17.2.17

Resepi Ayam Honey Lemon menggunakan Jus Natsbee Honey Lemon Pokka

17.2.17,Friday, February 17, 2017
Ha.. Kan hari tu Eyza ada cerita pasal variasi minuman dari POKKA kan? Eyza bukan setakat minum je, Eyza buat masak jugak. Sedap tau *Sendiri masak sendiri puji* Hahaha

Eyza guna Natsbee Honey Lemon untuk masak kali ni.

Seperti ramai yang tahu, Lemon dan Madu memang banyak khasiat. Antaranya:

1. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
2. Memperbaiki sistem pencernaan
3. Menghilangkan bau mulut
4. Memberikan kulit sihat
5. Berfungsi sebagai anti-bakteria yang melindungi diri kita dari penyakit
6. Melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak
7. Mengelakkan dari penyakit kanser dan jantung
8. Memberikan lebih tenaga
9. Mengelakkan dari terjadinya ulser mulut
10. Membersihkan saluran kencing anda dan bertindak sebagai diuretik



Eyza ni suka sangat makan Ayam Honey Lemon, so Eyza nak masak Ayam Honey Lemon dengan menggunakan Jus Natsbee Honey Lemon dari Pokka ni. Jom tengok bahan-bahan dan cara buatnya.

Resepi Ayam Honey Lemon

Eyza ni kan jenis suka masak yang simple dan tak banyak bahan. Untuk kali ni pun sama je. Tak perlu banyak-banyak.

Bahan-bahannya:
3 keping dada ayam (ambil isi dan dipotong kecil)
Sekotak Tepung Goreng Berempah Pedas Sri Aji
4 sudu besar JUS NATSBEE HONEY LEMON POKKA
3 Sudu air sejuk
Minyak untuk menggoreng
1 sudu tepung jagung
1/2 sudu tepung custard
Garam dan Gula secukup rasa


Untuk Goreng ayam just perlukan 2 bahan ni je. Ops, 4 bahan termasuk air sejuk dan minyak masak.


First, kita potong ayam kecil-kecil, cuci dan toskan.


Ambil 3 sudu air sejuk dan campurkan dengan 1 sudu tepung Goreng Berempah Pedas.


Gaulkan bersama ayam


Tuangkan lebihan tepung goreng berempah ke dalam pinggan lain. Gaulkan bersama ayam tadi.


Biarkan 5 minit supaya rempah-rempah tu menyerap masuk dalam ayam.


Gorengkan ayam hingga kuning keemasan.


Ketepikan ayam dulu sebab kita nak buat sos pulak.


Masukkan air (1/4 gelas) ke dalam periuk, tambahkan 4 sudu JUS NATSBEE HONEY LEMON POKKA ke dalam air tadi. Masukkan jugak tepung custard, tepung jagung, garam dan gula. Kacau dengan api perlahan atas dapur sampai pekat.


Bila dah pekat, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.


Hidangkan bersama Nasi atau boleh ratah macam tu je. Lebihan Jus Natsbee Honey Lemon tu kita boleh masukkan ais kiub dan minum macam tu je. Sedap tau.


Yeay.. siap dah menu Eyza untuk hari ni. Ayam Honey Lemon menggunakan JUS NATSBEE HONEY LEMON POKKA


Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment