25.4.17

Menginap di Ananta Burin Resort Aonang Krabi

25.4.17,Tuesday, April 25, 2017
Hai uolls.. Eyza ni kalau buat entry percutian suka part by part, lepas tu selalu tak habis cerita.. Ampun sangat.. Hahaha..

Ok..ok... Hari ni Eyza cam rajin sikit, so Eyza akan sambung Entry Krabi walaupun dah setahun lebih entry ni terperap. Ok la tu kan... dari terkubur terus macam entry Langkawi hari tu.. Huhuhu...

Untuk hari ketiga, Eyza decide tukar hotel yang best sikit. Dah 2 hari asyik berjalan je.. Hari ketiga ni kami nak buat aktiviti santai je.. Malam terakhir kami kat Krabi, Eyza booking Hotel Ananta Burin dekat Agoda.


Hotel ni tak lah jauh sangat dari The Dream Garden, tapi kalau berjalan boleh berpeluh jugak la ketiak. 

Selepas Check Out dari The Dream Garden, kami decide tahan tuk tuk untuk ke Ananta Burin pulak. Ok.. naik tuk tuk seorang cuma 20 Baht.

Tuk tuk akan berhenti di tepi jalan besar dan kami kena jalan ke dalam sikit baru jumpa Ananta Burin. Tapi tak lah jauh mana pun.

Sampai je kat lobi, diaorang hidangkan dengan welcome drink. Rasa macam air serai. Eyza pun terus pergi check in.. Tapi, bilik kami blom siap lagi. Memandangkan kami tak nak buang masa, kami pun tinggal bag kat lobi hotel dan jalan-jalan depan hotel je. Kalau nak tinggal bag just inform je diaorang, nanti diaorang akan simpan di tepi kaunter dan akan letak nombor kat bag supaya tak tertukar. Bagus betul.

Kat depan Ananta Burin ni memang banyak kedai yang menawarkan sewa motorsikal dan pakej2 di Krabi. Kedai makan halal pun banyak sekitar sini. Pusing-pusing kat situ, kami pun decide nak pergi naik gajah. Rasa macam tak lengkap pulak kalau tak naik gajah kat Thailand ni kan. Nanti Eyza cerita pengalaman naik gajah ye.


Balik dari naik gajah, kami dah boleh check in. Yeay.. happy sangat sebab badan pun dah melekit. Nak mandi..

Masuk je dalam bilik, terus Eyza bertambah-tambah happy. Keadaan bilik sebiji macam gambar. Bukan indah khabar dari rupa. Eyza suka betul dengan hiasan katil kat sini. Membangkitkan mood honeymoon. Dah lama berangan nak ada hiasan angsa 2 ekor ni. Nasib baik kat Ananta Burin ni Eyza dapat. 




Nak tahu tak kenapa Eyza pilih Ananta Burin? Sebab kat sini ada bilik yang access pool. Yeay.. senang sikit nak mandi manda kalau macam ni. Eyza terus book bilik ni awal-awal.


Dalam bilik ni semua kemudahan asas ada. Dalam peti ais penuh dengan air.. kat atas meja ada keropok.. boleh je nak makan.. tapi time nak check out nnt kena bayar la.. air mineral je free..Tapi.. kalau nak makan keropok kena tengok betul-betul sebab keropok dalam bilik Eyza tu perisa babi.. Hahaha..

Lagi satu, kat Ananta Burin ni makanan tak halal (Eyza tanya pada receptionist).. Tapi, kita boleh request makanan halal. Memandangkan Eyza agak was was dengan penggunaan periuk belanga dan pinggan bagai...Eyza memang tak makan langsung kat sini walaupun breakfast include dah dalam bilik yang Eyza ambik.


Eyza suka tengok angsa dari towel ni. Rasa sayang tau nak bukak. Kalau ada towel lain untuk Eyza mandi, memang Eyza tak bukak la.


Sebelum kitaorang bukak towel tu.. jom la kita bergambar sampai lebam..


Petangnya kami keluar beli souvenir lepas tu balik bilik lepak mandi pool je kat bilik.. Puas hati.. boleh terjun bila-bila kita suka sampaikan malam pun sambung mandi lgi..


Eyza memang suggest sangat Hotel Ananta Burin ni sebab suasananya memang privacy.. sesuai untuk pasangan yang nak honeymoon.


Masa Eyza booking, Eyza dapat bilik access pool ni dengan harga RM 358.63 semalam. Bagi Eyza harga ni sangat-sangat la berbaloi dengan keadaan dan layanan pekerja hotel. InsyaAllah, kalau ada rezeki ke Krabi lain kali Eyza akan menginap kat sini lagi.

Entry lain di Krabi boleh baca kat sini:







No comments:

Post a Comment