9.1.17

Makan Kenduri di Melaka sambil JJCM cari Coconut Shake dan Keria Gula Melaka di Batu Berendam

9.1.17,Monday, January 09, 2017
Ha.. panjang nau tajuk entry kali ni. Hahaha. Sebenarnya ni cerita bulan lepas. Biasa la cuti sekolah, mesti la banyak jemputan kahwin.

Awal-awal Eyza dah cakap kat Hubby suh clearkan jadual dia sebab nak jugak pergi kenduri dekat Melaka. Kebetulan pulak, ex opismate dengan Blogger Pemes Ayue Idris buat majlis hari yang sama dan di negeri yang sama. Senang la. Pergi sekali je.


Disebabkan cuti sekolah, kami gerak awal ke Melaka sebab takut jammed. Tapi, Alhamdulillah jalan lancar je.

Mula-mula kami pergi kenduri Ex Opismate iaitu Ain dekat Pengkalan Balak. Bestnya depan rumah ada laut. Cantik pengantin. Ain ni jenis tak mekap, so bila dah mekap nampak cantik sangat.


Balik dari kenduri Ain, kami terus guna jalan lama ke Cheng pulak untuk attend kenduri kahwin blogger Pemes Ayue Idris. Cantik betul Ayue. Suka tengok baju, mekap ngan pelamin dia. Nampak cantik dan berseri-seri.


Selesai makan kenduri, kami ke Yong Tau Foo Batu Berendam pulak. Dulu selalu pergi sini masa adik Eyza duduk Melaka. Tapi, sekarang ni dah jarang ke sini. Lagipun bila dah viral ni, orang bertambah ramai.

Keria Limbungan Eyza dah pernah try, kali ni Eyza nak try Keria Batu Berendam pulak. Ramai jugak yang beratur tapi servis cepat jugak.



Eyza beli 20 biji bersamaan RM 12. 


Dekat sini jugak ada Coconut Shake. Rasa sama je dengan yang dekat Klebang. Budak2 ni pun peramah. Bila tau kita nak ambik gambar terus posing. Hihihi.




Eyza beli Coconut Shake Double Special. Murah je. Kalau x silap RM 3.80 je satu.


Puas ati dah dapat dua2 kami terus gerak balik KL. Malas nak bermalam kat sana sebab cuti sekolah banyak hotel dah penuh.


Nasib baik balik tu tak jammed. Kalau rasa malas nak masuk Bandar Melaka semata-mata nak makan Coconut Shake dan Keria Gula Melaka bolehlah try kat Batu Berendam ni. Yong Tau Foo kat sini pun sedap tau. Kalau nak pergi boleh waze Yong Tau Foo Batu Berendam.

No comments:

Post a Comment