14.3.17

Jatuh Cinta dengan Produk Sweet Aiman dari Aiman Tino

14.3.17,Tuesday, March 14, 2017
Waktu Pelancaran Produk Sweet Aiman, Eyza diberi peluang oleh Pihak Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd untuk mencuba ketiga-tiga produk Aiman Tino ni.



Jujur Eyza cakap, antara ketiga-tiga produk ni Eyza teruja sangat nak try Sweet Aiman 3D Cream DD Mineral Cushion. Eyza dah lama nak try DD Mineral Cushion ni, tapi asyik la terbantut sebab harga Mineral Cushion ni selalunya Seratus ke atas. Tu yang terus tak jadi beli tu. Mahal sangat. Hihihi.

Bila tahu yang harga 3D Cream DD Mineral Cushion ni cuma berharga RM 89.90, Eyza pun nak sangat cuba. Bukan apa, harga dah la murah dari jenama lain. Terfikir jugak sama ada kualiti sama dengan jenama mahal atau ala kadar je.


Bila Eyza sendiri dah guna, Eyza akui Eyza dah jatuh cinta dengan Sweet Aiman 3D Cream DD Mineral Cushion ni sebab Eyza rasa muka Eyza berseri-seri pulak bila pakai DD Mineral Cushion ni. Sorry la terpuji diri sendiri. Hahaha.


DD Mineral Cushion ni didatangkan dalam 2 rona warna iaitu warna Natural Glow dan  Light Glow.

Untuk yang berkulit cerah disarankan guna Light Glow dan Natural Glow untuk yang berkulit Sawo Matang.


Eyza pilih Light Glow sebab Eyza perasan cerah. Hahaha. Sebenarnya dua2 rona sesuai dengan kulit Eyza. Cuma Eyza bertudung sebab tu Eyza ambil warna yng cerah sikit supaya tak tenggelam dengan warna tudung.

Antara kelebihan DD Mineral Cushion ni ialah:
1.Dapat membantu melindungi kulit dari sinaran UV, habuk dan bakteria.
2.Membantu menyerikan tona kulit
3.Menjadikan kulit lebih lembap, lembut serta nampak natural.
4.Mengandungi Vitamin B5, Vitamin E dan Mineral Semulajadi.
5.Effect 3D cerah merona, bersinar dan bercahaya.
6.Anti kilatan, Anti Rekahan dan berminyak.
7.Anti penuaan, tidak menutup pori-pori dan anti cela.
8.Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki dan wanita.

Selain dari 3D Cream DD Mineral Cushion, Sweet Aiman juga ada mengeluarkan Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD.


Kedua-duanya mempunyai fungsi yang lebih kurang sama iaitu:
1.Memutihkan kulit wajah
2.Melambatkan penuaan kulit wajah.
3.Mengurangkan kedutan dan garis-garia halus
4.Meremajakan kulit wajah
5.Meningkatkan keanjalan kulit wajah
6.Membantu melindungi kulit dari sinaran UV, habuk dan bakteria.
7.Memperbaharui dan memperbaiki kulit wajah
8.Membantu memperbaiki keadaan kulit agar nampak lebih cerah dan sekata.
9.Membantu mempertingkatkan ketegangan kulit agar tampak lebih cerah dan bersinar 
10.Melindungi kulit dari serangan radikal bebas
11.Menggantikan sel2 yg rosak pada wajah

Cuma apa yang membezakan antara Candy Cherry Brite dengan Cherry Brite HD ialah cara ianya dipekkan.

Cherry Brite HD dipek dalam bentuk serbuk. Cara nak makan pun senang je.
Ambil 1 peket waktu pagi dan petang.Dicadangkan ambil 30 minit sebelum atau selepas makan. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan yg maksima.


Untuk Candy Cherry Brite pulak, ianya dibuat dalam bentuk pil dan kita cuma perlu hisap atau kemam untuk dapatkan hasil yang superb.


Produk-produk Sweet Aiman ni boleh didapati di kaunter-kaunter Wonder Glow seperti berikut:

1. Lot 2-2-21 Busana Menara
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur.

2. Lot KF5, Level 1,
AEON Mall Shah Alam
No. 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13,
40100 Shah Alam

3. F45 Tingkat 1 & Tingkat 2
Kluang Parade ,Jalan Sentul
86000 Kluang, Johor

4. Lot F38, Level 1,
AEON Kota Bharu
Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu,
Kelantan

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi:

Tel : +60167094042

Email : sweetaiman360@gmail.com


Facebook : AimanTinoClub

Instagram : SweetAiman



2 comments:

  1. untung la melilap lilap muka dia cantik...hahahaha...tp harga macam mahal je...berbaloi ke eh? tahan lama tak? :D

    ReplyDelete
  2. Kak eyza memang dah comel, lepas pakai dd mineral cushion lebih berseri2... hehe

    ReplyDelete