30.3.17

Makan Dim Sum sedap di Dolly Dim Sum NU Sentral

30.3.17,Thursday, March 30, 2017
Eyza ni suka jugak makan Dim Sum.. tapi nak cari Dim Sum yang betul-betul menepati selera memang susah. Nasib baik la jumpa Dolly Dim Sum dekat NU Sentral. Ramai jugak orang makan kat sini. 


Mula-mula sampai tengok ramai yang beratur. Kami dapat no 11. Masa tu dah fikir, pukul berapa la dapat makan ni. Kami diberi kertas order sementara menunggu meja kosong. Tanda dulu menu.. nanti order je..


Nasib baik tak lama pun kami tunggu. Eyza tak pernah makan kat sini...so, tugas mengorder diberi pada membe Eyza.


Rupa2nya banyak yang dia order.. yang nak makan 2 orang je.. hihihi.. Habis ke tak agaknya ni..


Ni baru sampai sebahagian dah macam ni..


Ha.. ni la meja kami.. penuh kan.. nasib baik kami ni penggemar Dim Sum...memang habis licin la..


Eyza memang recommed untuk sesiapa yang nak try Dim Sum untuk makan dekat Dolly Dim Sum.. Rasanya selain dekat NU Sentral, Dolly Dim Sum jugak ada dekat Avenue K. Selamat berdim sum. Hihihi.

29.3.17

Buffet Ramadhan berkonsepkan makanan Thailand di Chakri Palace KLCC

29.3.17,Wednesday, March 29, 2017
Eyza ni memang penggemar makanan Thai. Dari tahun lepas lagi Eyza teringin nak berbuka puasa dekat Imperial Chakri Palace KLCC ni. Tahun lepas takde rezeki nak pegi, tahun ni jom la kita ke sana.


Untuk Buffet Ramadhan tahun ini, Chakri Palace membawakan tema "Tantalizing Taste Of Thailand". Ianya menggabungkan Menu Thai Cuisine dan Asli. Buffet Ramadhan di Chakri Palace akan bermula pada 30 Mei 2017.


Chakri Palace ni ada 2 cawangan iaitu di KLCC dan Pavilion. Untuk kali ni Eyza sempat ke Chakri Palace KLCC untuk merasa hidangan Buffet Ramadhan 2017.

Melangkah masuk je dalam restoran ni, dah bau aroma sedap.. maunya tak sedap.. makanan Asli Thailand tu. Tak sabar nak rasa Pulut Mangga dan Tomyam kat sini.

Ada pelbagai jenis makanan kat sini yang buatkan Eyza tak sabar nak makan.



Tak sah kalau Restoran Thailand tak hidangkan Thai Green Curry. Eyza suka sebab semuanya cukup rasa. 


Selain dari Thai Green Curry, menu lain pun tak kurang hebatnya. Ada Kari Ayam, Ikan Crispy Sweet Sour, Sayur Campur, Sotong dan pelbagai lauk pauk yang menepati selera Malaysia.


Eyza suka ayam pandan. Tak perlu makan dengan nasi, meratah pun dah sedap. Terasa aroma daun pandan yang digoreng bersama ayam.


Suka ikan bakar? Jangan risau kat sini ada juga ikan bakar dengan 2 jenis sambal. 1 sambal merah dan satu lagi sambal kicap. 


Satay kat sini lembut dan kuah kacang pun sedap. Memang tak cukup kalau setakat 2 cucuk je. Hihihi.


Untuk rasa Thailand yang Authentic, bolehlah cuba Thai Laksa dan Tom Yam with Noodles.


Eyza just ambik Tomyam Sotong campur Udang tanpa mee. Makan dengan nasi panas-panas. Best. Tapi.. Eyza tak tahan pedas sebab letak banyak cili. Kalau uolls jenis macam Eyza jugak, boleh request tak nak cili.


Kat sini ada air sejuk iaitu Air Soya, Ice Lemon Tea, dan Fruit Punch. Selain air sejuk, bagi yang tak gemarkan air sejuk ada jugak disediakan air panas.


Thailand dan kerabu memang tak dapat dipisahkan. Terdapat beberapa jenis kerabu dekat sini yang memang kena dengan citarasa Eyza. Yang paling Eyza suka ialah kerabu mangga. Ratah macam tu je. Rangup.


Ada juga manisan Red Ruby, Ubi Kayu bersama Santan, Pisang Rebus bersama santan dan paling menjadi Fovourite semua ialah Pulut Mangga. Sedapnya mangga thailand ni. Dua kali Eyza tambah. Hihihi. Habis la diet semua ke laut dalam dah. Takpe la sesekali kan.




Ha.. ni la tarikan utama dekat Chakri Palace ni iaitu Miengkam... wah.. Eyza dah lama teringin nak try.. baru kali ni dapat...


Miengkam ni adalah daun kaduk yang dimakan bersama-sama dengan halia, udang kering, bawang, limau, kacang, cili api dan sos istimewa.


Cara nak makan senang je. Campur je semua dan makan. Sedap sangat. Tak cukup satu. Kalau tak percaya, try la makan dekat Chakri Palace.


Semua nampak sedap kan? Bukan setakat nampak, tapi memang sedap.

Untuk Buffet Ramadhan di Chakri Palace ni ianya akan bermula pada 30 Mei 2017 dan dibuka pada pukul 7 malam.Menu akan bertukar-tukar ye. Takkan nak menu sama je selama sebulan, tak best la. Tapi yang pasti Miengkam dan Pulut Mangga akan sentiasa ada.

Harga Buffet Ramadhan:
Dewasa:
RM 95.90 ++ (KLCC)
RM 85.90 ++ (Pavilion)

Kanak-kanak:
RM 49.90 ++ (KLCC)
RM 42.90 ++ (Pavilion)
Diantara umur 6 tahun hingga 10 tahun. Juga untuk warga emas (60 tahun ke atas). Untuk kanak-kanak dibawah 6 tahun adalah percuma ye.

Tempah Awal? Boleh. Siap ada harga promo lagi tau. Tapi mesti minimum 4 orang.

Beli sebelum 30 Mei 2017, harga :
RM 75.90++ (seorang dewasa - KLCC)
RM 65.90++ (seorang dewasa -pavilion)

Promosi Early Bird ni bermula dari 10 April hingga 30 Mei 2017.Untuk tempahan berkumpulan, dengan setiap pembelian untuk 5 orang percuma seorang. Berbaloi kan?


Untyk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :
03-23827788 (KLCC)
03-21431141 (Pavilion)
Atau
016-2277182
Atau Email ke:
Marketing@chakri.com.my

Boleh juga layari laman web :

26.3.17

SKINEYE, Satu Resolusi Baru Produk Kecantikan Dari Korea dirasmikan di Malaysia

26.3.17,Sunday, March 26, 2017
Siapa peminat K-Pop? Eyza ni bukanlah peminat K-Pop, kalau tengok rancangan dari Korea pun rasanya Running Man je yang Eyza layan tanpa jemu.

Tapi... Eyza suka tengok kulit artis-artis Korea. Nampak halus mulus lepas tu putih sekata je. I is jeles tau. Hahahah.

Teringin nak ada kulit cantik macam tu. Tapi takmo la kalau kena cucuk-cucuk. Eyza ngeri ngan jarum-jarum ni.

Disebabkan takmo cucuk-cucuk jom la kita try pakai produk kecantikan dari Korea. Mana tau lepas ni Eyza boleh cantik macam artis Korea jugak. Bonus tu.

Dalam dok mencari produk dari Korea, Eyza dapat jemputan ke Majlis Pelancaran SKINEYE iaitu produk kecantikan dari Korea. 

Wah... memang wajib pergi la sebab nak tahu apa yang best tentang produk SKINEYE ni. Majlis ni diadakan di Menara Miti yang dekat Jalan Duta tu. Meriah betul. Dah la dapat goodies bag yang berharga RM 400. Teruja i tau.


SKINEYE Malaysia telah dirasmikan oleh Datin Seri Yeoh Swee Lin, iaitu isteri kepada Dato' Seri Obg Ka Chuan (Menteri (II) Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan juga merangkap Presiden Puspanita Miti bersama-sama dengan Duta SKINEYE Malaysia iaitu Jeffrey Cheng (artis terkenal). 

SKINEYE Malaysia diterajui oleh Joshua Twe selaku Ketua Eksekutif, Rika Lim selaku Pengarah Urusan, Ida Maslina selaku Pengarah Pemasaran dan Dr. Hazane selaku Penjenamaan Perniagaan. Mereka telah bergabung untuk memasarkan produk SKINEYE yang berasaskan bahan-bahan semulajadi ini ke seluruh Malaysia.

Banyak juga barang-barang kecantikan di bawah jenama SKINEYE ni. 










3 ciri utama produk SKINEYE:
1. Hypoallergenic 
- Terdapat produk penjagaan kulit di pasaran yang mengandungi bahan kimia, allergen dan ada juga mengandungi unsur-unsur logam berat seperti merkuri. Ini adalah unsur-unsur yang menyebabkan kesihatan tubuh badan terjejas dan dengan penggunaan yang kerap, mereka mungkin menghadapi risiko yang boleh membawa maut. Produk SKINEYE menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa bahan pengawet kimia, wangian sintetik dan komponen kimia lain yang merbahaya.

2. Mesra Alam
- Demi mengutamakan konsep Mesra Alam dan tanpa memusnahkan alam semulajadi, SKINEYE menggunakan bahan-bahan semulajadi yang sesuai dan mempunyai kualiti tinggi.

3. Fungsi yang tinggi
- Dengan tujuan untuk menghasilkan produk dengan kualiti yang tinggi, pasukan R&D SKINEYE telah bertungkus lumus untuk menghasilkan bahan yang terbaik dan mengintegrasikan bahan-bahan tersebut secara saintifik berasaskan teknologi bio dan penapaian.

 Puan Ida Maslina dah pun guna dan beliau kagum dengan hasil keputusan selepas penggunaanya. Sebab tu la Puan Ida yakin dengan produk SKINEYE dan nak kongsi hasil dan keberkesanan produk ni dengan orang ramai. 


Untuk mengetahui mengenai produk SKINEYE dengan lebih lanjut atau ingin membeli produk, anda boleh layari laman sesawang http://www.skineye.com.my . Bagi yang ingin menjadikan produk SKINEYE sebagai peluang perniagaan pula boleh hubungi terus kepada Puan Ida di 013-6027452.

Mencari Homestay di Kundasang? Cubalah D'S Homestay .. Best!

,Sunday, March 26, 2017
Eyza suka sangat pergi melancong ke Sabah. Setakat ni dah 3 kali Eyza ke sana. First pergi berdua dengan hubby, Second pergi dengan  kawan-kawan dan third Eyza bawak satu family berjalan kat sini.

Yang First and second Eyza blogkan, tapi third time tu Eyza lupa nak update padahal dah 2 tahun dah pergi. Hahaha.


Eyza pun dah tak ingat mana Eyza letak gambar-gambar masa kat Sabah tu. Maybe dalam phone lama. Takpe la.. tak yah la Eyza cerita pasal trip family tu sebab sama je dengan trip yang sebelum ni. 

Eyza sebenarnya nak cerita tentang homestay yang kami tempah masa dekat Kundasang. Banyak yang Eyza survey tapi D'S Homestay yang paling Eyza rasa macam nak sewa.


D'S Homestay ni terletak kat Kundasang. 1 jalan dengan Desa Dairy Farm. Tapi, kita akan jumpa Desa Dairy Farm dulu, depan lagi baru akan jumpa D'S Homestay. Kalau tengok jalan rasa macam give up nak naik sebab tinggi.. tapi bila dah sampai rasa tak nak balik.


D'S Homestay ni sebenarnya 2 pintu. Makudnya ada 2 rumah sebelah menyebelah. Masa Eyza sewa dulu harganya RM 250 semalam. Satu rumah ada 2 bilik. Eyza ambik dua-dua rumah sebab kami pergi 10 orang. Memang sedang elok rumah tu dengan kami.

Owner pun peramah dan senang nak berurusan. Eyza rasa macam berada dekat kampung sendiri. 

Dekat luar rumah ada kerusi meja untuk kita duduk lepak2 makan cucur ke apa. 


Dalam rumah pulak, owner dah sediakan dapur, rice cooker dan ada jugak minyak, sos dan garam. Kita boleh masak.. memang jimat. Petang masa mula2 sampai tu Eyza masak tomyam dan bancuh teh o panas. Memang best la dengan cuaca sejuk dekat sana. Habis tomyam seperiuk.




Siap ada tanda halal tau. So, muslim jangan was was nak guna semua kelengkapan dalam rumah ni. Malamnya kami siap buat BBQ lagi kat depan rumah. Memang syiok. Dah la kat sini sejuk dia lain macam. Macam dekat overseas.


Kalau yang jenis tak boleh hidup tanpa internet, jangan risau tau sebab kat sini ada juga wifi percuma.


Ruang tamu pun besar. Adik Eyza siap angkat tilam tambahan dan tido kat ruang tamu.


Dalam bilik dah disediakan katil Queen dan tilam single. Memang sesuai homestay ni untuk percutian yang ramai.


Bangun pagi2 pulak boleh nampak Gunung Kinabalu dari depan Homestay. Ya Allah.. masa ni Eyza rasa best sangat. Kalau bangun awal.. boleh nampak kabus... Cuaca jangan cakap la.. memang sejuk..


Eyza memang recommed sangat untuk sesiapa yang mencari Homestay di sekitar Kundasang untuk menginap kat sini. Memang best dan berbaloi.


Kredit Gambar : FB D'S Homestay