9.4.17

Meriah betul Seqy Appreciation Night 2016

9.4.17,Sunday, April 09, 2017
Semalam dok belek-belek gambar dalam Fon, baru perasan yang Eyza belum cerita tentang Dinner Seqybeauty. Ya Allah.. Dah 2 bulan Dinner baru nak tulis. Hahaha.. Ni la perangai seorang Eyza. Suka nau lupa.

Takpe.. takpe.. biar lambat dari takde langsung kan?

Eyza ni dah lama jadi Agen Seqybeauty. Start dari Seqybeauty cuma ada 1 produk je masa tu iaitu BB Cream. Dari BB Cream sekarang Seqybeauty dah ada macam-macam. Kiranya Seqybeauty dah banyak kemajuan since permulaan dulu. Eyza sebagai agen yang paling lama dah tentu la rasa happy tengok perubahan ni.

Disebabkan kejayaan Seqybeauty ni, Founder SQB iaitu Blogger Sepet dan suami buat Seqy Appreciation Night 2016 khusus untuk meraikan agen-agen. Lagipun kami agen-agen ni pun dapat kenal satu sama lain. Selama ni asyik dok sembang dalam whatsapp je kan.


Seqy Appreciation Night 2016 ni diadakan di Silka Hotel Cheras. Nasib baik dekat je nak pergi. Tema malam tu Gold, Black n White. Jenuh pikir nak pakai baju apa. Last-last pakai apa yang ada je. Takyah la membazir beli baju baru.


Eyza gerak dari rumah dengan Huda. Rumah dekat je, baik kami Car Pool. Huda ambik Eyza kat rumah dan terus gerak ke hotel.


Sampai je, daftar terus dapat Goodies Bag cantik ni. Unik tau. Macam karung guni. Tapi versi comel.


Tengok susun atur pun cantik. Tema pun menarik. 


Eyza #agenceera dapat meja no 2. Mula-mula meja ni cuma Eyza dengan Huda je. Lepas tu baru la Lini dengan Anis datang. Diaorang menginap dekat Hotel ni je.. so senang la.. Tak lama lepas tu baru Yanie sampai. So, lemgkap la anak-anak buah Makkis Ceera. 


Dalam pukul 8.30 malam, Founder Seqybeauty iaitu Sepet n husband pun datang. Cantik sangat. Seri ibu mengandung gitew.


Selepas Ucapan, Majlis dirasmikan oleh Founder dengan memotong belon. Disebabkan bumbung rendah sangat, belon terbang sikit je. Tapi ok la.. senang kami nak ambik nanti.. hihihi..


Di Majlis ini juga, agen dan stokis yang capai target dapat reward uolls. Hadiah semua best2. Ada yang dapat pergi umrah, ada yang dapat pergi Australia. Seronok sangat. Eyza? Tak dapat apa sebab malas nak promote kaw kaw. Mana la nak dapat capai target. Takpe.. no hal la. Yg penting kita usaha lepas ni.


Agen-agen baru pun ramai yang dah meroket jualannya. Good job.


Masa Dinner tu jugak Seqybeauty umumkan yang akan keluarkan 2 lagi warna Lip Matte yang super duper cantik. Rezeki kami semua malam tu dapat seorang sekotak. Wow. Happy sangat sebab jadi antara orang terawal yang dapat try.


Makanan malam tu pun sedap. Puas hati la. Dah la meja kami x ramai, so boleh la makan bertambah-tambah.


Kalau majlis macam ni mesti la ada Lucky Draw dan macam biasa, Eyza tak dapat. Hahaha.


Last but not least, mesti la ada gambar dengan Makkis kita iaitu Blogger Ceeranoh. Cantik makkis kita ni. I is jeles tau. Bila la nak cantik cam dia.


Harap-harap tahun depan Bos Sepet Noh buat lagi Dinner yang best macam ni. Seronok dapat jumpa semua agen-agen. 


We want Dinner Seqy 2017! Hihihi

Iklan:

Eyza agen seqybeauty yang sah. Nak Eyza cod sekitar Bandaraya KL, Bangsar, PJ, Kajang, Taman Melati, Cheras, Ampang, Pandan Indah dan kawasan sekitar?

Roger je Eyza

Wasap +60133151382

Setiap pembelian akan dapat free pos (kecuali lip matte) dan kalau beli atas RM 100 siap dapat free post + free gift.

Suka ke idok? 

Eyza dah jatuh cinta dengan 2 warna baru lip matte Seqybeauty ni iaitu Calm dan Demand. Sekotak cuma RM 50. Dapat 2 kaler best ni. Lip matte ni tak keringkan bibir dan warna tahan lama. Tak rugi beli uolls.

Nak beli? Whatsapp je Eyza. Semua bisa diatur. Bye.

4 comments:

  1. Wah seronoknya dapat reward..lepas nih kenalah usaha lebih sikit la kan..mana tahu dapat g Australia jgk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Jenuh jugak kalau nak capai target gi Ostolia tu.. Doakan kita dapat.. Hihihi

      Delete
  2. Perghh GOLD gittew... Tapi memang nampak muka kak yong makin cantik dan makin cerah la.. Bagus jugak produk Seqy ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gold je sana sini. Ni balik dari Korea dah gelap.. kena repair balik muka. Hahaha

      Delete