26.4.17

Pengalaman Naik Gajah di Krabi, Thailand

26.4.17,Wednesday, April 26, 2017
Ok.. dalam Entry sebelum ni Eyza ada mention kan pasal naik gajah? Ha.. ni la Eyza nak cerita ni. Sebenarnya ni kali kedua Eyza naik gajah. Hubby pulak baru first time naik. Walaupun Eyza dah naik kali kedua tapi tetap ada kelainannya. Ye la, masa first time naik Eyza naik dekat A Famosa Resort, Melaka. Masa tu trek pendek je. Yang dekat Thailand ni jauh dan jalan dia mencabar. Ada waktu Eyza kecut perut jugak. Hahaha.

Eyza ambik pakej naik gajah je sebab kami nak isi masa sebelum check in bilik. Untuk pakej ni, kami ambik dekat kedai yang ada depan Ananta Burin. Abang tu orang Pattani dan pernah kerja kat Malaysia. Pandai cakap melayu. Senang nak berkomunikasi. Harga pakej Gajah ni mana-mana pun sama je. Seorang 500 Baht. Lebih kurang RM 50 duit kita.


Dah bayar semua. Dia bagi time pukul berapa nanti van akan ambik kita kat hotel. Kami just lepak depan lobi sampai van sampai. Masa tu, cuma ada kami dengan 1 lagi couple mat saleh.

Tempat gajah ni simple je. Macam perkampungan kecil. Tak ada apa sangat kat situ.


Masa kami sampai, gajah-gajah ni tengah makan. Kami kena tggu lebih kurang setengah jam sebelum boleh naik gajah.


Gajah pertama dinaiki oleh pasangan mat saleh tu.. Kami ambik gajah yang kedua. Sebelum naik kena bukak kasut. Memula macam geli je bila tapak kaki kita kena badan gajah tu sebab badan dia lembik. Dah lama-lama baru ok.


Mula-mula kami lalu perkampungan gajah ni. Just tanah merah je masa ni. Dah la panas lit lit. Jenuh tahan muka. Berpeluh-peluh. Dah lama-lama tu baru la kami masuk dalm hutan.


Bila masuk hutan ni memang adventure. Naik turun bukit. Eyza seriau betul bila gajah tu menjunam nak turun bukit. Rasa macam nak jatuh. Dah la tinggi. 


Budak yang bawak gajah kami ni tak friendly. Takut i nak sembang dengan dia. Hahaha.


Muka Eyza ngan hubby masing-masing cuak bila gajah ni tak nak jalan dan penjaga dia cucuk dengan senjata tajam. Kami kesian ada, takut pun ada... risau gajah tu mengamuk pun ada. Adoi.. pengalaman sangat.



Lepas penat turun naik bukit dalam hutan, gajah ni masuk dalam sungai untuk basahkan badan. Tapi... gajah yang couple mat saleh tu berak banyak giler dalam air.. pastu ambik air tu sembur2 plak kat kami. Adoi. Mandi air taik gajah hari tu. Hahaha.



Dah puas dia mandi, barulah balik ke perkampungan tadi. Kat sana diaorang ada jual gambar kita naik gajah tapi eyza tak beli pun sebab tak cantik..

Van pun dah tunggu, kami terus balik ke hotel.

Balik hotel.. kami dua2 berebut mandi sebab nak bilas badan yang kena air taik gajah... Memang pengalaman betul..

No comments:

Post a Comment