20.3.17

Nak makan Western di Kajang? Singgah la Restoran Chef Bob!

20.3.17,Monday, March 20, 2017
Hai... Assalammualaikum... Adoi.. Makin nak diet makin jumpa Restoran best-best. Macam mana Eyza nak berjaya capai misi turun 10kg ni? Hahaha.

Takpe la.. demi untuk reader yang nak tahu tempat mana nak makan western sedap, ahkak sanggup pergi cuba tau. 

Eyza hari tu sesat kat Kajang. Pusing-pusing nampak Restoran Chef Bob. Tengok macam best je kedai ni tapi masa tu Eyza tak singgah sebab kejar masa and tak plan pun nak ke sana.

Eyza pun fikir, takpe la nanti bebila ke Kajang baru nak try. Semalam kebetulan nak ke Kajang, terus teringat Restoran ni. So, apa lagi jom la kita try.


Dari luar restoran dah nampak tersergam Signboard Chef Bob. Masa tu hujan rintik2. Orang pun tak ramai lagi. Masuk dalam kedai, tengok susun aturnya simple tapi bersih dan selesa.


Belek-belek menu. Wah.. Banyak betul pilihan makanan western. Maybe Chef ni specialty dia western agaknya tapi kalau jenis yang nak makan nasi jangan risau tau sebab kat sini makanan berasaskan nasi pun ada. Eyza tengok ada Sup Tulang, paprik, tomyam dan goreng-goreng. Tu pun macam menarik.

Eyza tak order Nasi pun semalam. Tekak teringin nak makan Western, meh la kita mengorder ye.

Eyza order Bandung Leleh dengan Mix Grilled. Patut la nama bandung leleh, memang buihnya meleleh-leleh. Tu pun Eyza lambat ambik gambar sebab asyik dok bersembang.Masa ni buih dia dah kurang sikit, kalau tak lagi kembang.


Rasanya sama macam sirap Bandung biasa cuma bila kita minum dekat buih yang leleh tu rasa sedap. Pastu, airnya pun tak manis sangat. Just nice orang kata. Eyza pun tak gemar kalau manis sangat. Ni memang selera Eyza la.


Mix Grilled ni pulak dah nama pun Mix kan.. ada macam-macam dalam tu. Dalam satu pinggan ada kambing, ayam , sosej , calamari , fries dan sayur2 yang dipotong halus dan dituang dengan sos thousand island.


Eyza memang recommed sangat Set ni sebab ianya lengkap, portion banyak, sedap dan paling penting daging kambingnya lembut dan tak berbau. Sosnya pun sedap.. tak kuat sangat bau black pepper.. Dalam hidangan ni jugak kita akan diberi sos tambahan. Puas hati la kalau yang jenis suka sos banjir.


Selain dari Mix Grilled, Eyza jugak order Thigh Chicken Grill.. yang ni hubby punya... sedap dan portion besar... selalu hubby ni susah nak suka makan western sebab katanya tak kenyang n sos blackpepper tak sedap. Tapi Chicken Grill dekat Chef Bob ni menepati selera hubby. Memang dia cakap kenyang sangat. Alhamdulillah.

Eyza makan 2 jenis tu pun dah kenyang.. Next time ingat nak bawak family datang makan kat sini. Boleh la try menu lain pulak. 

Kalau datang ramai-ramai bileh cuba Mega Mix Grilled. Berbaloi-baloi.


Rezeki Eyza jugak, masa tengah makan tu Chef Bob keluar. Sempat la Eyza berborak dengan Chef. Rupa-rupanya Chef ni pernah bekerja dekat Los Angeles selama 2 tahun dan pernah masak untuk Pelakon Eddie Murphy. Wow. Patut la Western kat sini sedap.


Makin larut malam makin ramai yang datang makan kat sini. Lagipun Restoran ni dibuka sampai pukul 12 tengah malam.

So.. Untuk sesiapa yang tercari-cari kedai makan Western di Kajang bolehlah singgah dan try makan kat sini. Bagi Eyza harga dan portion makan kat sini memang berbaloi.

Chef Bob
No. 12A,
Jalan TTDI Grove 1/1, 
Taman TTDI Grove,
43000 Kajang,
Selangor.

Waze : Chef Bob

10 comments:

  1. Salam BW..
    hihihi macam sedap je... dan portion byk... nnt nak g try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Eyza try western hari tu sedap.

      Delete
  2. Lemah bile tgk blog review makanan mcm ni. Terus rasa nak pegi skang jugak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan Eyza, tengok kat blog orang lain pergi terus rasa nak pegi try jugak. Hahaha.

      Delete
  3. Biase2 je aku makan, x lah sedap sgt.... so so dan langsung tak ingat aku mkn ape...
    Datang sekali terus x nak dtg dah.. nothing is special.. trust me, no need to come...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Masa Eyza makan hari tu sedap. Eyza pun baru first time try makan kat sini.

      Delete
  4. hrga macam mana ye? berbaloi x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga ok la berbaloi dengan portion tapi xdelah mahal.

      Delete