23.3.17

LAZADA SURPRISE BOX Sempena Ulangtahun Lazada yang ke 5.

23.3.17,Thursday, March 23, 2017
Lazada dan Sale? Macam kembar kan? Barang kat Lazada dah la murah... Inikan pulak bila ada sale...  lagi murah la. Sape suka SALE? Tipu la kan kalau cakap tak suka... Eyza ni beribu-ribu kali suka.

Kenapa Lazada buat sale kaw-kaw kali ni? Sebab.. Lazada sambut Anniversary yang ke 5... Wow.. Diam tak diam dah 5 tahun Lazada bertapak dalam Industri online ni.


Sempena Anniversary Lazada yang ke 5 ni, Lazada bermurah hati bagi 5th Birthday Surprise Box dekat Eyza. Selalunya Birthday orang kita kena bagi hadiah, tapi Lazada ni terbalik pulak.. Dia yang bagi hadiah... Bestnya.

Dengar kata, sepanjang Sale yang berlangsung dari 22 Mac 2017 hingga 24 Mac 2017 ni, ada 10 juta produk yang dijual di Lazada...  Banyak tu.

Eyza dapat Surprise Box ni petang semalam.. Memang betul-betul Surprise ni sebab Eyza tak tahu isi kandungan dalam kotak ni.


Eyza ada buat video unboxing tapi salah teknik, tak ada suara. Hahaha.. Tak jadi la nak letak kat sini. Takpe.. Eyza tunjuk gambar je la ye.


Ha.. ni la barang yang Eyza dapat. Eyza dapat PURE BEAUTY SKIN CARE SET! Macam tau-tau je Eyza suka tengok kulit orang Korea. Terus Eyza dapat Skincare dari Korea uolls. Dah tak perlu pergi Korea beli set ni. Beli je kat Lazada. Senang! Sampai depan rumah diaorang hantar.

Lazada inform hari tu dapat barang yang berharga RM 400.00 tapi bila tengok Set ni, Eyza tau yang harga set ni lebih dari RM 400.00 tau. Wow. Tq Lazada.


Ramai yang cakap CC Cream best.. Eyza dah try, memang best. Bau wangi dan tak berminyak. Pakai sikit je dah nampak sekata.


Sempena Sale kat Lazada ni, produk ni memang murah. Rugi tau tak grab. Satu set ni besar-besar jugak. Eyza rasa sebotol tahan lebih dari sebulan ni.

Sempena Lazada Sale ni, Eyza dah plan nak beli apa. Hari ni gaji, jom la kita cuci mata dan poket dengan web LAZADA. Gerenti tak menyesal. Ingat tau 22 Mac hingga 24 Mac 2017 sahaja sale ni berlangsung. Selamat bershopping.


HAPPY 5TH BIRTHDAY LAZADA!


No comments:

Post a Comment