5.4.17

Buffet Ramadhan 2017 : Restoran Rebung Dato Chef Ismail menyajikan lauk pauk yang sedap dan memikat selera

5.4.17,Wednesday, April 05, 2017
Siapa yang tak kenal Chef Ismail kan? Eyza dah lama teringin nak rasa masakan Chef Ismail. Dari Restoran dekat Bangsar sampai la sekarang ni dekat Cenderasari barulah impian ni tercapai.


Eyza dapat jemputan untuk Preview Buffet Ramadhan di Restoran Rebung. Chef Ismail kan? Of course la ada macam-macam jenis lauk pauk dan kuih muih.

Terkenal dengan masakan melayu, Chef Ismail masih mengekalkan makanan yang dekat dihati semua. Eyza yang tengok ni pun dah rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana. Semua nampak sedap.

Restoran Rebung juga mengetengahkan makanan kaki lima atau "hawkers food". Ada 6 gerai yang disediakan sepanjang Ramadhan yang menyajikan Roti Jala, onde-onde, murtabak,ikan panggang, goreng pisang dan macam2 la.

Rendang Ayam

Ikan Patin Masak Tempoyak

Masak Lemak Perut Lembu

Masak Lemak Daging dengan Terung

Kari Ikan

Sambal Tumis Udang dengan Petai


Ni baru sikit yang Eyza tunjuk ni. Eyza dah tak tahu nak makan lauk apa. Ambik serba sikit tapi tengok-tengok penuh satu pinggan. 


Untuk seleksi sambal pembuka selera pun ada macam-macam pilihan. Ada sambal belacan, tempoyak, cencalok, air asam dan masak tempoyak dengan daun-daun kayu. Sedap sangat yang ni. Sambil taip ni pun Eyza dah kecur liur. Hahaha.


Untuk seleksi air, ada 3 jenis iaitu sirap bandung, lai chi kang dan air kelapa. Eyza suka air lai chi kang sebab ada macam-macam dalam tu.


Kalau tak nak makan nasi pun tak apa. Ada jugak makanan ringan lain seperti Tauhu Sumbat,Roti Jala dengan kuah kari atau Nasi Impit dengan Rendang. 


Eyza ambil roti jala dengan serawa durian. Sedap sangat-sangat kombinasi ni. Serawa durian kat sini memang menepati selera Eyza sebab cukup manis, lemak dan rasa durian.



Roti Jala kat sini dibuat panas-panas dan boleh jugak dimakan dengan kuah dhal.


Kalau tak suka.air sejuk, jangan risau sebab ada teh tarik dan kopi jugak.



Selain dari makanan di atas, kat sini jugak ada Laksa dan bihun Sup. 


Eyza sempat rasa Laksa dan memang kena dengan citarasa Eyza. Habis jugak la semangkuk.


Bihun Sup pun tak kurang menariknya tapi Eyza dah kenyang sangat so tak rasa la Bihun Sup ni.


Cucur Pisang dan Ubi goreng pun ada. Makan kudap-kudap ni sambil minum kopi dan bergossip memang tak sedar habis sepinggan.


Buffet Ramadhan dan kambing memang sangat sinonim. Eyza suka kambing bakar kat sini sebab cukup rasa dan lembut. Eyza siap ambik 2 slice. Puas hati la makan.


Tak makan kambing? Takpe. Ada juga disediakan ayam golek untuk penggemar ayam.


Ayam golek kat sini pun tak kurang sedapnya. Lembut dan juicy. Kalau tak kerana kenyang, rasanya seekor pun Eyza boleh habiskan.


Kuih Muih Melayu Asli pun ada kat sini. Semua sedap-sedap. Haish. Tak boleh move on kalau ingat semua menu kat sini.



Kebetulan pulak masa tu Sharifah Sakinah ada. Sempat la bergambar dengan dia. Cantik bila tengok live.


Lupa pulak Eyza nak inform harga Buffet Ramadhan dekat Restoran Rebung ni. Untuk Buffet Ramadhan 2017 harga yang ditawarkan sangat la berpatutan iaitu RM 79.50 nett (Dewasa) dan RM 53.00 nett (kanak-kanak) yang berumur dari 5 tahun hingga 11 tahun.

Selain dari Buffet Ramadhan, Restoran Rebung juga menawarkan pakej Katering, Private Function, persembahan Ghazal, Terawih di Surau Restoran Rebung Chef Ismail dan Mini Bazaar (Eid-Mubaraq Souq)

Untuk Bulan Ramadhan ni, tetamu juga akan dihiburkan dengan lagu-lagu Ghazal dari Kumpulan Ghazal yang dijemput khas.


Untuk pertanyaan boleh hubungi:
03-22763535 / 03-22762525

Email : restoranrebungchefismail@gmail.com

Restoran Rebung
5-2, Aras 5, 
No. 1, Jalan Tanglin,
Taman Botani Perdana,
50480 Kuala Lumpur.

7 comments:

  1. nampak sedapnya semua foods tu... nak kena pergi la klau mcm ni... nak plan dengan Dearie Liez

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Akak suka masak tempoyak dia.

      Delete
  2. nampak sedapnya semua foods tu... nak kena pergi la klau mcm ni... nak plan dengan Dearie Liez

    ReplyDelete
  3. perhhh buka blog kak eyza rasa laparlah balik habislah diet neeza camni hehe memang nampak tempting nanti nak try pergilah hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Sebab tu la K. Eyza tak leh diet Neeza. Asyik nak makan je.

      Delete
  4. Pernah try buffet ramadhan Restoran Rebung ni masa restorannya masih di Bangsar...sekarang dah pindah ye...kena terjah tempat baru ni pula nanti...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sekarang dah kat area parking Bukit Aman tu. Sini parking besar. Eyza tak pernah try yang kat Bangsar. Bangsar dah tutup rasanya.Try la kat tempat baru ni pulak nanti.

      Delete