalau mengadap sorang.

Dalam menyambut Hari Deepavali ni, Rakyat Malaysia seharusnya memupuk semangat saling hormat menghormati perbezaan dan meraikan persamaan antara kita.

Festival cahaya ini adalah sebagai peringatan bagi memupuk semangat perpaduan dan toleransi antara pelbagai kaum dan sesama kita. Pesta cahaya kali ini juga diharap dapat membuat kita semua kekal hidup aman dalam satu kelompok masyarakat dan saling hormat menghormati. Keharmonian yang lebih baik dapat dicapai dengan toleransi dan sikap bertimbang rasa yang tinggi.

Eyza ni kan tiap-tiap kali ada perayaan, mesti tertunggu-tunggu Iklan dari Petronas. Sebab Iklan Petronas sentiasa ada mesej untuk kita yang menontonnya. Tengok kat TV tak puas kan? Jangan risau, ni Eyza letak video tu kat sini. Boleh tengok banyak kali.



Banyak mesej yang terdapat dalam video ni kan? Kita jangan terlalu prejudis pada orang yang kita nampak selekeh. Belum tentu yang bergaya tu baik dan yang selekeh tu jahat. Thumbs up untuk Video Petronas yang best ni. Moga akan lebih banyak iklan-iklan Petronas yang dapat menyampaikan mesej kepada Masyarakat.

29.10.16

Syoknya dapat makan Steamboat Murah di Pearl International Hotel

29.10.16,Saturday, October 29, 2016
Eyza ni memang penggemar steamboat. Tambah-tambah kalau musim hujan macam sekarang ni. Sejuk-sejuk makan Steamboat memang best. Rasa lebih feel. Hihihi.

Isnin hari tu Eyza ke Pearl International Hotel untuk makan Steamboat. Ada promosi Steamboat murah uolls dekat Cafe 5 hotel ni. Cuma berharga RM 35.90+ utk seorang. Rugi tak grab peluang ni.

Dan, apa yang lagi buat Eyza happy makan kat sini bila kita makan berempat tapi bayar utk 3 orang je. Sorang lagi percuma. Suka ke idok? Eyza haruslah suka. Benda free tu. Tapi...tapi... harus diingatkan promosi ni hanya untuk Hari Isnin hingga Jumaat je tau.


Dan untuk para wanita pulak, ada promosi yang lagi berbaloi dan buatkan kita rasa tak percaya. Ni Eyza nak bagitau ni. Para wanita yang tengah baca blog Eyza ni berpeluang untuk makan Steamboat kat sini dengan harga RM 2+. Ni cerita betul tau. Bukan cerita dongeng. Hahaha. Tapi, sebelum tu kena la ada task sikit. Ala.. tak susah pun.. 

Caranya ialah dengan kongsikan poster kat atas tu di Facebook masing-masing. Jangan privatekan tau dan call 03-7983111 untuk tempahan.


Promosi ini hanya pada hari Rabu sahaja sempena 'Ladies Night' dan terhad kepada 50 wanita sahaja untuk 1 malam.

Selain dari Steamboat ada juga semi buffet. Macam-macam ada. Pendek kata memang semua akan balik dengan kekenyangan. 

Kredit : Kolin
Kat sini, ruang makan pun selesa. Datang ramai-ramai pun best. Boleh je cantumkan meja dan makan sekali macam kami hari tu. Dah ramai-ramai satu meja lagi la havoc.

Kredit : Kolin
Untuk Set Steamboat, kita akan dapat semangkuk penuh dengan pelbagai jenis makanan. Kalau tengok gambar nampak macam sikit. Tapi hakikatnya memang banyak uolls. Sendat padat perut masing.


Dalam Set Steamboat ni ada makanan laut, sayur-sayuran, jagung, fish ball, mee dan yang paling Rare bagi Eyza ialah ada Breast Smoked Duck. First time Eyza try. Sedap jugak. 


Kalau rasa tak kenyang makan Steamboat jangan risau tau sebab ada hidangan Semi Buffet. Ha.. ada pelbagai makanan. Nasi dan bihun goreng pun ada. Pilihan desert takyah citer la. Semua Eyza suka lebih-lebih lagi Sago Gula Melaka. Makan sejuk2 plak.. Haish.. ni pun dok telan ailio.. hihihi...





Puas hati la makan kat sini. Kenyang betul. So, kalau uolls masih mencari Buffet dengan harga yang berpatutan sekitar Lembah Kelang bolehlah datang ke Pearl International Hotel di Batu 5, Jalan Klang Lama ni.  Gerenti puas hati.

27.10.16

Lega dan Puas hati dapat Scan di MySonoworld

27.10.16,Thursday, October 27, 2016
Kebelakangan ni Eyza selalu sakit kat perut. Bulan ni period pulak datang sikit je. Eyza dah mula rasa takut. Bukan apa, risau takut penyakit lain je datang bertandang. Kalau tak ada apa-apa Eyza lega la.

Fikir punya fikir, Eyza pun decide nak pergi Scan dekat Sonoworld. Orang kata lebih baik kita mencegah dari mengubati kan? lebih baik la Eyza tahu dari tertanya-tanya benda yang tak nampak.

Alhamdulillah. Dari proses appoinment sampai la ke scan, memang semuanya Eyza puas hati. Tip Top la orang kata.

Kat sini, nak booking just online je. Memang senang. Tak perlu nak call bagai. Masuk je web  MySonoworld dan boleh check kat kalendar sama ada tarikh tu masih free atau dah ada yang booking. Kalau tarikh yang kita nak tu free, just klik je kat tarikh tu dan pilih waktu. Nanti pihak MySonoworld akan emailkan temujanji kita.




Sonoworld ni sebenarnya dibuka oleh 3 Sonographer yang komited memberikan servis ultrasound yang berkualiti, terbaik dan berpatutan kepada masyarakat.Ia merupakan Pusat Ultrasound yang pertama di Malaysia yang menyediakan pelbagai servis berkaitan Ultrasound.

Eyza dah pergi 15 Oktober hari tu.Senang je nak cari. Waze je MySonoworld. InsyaAllah sampai depan MySonoworld. Dengan hiasan dalaman yang simple menggunakan warna turqoise buatkan sejuk je mata memandang.



Sebelum scan, Kena isi borang dulu. Ala.. prosedur biasa je.Just untuk simpanan.


Memandangkan Eyza tak mengandung, Eyza just Scan Pelvis untuk tahu keadaan rahim. Risau jugak takut ada cyst atau fibroid. Selain Scan Pelvis, ada jugak scan lain. Kebanyakkan yang pergi kat sini nak scan baby. 

Dr Lim yang scan Eyza. Ya Allah. lembutnya Doktor ni. Dia terangkan detail satu persatu. Scan rahim sekali dengan buah pinggang. Alhamdulillah. Semua ok. Tak ada yang membimbangkan.Syukur sangat. Sebelum ni memang risau.




Eyza rasa ralat sangat sebab banyak gambar Eyza Sonoworld ni hilang sebab fon rosak hari tu.Ni pun ada beberapa keping je yang sempat adik Eyza snap dengan fon dia. Dalam fon Eyza semua musnah. Tak dapat nak tunjuk saat Eyza scan. Berdebar tau. Macam nak scan baby jugak. Hahaha. Nasib baik la pihak Sonoworld ada print gambar hitam putih untuk Eyza, terubat jugak rasa kecewa tu.

Prosedur ultrasound adalah selamat dan tidak menyakitkan. Ia menghasilkan gambar-gambar bahagian dalam tubuh menggunakan gelombang bunyi. Pengimejan ultrasound, juga dikenali sebagai imbasan ultrasound atau sonografi, melibatkan penggunaan transduser kecil (probe) dan gel ultrasound diletakkan terus pada kulit.
Pengimejan ultrasound adalah ujian perubatan invasif yang membantu untuk mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan.


Ruang menunggu pun selesa. Hubby ngan adik Eyza siap santai-santai tengok TV lagi sementara tunggu Eyza siap scan.


Selain dari Scan, kat sini juga ada jual barangan baby. Comel sangat semuanya. Rasa macam nak beli je. Tengok kasut kecik-kecik tu rasa kiut sangat.





Apa yang Eyza boleh cakap, Eyza memang puas hati scan kat sini. Lokasi senang nak cari, Doktor baik, Persekitaran bersih dan paling penting harga pun sangat berpatutan. Memang berbaloi sangat.


Terima kasih sangat pada Doktor Lim dan pihak Sonoworld yang sudi layan Eyza. Sekarang Eyza dah rasa lega sebab semuanya dah terjawab. InsyaAllah, kalau ada rezeki untuk Eyza mengandung nanti Eyza memang nak scan kat sini.


Sonoworld Cente
BG 14, Residensi Bistaria Apartment,
Ukay Bistari,Hulu Kelang,
68000 Ampang,
Selangor.

Tel: 03-41622754 / 010-2256224
Email : sonoworldmalaysia@gmail.com

Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat 
2.00 petang - 5.00 petang (Walk in)
6.00 ptg-9.00 malam (Booking)

Sabtu/Ahad/Cuti Umum
10.00 - 4.00 petang (Booking)


19.10.16

Jus Qalbi Al-Ehsan boleh menurunkan kolestrol dan menjadi agen pelangsingan semulajadi

19.10.16,Wednesday, October 19, 2016
Kebelakangan ni Eyza jadi takut sebab ramai  muda-muda lagi dah kena kolestrol tinggi. Kita kalau boleh nak la mencegah dari mengubati kan? Lagipun bila Eyza kerap sangat demam, Doktor ada beritahu yang Eyza ni kurang Vitamin C. Selama ni Eyza ingatkan Eyza dah terlebih vitamin.hahahah.

Dalam dok mencari Supplement yang sesuai dengan apa yang Eyza nak, Eyza pun jumpa dengan Jus Qalbi Al-Ehsan. Jus ni diformulasi dengan 5 bahan semulajadi dan 100% tanpa bahan pengawet.


Jus Qalbi Al-Ehsan ni terbukti boleh menurunkan kolestrol dan ianya kaya dengan Vitamin C dan baik untuk sistem imunisasi, sistem penghadaman dan kecantikan kulit.Ianya dihasilkan tanpa pengawet tiruan dan mampu membaik pulih sistem peredaran darah dan dapat mengurangkan risiko komplikasi jantung,strok, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara konsisten.

Antara Khasiat lain Jus Qalbi Al-Ehsan ini ialah:

·         Mencuci dan Membuang Kolesterol
·         Merawat Masalah Saluran Jantung Tersumbat
·         Mencegah kompilasi jantung
·         Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
·         Melancarkan Peredaran Darah
·         Menurunkan tekanan Darah Tinggi
·         Melancarkan sistem pernafasan
·         Menghindari Penyakit Strok
·         Mencairkan lemak
·         Mengurangkan Serangan Gout
·         Membuang Angin dalam badan
·         Mengatasi Masalah Selsema
·         Meningkatkan Daya Pemikiran dan Minda
·         Melegakan sakit-sakit badan dan sendi
·         Kaya dengan Vitamin C
·         Menurun dan melangsingkan badan
·         Menambah tenaga
·         Meningkatkan sistem immunisasi badan
·         Kesihatan yang berpanjangan



Jus ini dihasilkan dari 5 bahan semulajadi iaitu :
1. Cuka Epal
2.Bawang Putih
3.Madu
4.Halia
5.Lemon

Rasanya pulak masam-masam manis. Bagi Eyza sedap la sebab Eyza masih boleh telan. Hihihi.

Cara nak minum pun senang je. Ni langkah-langkahnya:
1. Goncangkan sebelum minum
2. 1 sudu makan sebelum sarapan
3. 1 sudu makan sebelum tidur
4. Gunakan sudu plastik sahaja supaya khasiat madu tak hilang'
5. Disyorkan simpan didalam peti sejuk selepas dibuka



Jus ni sesuai jugak untuk kita yang nak kuruskan badan sebab ianya juga dikenali sebagai agen pelangsingan semulajadi sebab ada Cuka Epal. Memang sesuai sangat untuk Eyza. Semua ada dalam 1 Jus. Alhamdulillah, sekarang ni Eyza rasa Jus ni memang serasi dengan Eyza. Harap-harap lepas ni Eyza dah jarang la demam dan berat turun sikit.hahaha.

Harga sebotol Jus Qalbi adalah RM 79.00 (SM)/ RM 89.00 (SS)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Tel: 03-45678901 / 013-45678901

Email : official@algaepark.com.my
Facebook : Jus Qalbi Al-Ehsan

17.10.16

Lautan Pink di Shokubutsu Be My Reason Shower Run

17.10.16,Monday, October 17, 2016
Dulu Eyza suka sangat join aktiviti berjalan atau berlari. Cuma sekarang ni dah lama tak mengaktifkan diri dan sebab tu jugak la badan Eyza makin kembang. Hahaha.

Demi untuk uji balik stamina yang ada, pada 9 Oktober hari tu Eyza join Be My Reason Shower Run 2016 yang diadakan di The Arc, Bandar Rimbayu Kota Kemuning.

Seawal pukul 6.30 pagi Eyza dengan Syifa' dah sampai kat sana. Gigih tau drive pepagi demi untuk sama-sama menyokong Pink Oktober iaitu Bulan Kesedaran Kanser. Meriah tau. Sana sini pink. Eyza dah la memang penggemar pink. Rasa tenang je nampak pink sana sini.


Seramai 1500 penyertaan yang diterima untuk larian ni.Larian ini adalah anjuran Shokubutsu dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.Memang ramai dan meriah.Sebelum berlari, kami semua sempat la buat aerobik utk sesi panaskan badan dulu.



Ada pelbagai fesyen yang kreatif tau. Ada yang pakai tuala, baju mandi, bawak shower dan ada juga bawak berus mandi. Wah.. Memang kreatif. Eyza dengan Syifa' bawak badan je.. hahaha.. Takde perhiasan kreatif..



Kat sini juga ada dibuka booth untuk kita melawat. Sementara nak berlari tu, sempat la kami jalan-jalan dulu sekitar Booth.


Dalam pukul 7.30 pagi, kami semua pun mulakan larian. Rupanya ramai jugak blogger yang terlibat. Biasa la kalau dah jumpa gang, bukan main meriah lagi group kami. Sambil berjalan sambil gossip. Kami bukan malas nak berlari, tapi kalau berlari nanti susah nak gossip.. hahaha.. alasa  sangat kan.




Walaupun larian ni hanya 5km, tapi untuk Eyza yang jarang lari ni semput jugak la. Nasib baik la pihak penganjur ada sediakan air mineral dan air isotonik untuk kami hilangkan dahaga.


Alhamdulillah. Berkat kami sambil jalan, lari dan bergossip Eyza dapat habiskan larian 5km. Yeay. Sampai je kat garisan penamat, para peserta kena lari dibawah pancuran air. Ha.barulah complete Shower Run kan.


Lepas je pancuran air tu Eyza nampak ramai yang dah sampai. Pihak penganjur dah sediakan goodies bag yang penuh dengan barangan dari Shokubutsu. Wah. 


Cantik sangat medal Shower Run ni. Tebal plak tu. Dan yang paling penting, kaler pink uolls.


Pelakon pujaan Eyza iaitu Beto Kushairy dan wife dia Tisha pun join larian ni. Tisha pernah mengesan ketulan di payudaranya ketika membuat pemeriksaan sendiri. Nasib baik la Beto banyak berikan sokongan untuk Tisha. Bukan sahaja para wanita je kena check payudara, kaum lelaki pun tau. Jangan ingat lelaki tak ada yang kena kanser payudara.


Majlis bertambah meriah apabila ada cabutan bertuah. Eyza macam biasa la tak bertuah. Hahaha. Tengok aje la org dapat. Selain tu, untuk sesiapa yang kreatif ada jugak hamper utk best dress. Seramai 10 orang telah terpilih.



Pihak Southern Lion telah menyerahkan cek RM 25,000.00 pada Pusat Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) dalam usaha murni bg memberi kesedaran kepada masyarakat. Duit sumbangan ini diambil RM10 dari yuran penyertaan Shower Run ni dan RM 0.10 dari penjualan mandian Shokubutsu yang dijual di pasaraya terpilih.



Takpe la.. Tak ada rezeki dapat cabutan bertuah, dapat sijil, medal dan goodies pun dah rasa best. Berbaloi tau join aktiviti macam ni. Lepas ni memang nak join selalu. Best plak rasanya.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Web : SouthernLion
FB :  Shokubutsu
Instagram : @Shokubutsu