21.3.17

Nasi Lemak Pondan yang tengah Viral!

21.3.17,Tuesday, March 21, 2017
Hai...Apa yang viral sekarang ni? Hari tu heboh tentang Nasi Lemak Anak Dara.. kali ni pulak viral pasal Nasi Lemak Pondan.

Amboi.. nama semua nak meletops kebabom aje.. Disebabkan Nasi Lemak Pondan ni dekat je dengan rumah, mai la kita pergi beli. Ramai yang cakap Keria Gula Melaka kat sini sedap


Kebetulan Eyza lalu hari tu tengok ada sorang je customer. Jom la kita singgah. 

Kuih keria kat sini satu RM 1.20.. Boleh tahan jugak harganya. Nangis dengar. Hahaha. Tapi beli 10 biji RM 10.

Eyza beli 5 biji.. cukup la buat rasa. Dalam gambar tinggal 4 biji sebab 1 dah kena ngap dalam keta. 


Sedap ke idok? Sedap la uolls. Lembut je bila gigit. Gula pun x tebal sangat. Manis dia sesuai. Tapi kecik sangat.. Tak puas makan.

Kalau ada yang nak try bolehlah ke Sri Permaisuri Cheras. Gerai ni seberang jalan dengan Villa Laman Tasik. Sape dah pernah try nasi lemak kat sini? Sedap ke idok? 

2 comments:

  1. Allah terliur sudahhhh... teringin nak rasa tapi takut silap beli, tak sedap kalau tak kena tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Acik. Rupanya keria ni kakak dia yang buat. Penyanyi Syella tu.

      Delete