13.4.17

Cara Aktifkan Kad Maybank melalui Maybank2u Untuk Pengeluaran Antarabangsa

13.4.17,Thursday, April 13, 2017
Kalau kita ke Luar Negara, masa tu la kita akan jadi rambang mata. Macam-macam nak beli. Ye la, bukan selalu kan kita ke sana.

Kalau kita bawak duit yang cukup takpe la, ni tetiba tengok syok dok shopping baru teringat yang duit nak makan esok pun dah takde padahal lagi 2 hari baru balik Malaysia. Tak ke haru macam tu.

Sebab tu la orang kata sediakan payung sebelum hujan. Macam Eyza, Eyza akan aktifkan kad bank supaya boleh guna dekat Negara lain.

Hari tu Eyza dah explain cara tukar kad CIMB kan? Kali ni Eyza nak bagitau cara tukar kad Maybank pulak.


Untuk Maybank pun lebih kurang je step yang perlu diikut.

1. Login Maybank2u
2. Pilih Card Management

3. Pilih Overseas ATM Facility

4. Pilih Kad ATM dan tukar ke "Activation"

5. Tukar tarikh ikut berapa lama kita nak gunakan Kad di Luar Negara, klik Continue


6 . Request Tac, dah dapat masukkan Tac dan klik cornfirm

7. Dah berjaya. 

Ok, lepas ni dah tak perlu risau nak berbelanja dekat luar negara. Kita boleh je keluarkan duit kat mana-mana negara yang kita pergi tapi pastikan dalam akaun ada duit la ye. Hihihi.

Selamat Bercuti!


2 comments:

  1. padan la sakan shopping eh! hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada sakan. Awak tu lagi sakan sampai takmo balik Malaysia.

      Delete