23.5.17

Buffet Ramadhan Di Shah Alam Convention Centre menyajikan 100 sajian menarik!

23.5.17,Tuesday, May 23, 2017
Asyik pergi Buffet Ramadhan kat KL je kan? Kali ni Eyza nak bagitau tentang Buffet Ramadhan di SACC, Shah Alam pulak.

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), telah menjadi satu lokasi yang sinonim dan popular dengan majlis bufet Ramadan. Bukanlah julung-julung kali SACC mengadakan bufet seumpama ini malah majlis ini bagaikan telah menjadi satu tradisi bagi SACC pada setiap tahun.


Diatas permintaan popular daripada pelanggan sejak 2015, SACC sekali lagi kembali dengan bufet bertemakan “Cita Rasa Warisan Nusantara” pada tahun ini. SACC menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Kambing kebuli yang menjadi hidangan utama dan juga hidangan tradisi SACC ini pasti akan menjadi tumpuan pengunjung.


 Istimewa pada tahun ini, Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar akan membawakan beberapa hidangan istimewa yang bertemakan Cita Rasa Warisan Nusantara. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa - Ampal (Ayam) Masak Merah Banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara dan Kepala Ikan Pindang Lampung. Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef SACC, bahan-bahan dan rempah-ratus.

                
Dengan harga baucar RM 88.00+ untuk dewasa dan RM 48.00+ untuk kanak-kanak dari 7 hingga 10 tahun, SACC menawarkan kepakaran mereka dalam setiap masakan yang bakal disajikan. Sementara kanak-kanak di bawah usia 6 tahun akan dijamu secara percuma.
            Promosi Early Bird yang kini sedang berlangsung menawarkan baucar Bufet Ramadan dengan harga serendah RM 78.00+


Bagi mereka yang merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau kaum keluarga, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan yang tinggi melalui promosi Early Bird ini menerusi laman web SACC; www.sacc.com.my/bufet-ramadan-2017 (Semua pembayaran mesti dibuat sebelum 27 Mei 2017. Selepas tarikh tersebut, harga jualan RM 88.00+ akan berkuatkuasa). Jika anda ingin membuat tempahan awal, anda boleh menghubungi SACC di talian 03-5511 8858.


            Seperti tahun-tahun yang lalu, objektif kedua yang dibawa melalui majlis ini ialah untuk berbakti melalui program CSR yang dianjurkan. Pada tahun ini, SACC telah mengambil satu inisiatif mulia untuk bekerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Rescue Syria. Mekanisma yang digunakan adalah melalui setiap baucar bufet Ramadan yang dijual dengan harga RM 88.00+, RM 1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui MAPIM.


            “Pihak SACC sentiasa mengambil inisiatif mulia untuk mengusahakan sebaik mungkin satu bentuk sumbangan sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia dan mengambil peluang untuk beramal kepada yang memerlukan melalui program yang disusun atur dengan teliti” kata Encik Nasrudin Abu Bakar, Pengurus Besar SACC.     Usaha ini akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan 2017 dan program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk “Berbuka sambil Beramal”.

            Sementara itu, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat bermula pada harga RM 70.00+ dengan jumlah minima tetamu seramai 50 orang. Pakej ini menyediakan ruang khas untuk tetamu anda. Untuk pakej ini, anda juga boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai berkenaan untuk memastikan sambutan Ramadan anda berjalan lancar.
             
            Pastikan anda mengikuti pengumuman SACC di laman Facebook: SACCOfficialnew dan Instagram: shahalamconventioncentre untuk maklumat lanjut dan terkini. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SACC di talian 03-5511 8858 atau layari www.sacc.com.my/bufet-ramadan-2017 .

22.5.17

Iftar @ Kedai Kopi Journal di Hotel The Kuala Lumpur Journal tampilkan kelainan

22.5.17,Monday, May 22, 2017
Asyik cerita Buffet Ramadhan je kan? So, kali ni Eyza nak cerita pasal Set Berbuka Puasa pulak. Bukan Buffet tau ni.

Untuk buat kelainan, Hotel The Kuala Lumpur Journal yang terletak di Jalan Beremi Bukit Bintang ni buat konsep lain. Bukan Buffet Ramadhan macam kebanyakan hotel.


Eyza baru first time sampai dekat sini. Hotel ni boleh dikatakan masih baru sebab ianya mula dibuka mulai tahun 2015. Kiranya baru 2 tahun macam tu. Dah la dekat dengan Stesyen Monorail Bukit Bintang. Memang strategik sangat untuk pelancong menginap dekat sini.



Dekat sini ada 2 tempat makan. Satu kat tingkat atas yang berkonsepkan open air dan satu lagi dekat cafe bawah yang dikenali sebagai Kedai Kopi Journal.


Sementara menunggu kawan-kawan Eyza datang, Eyza lepak dulu dekat atas. Lepas tu baru ke cafe bawah.

Dekat Kedai Kopi ni pun dekorasi  x kurang hebatnya. Simple but nice. Suka Eyza tengok sebab ianya sesuai untuk seisi keluarga.




Disebabkan konsep Iftar @ Kedai Kopi Journal ni sesuai dengan keluarga, untuk Ramadhan tahun ni pihak hotel buat konsep mangkuk tingkat dan hidangan untuk keluarga. Kiranya konsep ni lagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sebab kita hanya duduk dan makan tanpa perlu bangun banyak kali macam Buffet Ramadhan.

Ada dua set yang disediakan iaitu Set A dan Set B. Kedua-dua set ada keunikannya yang tersendiri.

Satu set hanya berharga RM 298 nett untuk 5 orang. Set ni boleh dipesan di sini mulai 29 Mei 2017- 24 Jun 2017.

Set A


Set B


Eyza sempat rasa kedua-dua set.


Keropok sedap.. Mula-mula makan keropok pun dah kenyang sebab x sedar kitaorang makan habis sepinggan.


Nasi yang dihidangkan dalam mangkuk tingkat.


Sate daging paling win. Otak2 pun sedap secukup rasa.


Rendang daging yang jadi kegemaran Eyza. Banyak kali Eyza tambah. Ratah camtu je pun sedap.


Ayam Green Curry ni lembut. Ayam dara kan..Memang sedap ratah camtu je.


Kari Ikan Merah ni tak berminyak dan berlemak. Just nice je. Dah la utk hidangan ni, diaorang masak seekor ikan. So, kalau suka kepala ikan kat sini la jawabnya.


Kambing yang diperap dengan rempah. Daging lembut dan tak ada bau hamis langsung. Rempah pun diperap elok.


Desert yang pelbagai. Dari kuih muih sampailah ke kek. Semua sedap.


Uniknya kek ni dibuat dari teh tarik. Sedap tau. First time Eyza rasa.


Nampak best kan? Serius Eyza memang recommed sangat berbuka puasa kat sini bersama keluarga atau kawan -kawan. Sedap tau!

Untuk keterangan lanjut boleh layari 

Buffet Ramadhan di Hotel Premiera Kuala Lumpur menyajikan Durian tanpa had!

,Monday, May 22, 2017
Hai uolls!

Pejam celik pejam celik tak sampai seminggu je lagi kita dah nak menyambut Bulan Ramadhan. Puasa tahun lepas dah ganti ke? Eyza harap semua dah ganti la ye. Jangan tangguh-tangguh. Kalau bayar fidyah pun, puasa tetap wajib ganti tau.

Sebut je Bulan Ramadhan, dah tentu-tentu ramai yang dok fikir tempat untuk berbuka puasa nanti. Macam Eyza jenis yang masak kat rumah untuk berbuka, cuma sekali sekala nak juga berbuka dekat luar.

Eyza paling suka kalau dapat berbuka berkonsepkan Buffet Ramadhan. Meriah betul makanan. Macam-macam yang Eyza boleh makan. Salah satu Buffet Ramadhan yang Eyza suka ialah dari Hotel Premiera Kuala Lumpur.


Terletak di lokasi yang strategik iaitu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur serta berdekatan dengan syurga membeli belah iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Sogo. Ha.. lepas shopping baju raya boleh terus je datang berbuka dekat sini. Tak payah nak pergi jauh-jauh.

Bermula dari 27 Mei 2017 bersamaan dengan 1 Ramadan 1438H, Hotel Premiera ada pelbagai juadah berbuka puasa yang bakal menggamit selera pengunjung.

Bayangkan, penat-penat shopping lepastu makan sedap-sedap pulak kat sini memang rasa berbaloi sangat.


Buffet Ramadhan kat sini disajikan dalam Dewan Utama Hotel Premiera di tingkat 6 dan dewan ni boleh memuatkan sehingga 1000 orang tetamu pada satu masa disamping keselesaan ruang legar yang luas.

Untuk tahun ni, Buffet Ramadhan di Pemiera Hotel bertemakan "Moroccan". Wow. Mesti banyak makanan best-bestkan?













Pihak Hotel menyediakan lebih dari 100 pilihan makanan diantaranya Ayam Moroccan yang diadun dengan rempah enak, kambing panggang yang diperap, daging pasta Mediterranian yang direneh hingga empuk, asam pedas, sup tulang rawan berempah serta makanan asli kampung.


Dannnn... yang paling buat Eyza teruja bila ada pemanis mulut yang paling Eyza suka iaitu DURIAN! Durian kat sini unlimited tau.. makan la selagi larat makan. Bestnya.. Dah la durian isi kuning dan manis. Tak cukup kalau seulas dua. Eyza hari tu sampai rasa tak nak tinggal tempat durian tu. Hahaha.

Untuk tahun ni, Buffet Ramadhan kat sini masih mengekalkan konsep "Bazaar" serta tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan muzik yang pasti menghiburkan dan juga gerai-gerai jualan di ruang legar Dewan Besar.

Harga pulak sangatlah berpatutan dengan hidangan yang disediakan.. 

Dewasa - RM 88.00nett
Kanak-kanak - RM 40.00nett

Kalau tempah awal iaitu dari sekarang hingga 24 Mei 2017 ni dapat lagi murah iaitu RM 70.00nett untuk dewasa.

Pihak hotel juga ada sediakan Pakej Ramadhan untuk tempahan bilik yang berharga RM360.00nett untuk satu malam beserta sahur dan berbuka puasa untuk 2 orang.

Kemudahan Surau yang luas dan selesa juga disediakan di Aras 7 hotel ini. 

So, kalau uolls cari Buffet Ramadhan di tengah-tengah Kuala Lumpur yang menyajikan pelbagai makanan menarik dan Durian, Hotel Premiera la pilihan yang tepat!

Premiera Hotel Kuala Lumpur
Menara MARA
232, Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur

Tel : +603-26151000
Faks : +603-26971118
Emel : roshaina.haris@premierahotel.com.my
Laman Web : www.premiera.com.my


21.5.17

Senarai Pemenang Gema Gegar Vaganza 2017

21.5.17,Sunday, May 21, 2017
Alhamdulillah.. setelah beberapa minggu.. Hari ni dah terjawab siapa juara untuk Gema Gegar Vaganza.


Anugerah Gema terindah (RM 15,000) :
- Azmi

Persembahan terbaik pilihan penonton ( RM 5,000) :
- Hijjaz

Tempat keenam  (RM 5,000) :
- Kumpulan Saujana

Tempat kelima (RM 10,000):
- Hafiz Hamidun

Tempat keempat (RM 15,000) :
- Azmi

Tempat ketiga (RM 20,000) :
- Kumpulan Mirwana

Tempat kedua (RM 30,000) :
- Kumpulan Hijjaz

Tempat Pertama / Juara ( RM 10,0000):
- Kumpulan UNIC

Selain duit, para pemenang juga akan membawa pulang trofi sumbangan dari Astro.


Memang tak disangka-sangka kumpulan UNIC akan menang. Tapi persembahan kumpulan ni masa nyanyi lagu Ainul Mardhiah betul-betul menyentuh perasaan sampaikan Dato' Siti Nurhaliza pun sebak.

Tahniah untuk semua pemenang!

Meriahnya The Blogger Dinner 2017 di Hotel Concorde

,Sunday, May 21, 2017
Ada orang tanya Eyza... Best ke jadi Blogger? Apa yang korang dapat bila jadi blogger? Erm..
 Camne ek nak terangkan. 

Banyak yang best sebenarnya.. Salah satu yang buat Eyza rasa seronok jadi blogger ni ialah bila blogger berkumpul. Best tau bila kita jumpa blogger yang selama ni kita kenal kat alam maya je. Macam-macam cerita yang keluar.

Sebab tu la bila Blogger Tersohor, Abang Hasrul Hassan bagitau nak buat Blogger Dinner terus Eyza setuju nak pergi.

Buat julung-julung kali Hexa Cooperation & Lynk.my menganjurkan Dinner untuk Blogger. Dinner ni dibuat di Concorde Hotel Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ramai blogger dan ada juga artis yang hadir.


Eyza dengan Emi dah janji nak jumpa dekat Stesen Monorail Bukit Nenas. Eyza pergi naik train je senang sebab malas nak drive.. hari Jumaat memang terkenal dengan hari jammed. So, malas la nak menyusahkan diri mengadap jammed. Masa tengah jalan nak ke Concorde, jumpa pulak dengan Blogger Alja.. Yeay ada gang.. berjalan beriringan la kami ke Concorde.


Sampai je, daftar terus ke Photo Booth. Blogger dan gambar memang tak dapat dipisahkan. Jom la kita posing dulu sementara tunggu nak masuk dewan.


Pangacara malam tu ialah Sharifah Syahira.. Cantik jugak dia bila tengok live. Suka tengok dia mengacara. Bersahaja je. Sempoi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan dari Abang Hasrul. Bila dengar Abang Hasrul bercakap kat depan tu terus rasa nak jadi blogger hebat macam beliau.


Masa daftar kami semua dapat nombor untuk cabutan bertuah nanti. Eyza dapat no 190. Dalam hati dah niat, tak kisah la hadiah kecik ke besar janji dapat.


Makanan kat Concorde ni memang sedap. Eyza paling suka sushi kat sini. 2 kali Eyza tambah. Hahaha.


Sambil-sambil makan tu Eyza dengar no Eyza dipanggil. Yeay. Alhamdulillah.. dapat jugak cabutan kali ni. Eyza dapat antara terawal. Tak kisah la janji dapat kan. Tapi best jugak sebab Eyza dapat Perfume Prince dari @PERFUMEBYCINTA .


Ramai membe2 blogger yang dapat pelbagai hadiah hebat. Emi dapat ipad uolls. Bestnya... Rezeki dia.

Dan.. malam tu jugak ada award.. Best ni.. dah macam artis dah.. hihihi...

Nak tau tak sape dapat Award Best Blogger? Ha.. Award ni dimenangi oleh Ida dari Blog http://www.sayaiday.com


Wow.. Bertuah betul Ida.. Rasa bersemangat nak jadi blogger hebat macam dia.


Eyza terpaksa balik dalam pkl 10 lebih sebab Eyza naik train dan husband Eyza pun demam malam tu. 


Rasa sayang nak tinggalkan kawan-kawan yang happening tu awal-awal. Tapi nak buat macam mana kan.. Suami lagi penting.. Dia bagi izin pergi berjimba ni pun dah cukup baik... hihihi..

Kredit : Sally Samsaiman

Harap tahun depan dapat lagi join Event macam ni. Happy bila tengok goodies bag sebab ada Lola Lip Cream (Honolulu Pink No 04)  dari LOLALOVECOSMETICS , La Jolie Lipmatte by GLOWHITE (Venice) dari Glowhite dan Discount Voucher RM 50 dari @lola_little_heaven


Moga makin murah rezeki semua sponsor untuk majlis ni terutamanya hexacooperation.com  , http://ikedaikami.com/ dan Lynk.my . Tq uolls.