7.3.17

Pelancaran Xiaomi Redmi 4A di Lazada, serius Murah!

7.3.17,Tuesday, March 07, 2017
Hari tu kan... Eyza sempat ke Berjaya Times Square untuk hadiri Majlis Pelancaran Xiaomi Redmi 4A. First time Eyza masuk hotel kat situ sebab sebelum ni just pergi makan je kat Shopping Mall Times Square.


Ramai jugak membe-member blogger pergi. Ada yang dah lama tak jumpa. Kat Event ni la jadi medan pertemuan kitaorang.


Teruja tau nak tau tentang Handphone Redmi 4A ni. Dengar kata harga mampu milik dan banyak function best.


Xiaomi Redmi 4A ni ni skrin HD dan bateri 3120mAH. Ada lagi satu yang best tentang handphone ni, ada dual apps function. Boleh bukak 2 akaun dalam satu masa. Contohnya, kita ada 2 simcard, lepastu kita boleh buat 2 whatsapp dalam 1 handphone. Cool kan?


Eyza kalau pilih Handphone akan tengok kamera dulu. Maklumlah blogger. Yang bestnya Xiaomi Redmi 4A ni mempunyai 13mp camera tau. Wah.


Didatangkan dengan 2 kaler iaitu Gold dan Rose Gold. Eyza suka Rose Gold. Cantik sangat.


Mula-mula Eyza bayangkan harga Redmi 4A ni 1k keatas, tapi rupa-rupanya tak sampai RM 500 pun uolls.


Selain Handphone ada jugak produk lain seperti Powerbank.





Kat Majlis tu ada jugak cabutan bertuah dan hadiah yang ditawarkan dah tentulah Xiaomi Redmi 4A ni. Tapi macam biasa la. Eyza memang tak berapa bertuah sangat kalau bab2 Cabutan Bertuah ni. Hahaha.


Kat mana nak beli? Ala.. klik je Laman Web Lazada .. Senang je. Tak payah dah nak pergi kedai.

This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.

1 comment:

  1. kalau ade powerbank murah pun syok jugak...eh... #duittakdenakbeliphonebaru

    ReplyDelete