3.1.17

Naik MRT Malaysia, Semantan-Sg. Buloh-Semantan

3.1.17,Tuesday, January 03, 2017
Minggu lepas Mama dengan Ayah Eyza datang dari Penang. Tak tahu nak bawak jalan mana, bawak gi shopping Mall kang bosan plak. Bila tanya Ayah, terus je Ayah cakap tak tahu. Pastu Mama bocor rahsia yang Ayah dari Penang lagi dok sebut nak naik MRT. Lor awat la ayah x habaq. Senang sikit kerja along. Hahaha. 

Ok, memandangkan Stesen MRT yang Hubby buat blom bukak kita pun naik la projek yang dah bukak dulu. Kami naik dari Stesen Semantan sebab lebih dekat dengan rumah Eyza.


Ada bas yang disediakan untuk pengguna MRT. Sekarang ni MRT dan bas masih percuma lagi. Kalau tak silap Eyza sampai 17 Januari ni. Disebabkan bawa Mama dengan Ayah, kami naik kereta je. Hubby turunkan kami dekat Stesen MRT dulu, pastu baru Hubby pergi cari parking.

Mula-mula sampai kita akan nampak tangga yang agak tinggi. Eyza kan bawak mama ngan ayah, takkan la nak naik tangga. Kami decide naik lif.


Alhamdulillah, mudah untuk orang OKU dan warga emas nak naik sebab ada lif ni.



Disebabkan masih percuma, mesin ni tak berfungsi lagi la.


Nak masuk kat sini, cuma budak-budak je ambik token. Kita yang dewasa ni boleh guna Touch n Go atau IC kita sbb belakang tu kan ada Touch n Go. Touch aje kat mesin tu, terus palang bukak.


Masuk dalam kita tengok la platform mana patut kita naik.





Suka Ayah dengan Mama naik MRT. 


Alhamdulillah, ruang dalam MRT pun luas dan ada tempat pemegang untuk yang berdiri.






Kami naik dari Semantan ke Sungai Buloh, lepak jap kat Stesen Sungai Buloh terus patah balik ke Semantan.



Review Eyza :
Eyza bangga jugak sebab Malaysia sekarang pun dah makin maju. Lepas ni kalau nak pergi IKEA Damansara atau One Utama dah senang. Naik je MRT. Tak perlu sangkut dalam jammed lama-lama.

Kemudahan toilet pun ok. Besar dan bersih. Cuma.. Surau je agak sedih. Tak ada telekung dan tanda arah kiblat. Masa kami nak solat tu, jenuh gak dok tanya orang mana kiblat. Semua tak sure. Nasib baik ada sorang adik ni ada perisian dekat telefon untuk tentukan arah kiblat. Moga hal ni dapat diperbaiki sebab Surau adalah salah satu yang paling penting jugak selain kemudahan MRT yang canggih.

Apapun Eyza nak ucap tahniah atas kemudahan MRT ni. Moga lepas ni projek Hubby bukak, kerajaan akan bagi free jugak sebulan. Hihihi.

2 comments:

  1. Wahhh best ni! Nanti nak try naik MRT lak... harga pun mesti aumm aumm juga kannn hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tambang tak mahal sangat Acik.

      Delete