22.4.17

Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort menjanjikan Buffet Ramadhan yang murah dan lebih dari 200 jenis makanan.

22.4.17,Saturday, April 22, 2017
Tak lama lagi dah Bulan Ramadhan. Banyak la Hotel dan Restoran yang buat Preview Buffet Ramadhan. Salah satunya yang memang menjadi kegemaran Eyza ialah Bangi Golf Resort. 

Eyza ingatkan tahun ni tak dapat la nak merasa makanan best dekat sini sebab tak dapat jemputan kan. Tapi, rezeki sangat sebab Sally ajak. Tq Sally. ☺


Untuk tahun ni Bangi Golf Resort buat preview ni waktu malam. Rasa macam betul-betul bulan puasa pulak bila malam ni. 

Restoran Bangi Golf Resort ni dah dapat Halal dari Jakim dan juga merupakan salah satu di antara beberapa Kelab Golf yang diiktiraf dengan Akreditasi ini sejak tahun 2009. So, jangan ragu-ragu nak buka puasa kat sini.


Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ni bermula dari 29 Mei sampai 23 Jun 2017.  Ada masa lagi kalau uolls nak rancang majlis berbuka ramai-ramai nanti.

Eyza suka makanan dekat BGR ni sebab tiap-tiap tahun mesti ada lebih dari 200 jenis makanan yang boleh Eyza pilih. Banyak kan?

Dah la Buffet kat sini murah. Harga Baucer bermula dari RM 58 bagi dewasa dan RM 28 bagi kanak-kanak.

BGR ni ada Signature Dish yang memang ada tiap-tiap tahun. Kalau takde tu macam pelik la. Lagipun ramai yang datang sini, mesti cari menu ni termasuk la Eyza.


Menu Telur Separuh Masak. Kalau Orang dengar mesti cakap.. Ala.. Telur je pun. Tapi.. kalau uolls dah rasa, mesti nak lagi. Kat sini ianya tak dipanggil Telur Separuh Masak tapi "Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma" . Dengar nama pun dah tau yang telur ni lain dari yang lain. Try la. Memang sedap.

Selain dari Telur, ada lagi pelbagai menu yang tak kurang hebatnya. Buat penggemar Desert macam Eyza mesti akan ke tempat desert dulu. Rambang mata nak pilih sebab semua nampak sedap.

Beranika pencuci mulut ada kat sini. Antaranya Serawa Durian, Assorted Swiss Roll, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Caramel surprise dan Banana-na.





Dah tiga tahun Eyza dapat merasa Buffet Ramadhan dekat BGR ni dan sepanjang 3 tahun ni Eyza tak pernah miss ambik Tiamisu sebab sedap sangat. Sebab tu la, awal2 orang ambik makanan berat tapi Eyza serbu tempat desert dulu. Takut Tiramisu abis. Hihihi.


Masa kat Korea hari tu, tekak ni memamg teringin sangat nak makan sate.  Nasib baik la dekat BGR ni ada. Terdapat 2 jenis iaitu sate ayam dan daging. Eyza suka sebab sate lembut dan kuah kacang pun sedap.


Takkan la dah datang jauh-jauh nak makan desert je kan. Mesti nak try makanan lain. Ok.. jom tengok apa makanan best kat sini. Ada Daging Bakar, Mee Mamak, Golden Sand Spagethi Carbonara, Peri-Peri Chicken Drumlets dan bihun soto.








Untuk menu yang bercirikan melayu, Restoran BGR dengan bangganya memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan  utama tahun ini. Menu tersebut akan dihidangkan bersama rendang daging Taik Minyak, sambal sotong kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.







Lasagna pun ada kat sini. Ha.. jarang kan buffet Ramadhan ada Lasagna. Eyza pun tak nak la lepaskan peluang rasa Lasagna kat sini.




Dah settle makan-makan, kami semua dijamu pulak dengan "Durian Runtuh". Durian Musang King tu. Sepanjang Bulan Ramadhan nanti, pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari Raub, Pahang.



Blogger Mawardi pun tak nak ketinggalan untuk tunjuk skill buka durian.


Selain buah-buahan segar tempatan, terdapat juga Gelato (aiskrim) yang diproses segar oleh Sweet Scoopz, yang terkenal dengan gelato berperisa Musang King dan P.G.A ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi). Buah durian dan gelato boleh dibeli dan dibawa pulang di mana pengunjung BGR Restaurant akan diberikan diskaun ekslusif.Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara "live" dari jam 6.30 petang sehingga  9.30 malam setiap hari. Restoran BGR juga menawarkan lebih dari 800 parking serta ruang solat untuk tetamu. 



Dah lama tak jumpa adik-adik #EAOfficialCrew ni. Dapat gak lepas rindu bila jumpa kat sini. Seronok dapat makan durian puas-puas. 

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka di Bangi Golf Resort Tahun ni. Harga baucer bermula RM 58 (dewasa) dan RM 28 (kanak-kanak). 

Berita baik untuk yang nak berbuka bersama rakan-rakan opis atau keluarga, ni ada harga offer tau.

Harga untuk tempahan berkumpulan:

20 hingga 49 orang - RM 55 (Dewasa) / RM 26 (Kanak-kanak)
50 hingga 99 orang - RM 52 (Dewasa) / RM 24 (Kanak-kanak)
100 orang dan ke atas - RM49 (Dewasa) / RM 22 (Kanak-kanak)
*kanak-kanak (3 hingga 11 tahun)

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi:

Cik Adira - 011-10575088
+603 89253728 / 603 8210 2288

Alamat:
Bangi Golf Resort
No. 1, Persiaran Bandar,  
Bandar Baru Bangi, 
43650 Selangor.

No. Tel : 1-700-81-8557

Koordinat GPS : 2.95716N , 101.76518E

Email : sales@bgrrest.com

Website : Bangi Golf Resort



Hashtag : #BGRbuffetramadhan17


No comments:

Post a Comment