14.1.17

Makan Seafood di Crab Factory, SS2 Petaling Jaya

14.1.17,Saturday, January 14, 2017
Suka makan Seafood tak? Kalau tanya Eyza of coz la Eyza suka. Dalam banyak-banyak Seafood Eyza paling suka Udang dan Sotong. Kalau dapat yg Fresh lagi la best.

Minggu lepas Eyza sempat ke Restoran Crab Factory yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Wow.. jauh kan Eyza pergi makan. Tapi takpe demi kerana Seafood. Hihihi.


Sampai je depan kedai, kami disambut oleh Orang Hitam ni. Seksi you.


Eyza macam biasa la, sebelum order sibuk dok menjelajah dalam kedai. 


Hiasan dalaman Restoran ni simple je tapi sedap mata memandang. 




Ha.. dah puas menjelajah baru la Eyza nak order. Tengok menu pun dah telan ailio. Semua nampak best. Ikutkan hati nak je pesan semua. Tapi, kenangkan karang membazir kita batalkan je la hasrat tu yer.


Sebelum makan kami diberikan apron plastik ni untuk cover baju kita. Ye la, kang tengah syok-syok ketuk ketam terpercik pulak kuah kat baju. Kan dah comot. Kalau ada plastik ni baju kita selamat la.


Konsep kat sini jenis makanan semua dilambakkan atas meja. Tapi, bukanlah lambak terus camtu je. lapik dulu kertas minyak dengan plastik baru la diaorang hidang makanan. Bagus tau konsep camni. Takyah basuh pinggan banyak-banyak.

Ok, joms tengok apa yang  kami makan. Jangan terliur tau. Hihihi.


First, Eyza makan Cajun Fried Chicken Wing. Omak ai. Kalau sape yang suka pedas memang akan suka la dengan Chicken Wing ni. Eyza makan 2 ketul tau. Walaupun pedas, tapi pedas dia buat kita rasa nak makan lagi. Sambil taip ni sambil telan ailio sebab teringat kesedapan chicken wing ni. Lepas tu baru Eyza makan Seafood.

Ha.. ni la yang ditunggu-tunggu oleh kami semua. Seafood Time!

Makanan dihidang terus atas meja camni. Best o makan ramai-ramai. Terasa kemesraannya.. lagi best kalau makan sambil bergossip.. 



Ni namanya Seafood Set Meat Crab . Nampak best kan? Set ni ada 4 tahap kepedasannya tau. Kita boleh request ikut selera masing-masing. Macam Eyza yang tak hardcore sangat pedas ni, cukup la pedas tahap kedua. Tu pun dah cukup pedas bagi Eyza.


Kami makan Set Meat Crab ni dengan Garlic Rice. Nasi tu sedap. First time Eyza try Garlic Rice ni. Dalam Set Meat Crab ni dah tentu-tentulah ada Ketam, Mussel, lobster, Scallop, Sotong, Kentang dan Jagung. Kalau datang berdua je, Eyza rasa ambik set ni pun dah cukup. Banyak betul Seafood dalam ni. Set ni cuma berharga RM 175.00.



Set yang ni pulak didatangkan dengan lobster dan kepah. Nama set ni ialah GB Yabbies-L .



Eyza suka makan Seafood ni semua dengan Fried Mini Mantao. Rasa Mantao ni sedap. Ada rasa masin-masin manis. Lembut pulak tu.


Yang ni paling jadi favourite Eyza. Kuah lemak tu buat Eyza rasa teringat-ingat. Set ni namanya Jumbo Jap S.Prawn Creamy Lemak. Ha.. panjang tak nama. Kitaorang ambik set ni siap add on Sausages. Creamy Lemak tu memang lemak. Tapi lemak dia tak muak tau. Lemak yang buat kita rasa nak makan lagi. Cicah plak dengan Mantao memang rasa tak nak berhenti makan.



Ni pulak hidangan yang penuh Udang je. Nampak cam simple kan? Tapi bila dah rasa memang rasa tak cukup seekor. Yg ni namanya Prawns Spicy Plum. Kuah dia ada rasa masam masam manis. Udang pulak fresh. Memang best la dok meratah.


Puas hati la kami makan. Semua sedap. Penggemar Seafood memang kena datang sini dan rasa sendiri.


Kredit : Kolin

Ni hasil Eyza makan. Licin. Hahaha.


Kredit : Kolin

Kalau nakkan kelainan dan nak makan Seafood Best bolehlah terjah kat Crab Factory ni. Sebelum datang digalakkan buat tempahan dulu bagi mengelakkan takde tempat nanti.


The Crab Factory
21, Jalan SS2/64,
47300 Petaling Jaya,
Selangor.

03-78655850

9 comments:

  1. Sedapnya tgk pic makanan macam tu. puas hati dapat makan macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas hati sebab Seafood banyak. Hihihi

      Delete
  2. Huwaaaaaaa...sedapnyaaaaa..meleleh ayaq liur....bila la diorang nak jemput akak plak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak. InsyaAllah, pasni ada la tu.

      Delete
  3. MasyaAllahhh!!! Temptingnyaaa kak yong hoiii!!! Semoga rezeki ena murah untuk foodhunting kat sini pula.. nyumnyummmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Acik. InsyaAllah, pasni turn Acik plak.

      Delete
  4. sedap betul makan seafood yang fresh ni kan!

    ReplyDelete
  5. Makan seafood ni kalau tak kena yang fresh...mmg buat spoil mood tapi kalau kat Crab Factory, takkan rasa kecewa laa senang kata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Teringat-ingat yang kuah Creamy lemak tu. Cicah plak ngan Mantao. Sedapnya.

      Delete