17.3.17

Pelakon Saharul Ridzwan dilantik sebagai Duta Hotel Erya By Suria

17.3.17,Friday, March 17, 2017
Bertempat di Erya By Suria Hot Spring Bentong, Majlis penjenamaan dan memperkenalkan Duta Erya By Suria telah berlangsung dengan meriah. Eyza berasa teruja menjadi sebahagian jemputan untuk Majlis ini.


Eyza ni bukanlah kipas susah mati Saharul Ridzwan tapi Eyza suka sangat tengok lakonan Saharul dengan Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.Masa tu Eyza teringin nak jumpa Saharul Ridzwan. Alhamdulillah, Eyza dah 3 kali jumpa dia di Event yang berbeza. Dan, Eyza memang suka tengok karekter dia yang tak sombong dan sporting ni. 


Disebabkan karekter beliau yang Sporting dan Family Man ni, pihak Erya By Suria telah melantik Saharul Ridzwan sebagai Duta Hotel diaorang. Wow! Eyza memang tak terkejut dengan pemilihan ni sebab Saharul memang layak. 


Opss.. Lupa pulak Eyza nak inform yang Erya By Suria ni dulunya lebih dikenali sebagai Suria Resorts telah bertapak selama 17 tahun dah dalam industri ni. Selepas sekian lama, pihak pengurusan hotel telah membuat. penjenamaan semula dan telah menukar nama kepada Erya By Suria. Sedap kan nama tu. Lebih komersial dan bertepatan dengan Duta yang dipilih untuk mewakili Hotel mereka.Erya By Suria juga memperkenalkan konsep "Green Hotel" dan "Eco Muslim Hotel".


Ketua Pegawai Operasi Erya By Suria, iaitu Puan Dalina Khalil juga menerangkan yang pihak Erya By Suria memilih Saharul Ridzwan sebab beliau artis terkenal, mempunyai ramai pengikut di instagram dan aktif di media sosial.Selain dari itu, Saharul juga mempunyai rupa paras yang kacak dan sudah berkeluarga.


Erya By Suria sekarang ni dah ada di 6 lokasi iaitu:


Ha.. Bukan calang-calang tau. Kat London pun ada. Penjenamaan semula ni  termasuklah juga hotel mereka terbahagi kepada 6 segmen iaitu ERYA Luxy, ERYA Exec, ERYA Famy, ERYA Envi, ERYA Sylo dan ERYA Camp. Pening ke? Ok.. Macam ni, biar Eyza terangkan. Contohnya Erya By Suria Johor Bahru, lokasinya terletak di tengah-tengah Bandar JB, dekat pulak dengan Kota Iskandar dan Singapura yang rata-rata adalah Business Traveler. Maka, Erya By Suria JB akan fokus kepada servis lengkap untuk Eksekutif dan dikenali sebagai ERYA Exec.

Eyza pun tak sabar nak try menginap di Erya By Suria Cawangan lain lepas ni. Moga dengan penjenamaan semula dan pelantikan Duta ini, Erya By Suria akan lebih maju dan berdaya saing dalam Industri Perhotelan Tanah Air.


Untuk Maklumat Lanjut, Boleh layari:



4 comments:

  1. Replies
    1. Kan. Nak pergi Suria Bentong Lagi..

      Delete
  2. SALAM BW... bestnya.. nnt Liez nak pergi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Nanti pegi tau Liez, eyza suka jugak kat situ sebab dekat dengan KL dan ada kolam air panas.

      Delete