30.11.16

Jatuh Cinta dengan Masker dari Safi Balqis dan Safi Rania Gold

30.11.16,Wednesday, November 30, 2016
Dari dulu lagi Eyza ni memang penggemar barangan dari Safi. Bila Safi keluarkan Mask dari Safi Rania dan Safi Balqis memang Eyza nak la cuba. 


Ada 2 mask yang dikeluarkan iaitu Masker Pencerah Safi Balqis dan Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold.

Masker Pencerah Safi Balqis
 (RM 5.90)

Manjakan kulit wajah dan rasai kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilkan kulit wajah yang halus mulus dan cerah dengan efektif. Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah terasa lembab dan lembut. Gunakan masker ini selama 20 minit sebelum tidur dan nikmati kesegaran kulit wajah yang halus, mulus & cerah sempurna keesokan harinya! 


Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold
(RM 6.90)


Diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K & Bio Hialunorik dengan Vitamin B3, masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambahkan keanjalan kulit muka agar tidak lesu & kusam, serta sentiasa segar bermaya bermula dari dahi hinggalah ke bahagian leher. Masker ini juga bertindak mengunci lembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Hasilnya wajah lebih segar, anjal dan cerah. 

Disebakan Eyza pun dah 30an, memang Masker Keremajaan Wajah Safi Balqis la yang sesuai. Nak pakai pun senang je sebab just tepek je kat muka dalam sejam camtu. Pastu cuci.


Eyza suka sangat-sangat sebab muka Eyza jadi lembut dan lembap. Tak perlu dah mekap tebal-tebal.


Produk ni boleh dibeli di semua pasaraya besar, farmasi dan kedai runcit terpilih.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari :

29.11.16

Domino's keluarkan Puff Crush Pizza yang sedap

29.11.16,Tuesday, November 29, 2016
Eyza ni memang penggemar Pizza dari Domino's. Selalu kalau pergi Domino's memang Eyza akan cari Banana Kaya. Sedap kalau makan panas-panas.

Tapi, kali ni Eyza bukan nak cerita pasal Banana Kaya tau tapi seleksi Pizza Baru dari Domino's.

Pernah makan tak Pizza yang dasarnya adalah Puff? Mesti tak kan? Ha.. ni la kelainan yang Domino's tampilkan kali ni.

Ada 2 seleksi Pizza yang baru iaitu Fiery Beef Dialova dan Sriracha Tuna.


Fiery Beef Dialova ni best sebab sosej yang digunakan diletakkan besar-besar. Puas la makan.


Sriracha Tuna plak, bagi penggemar pedas memang sangat2 sesuai sebab ada potongan cili atas Pizza ni. Eyza ada la tergigit cili dua kali. Jenuh cari air. 


Yang uniknya tentang Pizza ni ialah ianya dibuat petak. Tak macam Pizza lain yang bulat. Kalau uolls nak Puff Pizza tapi tak nak 2 perisa kat atas tu tapi nak perisa yang uolls suka boleh je. Cuma ada tambahan harga sikit iaitu RM 5 untuk regular dan RM 7 untuk yang Large.

Kalau dah makan Pizza mesti la nak ada desert pulak. Sebelum ni Domino's terkenal dengan kek lava coklat tapi kali ni diaorg dah keluarkan Kek Lava Coklat Mentega Kacang yang memang creamy giler. 


Mohon pasni Domino's keluarkan Pizza-pizza yang best camni lagi. Tapi, kalau ada yang best hancurlah diet ahkak. Hahaha.


Untuk keterangan lanjut boleh layari :

19.11.16

Jatuh Cinta dengan Shawl dari Hananis.Signature

19.11.16,Saturday, November 19, 2016
Eyza suka sangat pakai shawl. Bukan apa, Eyza rasa shawl mudah nak bentuk berbanding tudung bawal. Tapi kekadang Eyza pakai jugak tudung bawal. Tapi tengok jenis kain la. Kekadang nak jadi, kekadang tak. Demi untuk keselesaan dan tak yah asyik ulang alik tengok cermin lebih baik la Eyza pakai shawl je. Senang.

Eyza ada beberapa jenama shawl yang Eyza suka sangat pakai. Salah satunya shawl dari jenama Hananis.Signature.


Eyza ada order 2 helai hari tu. Satu warna dark grey yg nak ala2 biru sikit dan satu lagi warna baby blue.


Dua-dua warna ni Eyza suka. Kain pun lembut dan sejuk. Dan yang paling senang nak bentuk.


Shawl ni lebar dan panjang. Jangan risau akan nampak singkat sebab kita boleh adjust labuh ikut kesesuaian yang kita nak.


Kita boleh pelbagaikan gaya.. Eyza jenis suka pakai gaya biasa-biasa je. Senang. Belit macam2 gaya tu dah banyak kali cuba buat tapi asyik la x jadi. Hahaha. Baik la kekal dengan gaya yang Eyza tahu je.


Kalau kebetulan, ada org datang rumah Eyza just pakai je shawl hananis ni. Just pin sikit2 dah siap.


Ada pelbagai warna yang menarik. Pilih je mana yang berkenan dihati.




Selain dari shawl, Hananis.Signature ada jugak jual pelbagai jenis baju lelaki dan wanita. Macam-macam pattern. Semua nampak cantik. Untuk baju Eyza belum pernah cuba. Maybe tak ada saiz jugak rasanya.


Nak tengok koleksi shawl dan baju dari Hananis boleh terjah je ig @Hananis.Signature. Kat sana lagi rambang mata. 


Selamat shopping uolls.

16.11.16

Cuti-cuti Cinta Sempena Hujung Tahun Merangkap Hadiah Birthday

16.11.16,Wednesday, November 16, 2016
Kebelakangan ni Hubby sibuk sangat. Nak ajak ke mana-mana pun susah. Kekadang kecik jugak hati tapi kenangkan dia cari rezeki, Eyza bertabah je la. Nasib baik Isteri dia ni jenis yang kental  dan dah lali dengan kesibukkan dia. Takde la nak merajuk-rajuk. 

Ni pun dah lama kami tak pergi bercuti. Bosan jugak asyik lepak kat rumah je. Nak pergi bercuti sorang tak best pulak. Semalam ada jugak tanya Hubby, bila nak bercuti lagi. Dia cakap Cuti Hari Krismas nanti. Sebab masa ni dia cuti lama sikit sebab habiskan cuti hujung tahun.Yeay.

Hubby suruh Eyza pilih nak pergi mana. Ikutkan hati banyak je tempat nak pergi. Maklumlah, dah gian nak pergi merehatkan fikiran. Tambah-tambah pulak bila hujung tahun ni.Lagipun Hubby cakap sebab nak bagi hadiah Birthday yang tertunggak hari tu. Takpe. Wife u ni faham u sibuk. Biar lambat janji dapat. Hahaha.

Dalam dok mencari tempat nak bercuti tu, tetiba teringat dekat web Traveloka. Jom la kita terjah cari hotel dekat Promosi Traveloka  atau laman web Traveloka    . Wah. Pucuk dicita Ulam mendatang. Memang mudah la kerja Eyza. Terdapat lebih kurang 100 hotel di Malaysia, Singapore dan Indonesia yang boleh dipilih. Cari je kat situ. Bukan setakat Hotel, Flight pun boleh booking kat web ni. Mudah je. Just register untuk yang pertama kali nak tempah atau Log in je untuk yang dah pernah daftar.


Eyza pun survey-survey la dulu harga hotel untuk tempat percutian sekitar Malaysia. Mula-mula ingat nak pergi Melaka, pastu macam nak pergi Cameron Highlands. Haish susahnya sebab banyak sangat pilihan. Rambang mata la pulak.


Dah la harga yang ditawarkan dekat web ni murah. Sebab tu la Eyza tak tahu nak pergi bercuti kat mana. Kalu pergi Melaka Eyza nak stay dekat Philea Resort & Spa.


Philea Resort & Spa ni sangatlah sesuai untuk kami suami isteri tenangkan fikiran sebab suasana kawasan ni sangat tenang dan santai. Dah la mengidam nak dating sini. Suka dengan konsep dia yang ala-ala kayu tu.


Tapi kalau pergi Cameron, teringin pulak nak stay dekat De’La Ferns Cameron Highlands. Tengok hotel ni ramai yang puji. Dah tu harga pulak masih dibawah bajet honeymoon kitaorang.


Eyza dah mengidam nak pergi 2 tempat ni. Hubby ok je. Tapi, sambil-sambil tu dia suruh check jugak tiket flight dan hotel dekat Bali. Nasib baik dekat laman web Traveloka ni tiket Flight pun ada. Senang sikit. Semua boleh check dalam satu web je.


Senang sangat. Just pilih destinasi, tarikh pergi balik dan berapa orang. Nanti terus akan terpampang harga tiket sekali dengan syarikat penerbangan. Dekat sini kita boleh compare yang mana satu lagi berbaloi untuk kita pilih.

Dah tahu harga flight, jom la kita tengok hotel kat Bali pulak yang berkenan di hati. Eyza suka hotel Atanaya by Century Park. Suka dengan konsep kolam renang dia.


Lagipun tengok dekat review, ramai yang bagi feedback positif. Suka betul. Bilik dia pun ok. Menepati citarasa Eyza.


Sekarang ni Eyza dah jadi confuse. Nak pergi bercuti kat mana ni.. Adoi. Awat la Traveloka ada banyak sangat pilihan. Confuse. Nak bercuti dalam Malaysia ke kat luar Negara. Erm.. Balik ni nak kena bincang betul-betul dengan Hubby ni. Semua best. Tapi, nak pergi semua tempat untuk cuti hujung tahun ni memang tak sempat la.

Macam mana ni? Kalau uolls akan pilih bercuti kat mana? I dah confius. Hahaha.



10.11.16

Tak sabar nak tunggu esok sempena Lazada Online Revolution Sale

10.11.16,Thursday, November 10, 2016

Yeay... Eyza dapat "Parcel Of Joy" dari Lazada. Macam-macam ada dalam tu. Ada Bag Milo "Ola Bola", Maggi Oatmee, Nescafe, Cereal, Tefal Manual Chopper, Pen, Wet Tissue Mamypoko dan serum rambut dari Loreal. Happy tau.



Eyza dapat "Parcel Of Joy' ni sempena Lazada Online Revolution yang akan bermula esok sehingga 14 Disember 2016 dan ianya adalah kali kelima dibuat sejak dilancarkan.


Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. 


Wah.. Dah bersedia ke? Esok je ni. Eyza memang tak sabar nak tunggu "Online Revolution" ni. Banyak yang Eyza dok fikir nak beli.

Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.


Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.


“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih subbandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”, ujar En. Ressel di hujung kata. 



Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif.  Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.

Mengenai “Online Revolution” Lazada

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.
“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

Mengenai Lazada Group

Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.



Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.

So, jangan lupa tau. Esok ramai-ramai kita terjah laman web Lazada untuk shopping!!



7.11.16

Tips Bags Tidak Mudah Rosak

7.11.16,Monday, November 07, 2016
Eyza ni jenis yang suka jugak kumpul koleksi handbags. Kalau dulu, setiap acara yang Eyza pergi mesti bertukar-tukar handbags cuma sekarang ni je macam malas. Selesa pakai satu je sebab kkdg bila tukar bag, mesti ada benda terlupa nak letak dalam bag yang Eyza bawak.

Tidak dinafikan bahawa ramai wanita yang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memiliki koleksi beg tangan kegemaran mereka. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang pengumpul koleksi beg tangan berjenama atau branded bags, setiap satu beg tangan sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri. 


Oleh kerana itu juga, majoriti pengumpul beg tangan atau handbags collector biasanya amat cerewet dalam soal penjagaan koleksi bags mereka terutama sekali beg-beg yang berharga mencecah ribuan ringgit. Dan untuk entri kali ini, Eyza nak bagi beberapa tips penjagaan bags untuk memastikan ia tidak mudah rosak dan kekal lebih lama. 


1.      Pertama sekali, penting untuk anda mempunyai ruangan khas untuk menyimpan beg-beg ini tersebut. Sebaik-baiknya, simpan koleksi beg anda di rak khas penyimpanan beg.
2.      Untuk beg yang tidak digunakan dalam jangka masa yang panjang, simpan beg tersebut di dalam kotak atau sand paper untuk mengelakkan beg tersebut daripada terkena habuk atau serangga perosak.
3.      Jangan gantung beg tersebut kerana ia boleh menyebabkan pemegang atau tali beg anda mudah rosak atau terkoyak.
4.      Untuk mengekalkan bentuk beg tersebut, masukkan gumpalan kertas ke dalam beg tersebut apabila tidak digunakan.
5.      Bagi koleksi beg tangan kulit, anda boleh menggunakan krim kulit khas untuk menjaga kualiti kulit beg tersebut agar tahan lebih lama. 

So, kalau sayangkan handbags mahal uolls, bolehlah ikut tips yang Eyza bagi ni ye.

1.11.16

Wangian Enchanteur Paris benar-benar memukau

1.11.16,Tuesday, November 01, 2016
Eyza ni memang peminat setia rangkaian wangian dari Enchanteur. Dari zaman sekolah lagi tau. Tapi dulu Eyza suka Enchanteur Charming. Sweet je bau. Sekarang ni Enchanteur dah keluarkan pelbagai variasi wangian, deodoran dan losyen badan.


Sekarang ni Eyza suka dengan Enchanteur Paris sebab ianya dapat menyerlahkan personaliti dan diperkaya dengan seleksi wangian mewah. Bau Enchanteur Paris ni memang kena sangat dengan jiwa Eyza. 


Ada 3 variasi wangian dari jenama Enchanteur Paris ni. Semua Eyza suka. Tak boleh nak buat pilihan. Bukan tamak tapi dah suka nak buat macam mana kan? Hihihi.


Enchanteur Paris Mon Amie (Kuning)
Wangian ni sesuai dipakai jika keluar bersantai-santai dengan kawan-kawan sebab baunya Fresh dan membuat kita rasa muda je. Ianya sesuai dipadankan dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion), Double Moisture Parfum Serum yang mempunyai Hyaluronic dan Minyak Zaitun.

Enchanteur Paris Belle Amour (Pink)
Wangian ni sesuai dipakai jika keluar bersama yang tersayang. Pendek kata keluar dating la sebab baunya lebih bersifat romantik gitu. Losyen Wangian Pencerah Enchanteur Paris Belle Amour ni mempunyai 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan -ekstrak likoris, ekstrak sakura dan Vitamin B3.

Enchanteur Paris Adore (Ungu)
Wangian ni membangkitkan Nostalgia sebab baunya mengingatkan kita pada zaman kita kecik-kecik dulu. Ianya juga ada perlidungan UV dan membuat kulit menjadi sihat dan cerah berseri.



Produk enchanteur Paris ini dijual dengan harga rm 7.90 / rm 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga rm18.00 / rm16.95 (275ml / 300ml). Deodoran wangian anti peluh enchanteur paris pula dijual pada harga rm8.70.

Ketrangan lanjut sila layari: