11.3.17

Menyambut Hari Wanita Sedunia bersama-sama Stellavingze International

11.3.17,Saturday, March 11, 2017
Rasanya belum terlambat untuk Eyza ucap Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita hebat tak kira kat mana pun. Semua Wanita adalah hebat dan Istimewa. Bak kata pepatah " Jangan ingat tangan yang menghayun buaian tak boleh menggegar Dunia".

Tahun ni Eyza sambut Hari Wanita bersama-sama Stellavingze International iaitu satu badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kebajikan wanita.

Teruja Eyza tau sebab pertama kali Eyza dapat berkumpul dengan Wanita dari pelbagai latar belakang dan kerjaya. Stellavingze ni diasaskan oleh Datuk Stella Chin bersama-sama suaminya Datuk Dr. Alan Wong sehingga berjaya menjadi sebuah Syarikat yang berjaya.



Sambutan Hari Wanita kali ni disertai dengan Forum yang penuh dengan pelbagai ilmu. Eyza rasa bertuah dapat mendengar sendiri rahsia kejayaan orang-orang yang hebat.


Antara panel yang terlibat ialah Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail (Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA) , Datin Azizan Binti Hj. Shariff (Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Lembah Pantai) , Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref (Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang) dan Ms. Wee Siew Ling (Pengarah Urusan Stellavingze International)

Kredit : Sally
Tujuan forum ini diadakan adalah untuk menggalakkan wanita menjadi lebih positif dan berdaya saing. Wanita perlu ada ilmu dan kemahiran untuk menguruskan kehidupan dan keluarga.

Stellavingze International ada menganjurkan kursus untuk para wanita diluar sana. 

Terdapat 2 kursus yang boleh dipilih:

  Stellavingze Guiding Star - Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti 

Objektif:
1. Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan 
2. Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya 
3. Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya 

Stellavingze Guiding Star menyediakan:
~ Kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh. 
~ Menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran. 
~ Menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. 

Kursus dan Latihan: 
➔ Kelas Imej Perniagaan 
➔ Latihan Skill Perniagaan 
➔ Kursus Ekslusif Home Party MELILEA 
➔ Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan 
➔ Kelas Pengurusan Perniagaan 
➔ Kelas Kualiti Kepimpinan 

Kelayakan Penyertaan: 
Pendidikan : Ijazah 
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih 
Umur: 25 - 60 tahun

 Stellavingze Smart Star - Peningkatan Nilai Kewanitaan 

Objektif: 
Membantu wanita dalam mengurus Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga, Anak-anak dan Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah 

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star: 
➔ Kelas Imej 
➔ Kesihatan dan Kecantikan 
➔ Pembentukan Minda dan Rohani 
➔ Pengurusan Rumah Tangga 
➔ Interaksi Bersama Anak 
➔ Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah 

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star: 
· Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia 

Kelayakan: 
· Pendidikan:Diploma / Ijazah 
· Pengalaman:2 tahun ke atas 
· Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang 

Syarat-syarat kemasukan: 
· Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita 
· Perlu menjadi ahli Stellavingze International 


Terdapat pelbagai kelebihan dengan menjadi Ahli Stellavingze International ni. Kita dapat meningkatkan keyakinan diri sekaligus dapat meningkatkan pendapatan.

Kredit : Sally
Untuk keterangan lanjut boleh layari :

No comments:

Post a Comment