28.5.17

Buffet Ramadhan di Kg Baru Kuala Lumpur

28.5.17,Sunday, May 28, 2017
Hai.. Hari ni dah Ramadhan yang kedua. Sekejap je rasanya kan? Tup..tup.. Eh... dah nak raya... hihihi..

Uolls dah ada rancangan berbuka ke untuk sebulan ni? Mesti ada jugak yang plan untuk bawa family berbuka dekat luar. Lokasi yang famous kalau kat KL ni dah tentu la Kampung Baru. Jangan kata orang lain, Eyza pun suka.

Sebut pasal Kampung Baru, kat sini ada Restoran yang menyediakan Ikan Sungai tau! Dibawa khas dari Temerloh Pahang lagi. Ha.. sape penggemar ikan Sungai mesti suka dengan kedai ni. Nama kedai ni ialah Restoran Patin Tempoyak Kg. Baru yang dulunya dikenali dengan nama Samudra Exotic River Fish Restaurant.

Sejajar dengan penukaran nama, Restoran ni jugak telah berpindah dari lokasi lama ke lokasi baru yang hanya sebelah dengan lokasi lama. Boleh jalan kaki je sebab dekat sangat.

Bermula 3 Ramadhan (29 Jun) ni, Restoran Patin Tempoyak Kg. Baru akan buat Buffet Ramadhan hingga la penghujung Ramadhan nanti.


Ha...setakat Eyza dok pergi Buffet Ramadhan, tak pernah lagi la Eyza pergi Buffet Ramadhan yang menu utamanya adalah ikan sungai. Macam yang kita semua tahu la, ikan sungai ni kan mahal. Kira berbaloi sangat la bila kita pergi Buffet macam ni. Boleh makan ikan sungai banyak-banyak. Kalau order menu ala-carte dah tentu2 la lagi mahal.

Ni adalah sebahagian menu yang ada dekat Buffet Ramadhan di Patin Tempoyak Kg. Baru.

IKAN LAMPAM MASAK LEMAK
Eyza suka kuah masak lemak ni. Pekat dan cukup rasa. Isi ikan pun manis. Tak ada rasa hanyir. Ikan fresh gitu.

IKAN LAMPAM BAKAR

IKAN LAMPAM GORENG

PEKASAM IKAN PATIN
 Eyza ni dah la penggemar pekasam. Tak kisah la ikan apa pun tapi ni first time Eyza makan pekasam Ikan Patin. Eyza suka sampaikan semalam masa sahur dok teringat kat pekasam ni. Hahaha.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
 Ha... ni la Signature Dish dekat sini. IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK! Eyza ni dulu tak pandai makan ikan patin. Tapi masa bujang Eyza duduk sebilik dengan akak yang asal dari Pahang. Dia selalu bawak Patin Masak Tempoyak ni. Lama-lama makanan ni dah jadi kegemaran Eyza sampai la sekarang. Nasib baik hubby pun makan. Ada la gang kalau kami nak makan ikan patin ni.

Apa yang Eyza boleh bagitau, Patin Tempoyak dekat sini memang sedap. Cukup rasa masin, manis, pedas dan ikan pun manis. Fresh gitu. Berlemak betul bila makan. Ikan Patin part lemak tu yang sedap.

Bagi penggemar ikan patin, Buffet Ramadhan ni memang berbaloi sebab ikan patin kalau beli sepotong pun dah mahal kan. Kalau buffet uolls boleh makan sampai kenyang. Tak payah risau tentang bill. Sekali bayar makan la puas-puas.

Untuk yang tak makan ikan sungi jangan la pulak susah hati. Ada je menu untuk uolls.. Jangan sedih-sedih. Ha.. kalau x makan ikan sungai boleh je makan Ikan mabong masak sambal dengan ayam masak merah. Sedap jugak pada tekak Eyza. Tambah-tambah ayam masak merah tu. I like.

IKAN MABONG MASAK SAMBAL

AYAM MASAK MERAH
Selain lauk pauk utama, ada juga masak lemak pucuk ubi,kangkung goreng belacan,masak lemak rebung dengan perut lembu.

MASAK LEMAK PUCUK UBI

SAYUR KANGKUNG BELACAN

MASAK LEMAK REBUNG DENGAN PERUT LEMBU
 Ada jugak yang tak suka makan nasi waktu berbuka, jangan risau tau sebab ada juga disediakan Koay Teow Goreng, Bihun Goreng dan kalau nak Nasi Goreng pun ada.

KOAY TEOW GORENG

NASI GORENG
Ada juga beberapa pilihan kerabu kat sini macam kerabu taugeh, kerabu perut dan juga kerabu kacang botol. Semua kerabu ni kegemaran Eyza pulak tu.

KERABU TAUGEH
 Tak lengkap la kan kalau makan masakan melayu tak ada sos pencicah. Kat sini pun ada. Barulah kick bila makan nasi. Antara sos pencicah yang ada ialah cili kicap, sambal belacan, budu dan sambal tempoyak.

ANEKA SAMBAL (sambal belacan, sambal tempoyak, budu & sambal kicap)
 Untuk pencuci mulut ada pelbagai jenis kuih muih dan buah-buahan kat sini. Setiap hari kuih muih dan buah akan dipelbagaikan.

KUIH SERI MUKA

KURMA

BUAH-BUAHAN
 Untuk First round Eyza cuma ambik Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Tempoyak dan Pekasam Ikan Patin. Makan ni je dah sedap. Belum tambah lauk lain lagi. Serius Patin Tempoyak kat sini antara yang terbaik Eyza pernah makan. Tak payah dah nak pergi sampai Temerloh untuk makan Patin Tempoyak.


Restoran Patin Tempoyak ni diusahakan oleh 3 orang adik beradik iaitu En. Kamarul Ariffin Hamzah, En. Hishammuddin Hamzah dan Puan Hamizatun Hamzah. Masakan kat sini asli dari Pahang sebab owner berasal dari Pahang. Resepi turun temurun tau ni!

Sebelum ni, Restoran yang dibuka sejak April 2012 ini terletak di Wisma Rohas, Jalan Raja Alang Kg. Baru tapi sekarang telah berpindah ke alamat baru. Tak jauh pun dari kedai lama. Boleh jalan kaki je sebab sebelah menyebelah.

Harga Buffet Ramadhan :
Dewasa - RM 65nett
Kanak-kanak - RM 30nett

Alamat :
No. 63D
Jalan Raja Abdullah 
Kg. Baru

Untuk tempahan boleh hubungi :
018-2916250 (call)
019-6116933 (whatsapp)

Waktu Operasi :
4.00 petang (bungkus ala carte)
6.30 petang (buffet Ramadhan)

So, apa tunggu lagi. Kalau uolls memang tengah mencari Buffet Ramadhan di Kg. Bharu yang menyediakan Ikan Sungai kat sini la tempat yang paling tepat.

Selamat Berbuka Puasa uolls!

27.5.17

Resepi Udang Galah Masak Asam Rebus yang simple dan Sedap

27.5.17,Saturday, May 27, 2017
Assalammualaikum...

Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah.. hari ni hari pertama kita berpuasa.. Jangan ada yang terlupa plak gi masak lunch.. Hahaha...

Eyza tiap kali bulan Ramadhan memang akan masak untuk berbuka. Memang jarangg sangat ke Pasar Ramadan (PARAM) dan berbuka kat luar. Kalau pun pergi sama ada Eyza tak sihat, penat atau dapat jemputan berbuka.

Bukanlah tak suka dengan PARAM tapi Eyza malas nak bersesak-sesak kat sana. Tapi bohong la kalau Eyza kata tak pergi langsung kan. Dalam sebulan puasa tu ada la sekali dua Eyza pergi untuk cari kuih tepung pelita.

Ok.. Sebenarnya Eyza bukan nak cerita tentang PARAM tapi tentang resepi yang hubby ajar. Dah lama kawen ni, dah makin mahir dengan makanan kegemaran hubby.

Hubby ni gemar makan udang galah. Kalau kat Sarawak memang banyak la.Kat sini susah jugak nak jumpa. Kalau ada pun harga boleh tahan jugak.

Semalam Hubby teringin nak makan Udang Galah. Cari merata. Jumpa la dekat kedai area Bandar Tun Razak tu. Tapi kecik-kecik je. Takpe la janji ada kan. Sebelum ni kalau nak makan, kitaorang akan pergi cari kat Sg. Timun area pedas linggi atau ke Kuala Selangor. Ni sebab dah nak puasa malas nak pergi jauh-jauh.

Ok.. jom.tengok apa yang Eyza masak dengan Udang galah ni. Resepi ni stail sarawak sikit.

Asam Rebus Udang Galah


Bahan-bahan :
1kg udang galah
Belacan sebesar ibu jari
sebiji Bawang besar
5 biji cili api atau cili kering
Sekeping Asam Keping (kalau suka masam tambah asam keping)
Serai 2 batang
5 cawan air atau ikut suka nak kuah banyak atau sikit
Garam dan Ajinomoto secukup rasa

Cara Masak :
- Tumbuk bawang besar, belacan dan cili (tak perlu lumat sangat)
- Titikkan serai atau tumbuk kasar 2,3 kali je.
- Masukkan air dalam periuk, didihkan.
- Setelah mendidih masukkan bahan yang telah ditumbuk termasuklah serai.
-Masukkan garam dan aji secukup rasa.
- Masukkan udang dan asam keping
- Biar udang masak.
- Tutup api dan bolehlah makan.

Senang je kan? Dah la menyihatkan sebab tak pakai minyak langsung. Eyza suka makan macam ni dengan nasi panas-panas. Nak lagi best kalau ada ikan masin dengan kicap. Boleh buat bertambah nasi banyak kali. Hahaha.

Selamat mencuba untuk berbuka puasa nanti.

24.5.17

Review : Kitsui Whitenin B.B Drink dan Kitsui Korean White

24.5.17,Wednesday, May 24, 2017
Sejak Eyza balik dari Korea ni, banyak pulak produk Korea yang buat Eyza tertarik. Al maklumlah bila dah pergi Korea, tengok diaorang semua putih-putih, Eyza pun rasa macam nak putih jugak. Bukanlah putih yang melampau tau cuma nak cerah sikit je. Tapi, walau obses macam mana pun kita dengan kecantikan, kesihatan tu penting jugak. Jangan main ambik je sebarang produk tanpa selidik isi kandungan produk.

Sebut pasal nak cerah macam orang Korea, Eyza nak la cerita tentang produk yang Eyza suka ni sebab ia dapat kesan seawal 7 hari. Wow. Best ni. Tambah-tambah bila nak raya ni. Ramai la yang  nak kelihatan cantik termasuk lah Eyza. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.



Mesti ada yang tertanya-tanya produk apa tu? Ni ha.. Ada dua jenis sebenarnya iaitu KITSUI WHITENIN B.B DRINK dan KITSUI KOREAN WHITE. Kalau nak consume dua-dua serentak pun boleh, tak ada masalah.

Produk ni adalah keluaran Gemini Beauty Resources (M) dan pernah menang dalam Super Health Brand Asia Pacifik tau! Produk ni selamat kerana 100% semulajadi dan mendapat kelulusan GMP. KITSUI ni diformulasi dan dikilangkan di Jepun bagi menjaga kualiti yang tinggi.  

KITSUI WHITENIN B.B DRINK



Kitsui Whitenin B.B Drink ni dikenali sebagai minuman Anti-Penuaan dan dapat mencerahkan kulit dengan satu produk je.Dalam ni ada Hydrolaze Vitamin C+ di mana kekuatannya 2 kali ganda, kombinasi yang kuat untuk sistem imun dan kulit cerah.Kulit yang cantik bermula dari dalam, bila dalam dah cantik baru la terpancar kat muka kita kan?

Antara bahan-bahan lain yang ada dalam Kitsui Whitenin B.B ni adalah Sucrose, Citric Acis, Alpha Lipoic Acid, Mixberries Extract, Acerolla Cherry Extract, dan Orange Extract dimana kesemuanya memberi kesan yang sangat baik untuk kulit anda.

Kelebihan dan kebaikan : 
✔ Mencerah & memutihkan seluruh wajah
✔Menghalang pembentukan blackhead & whitehead
✔Mengawal minyak berlebihan dimuka
✔Menaikkan seri wajah
✔Mencerahkan mata
✔Menghalang penghasilan melanin kulit
✔Memutihkan kulit menjadi putih pink & gebu
✔Menutup liang pori muka
✔Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1-2 minggu
Cara Minum pun senang sangat :
1. Tuangkan sepeket  Kitsui Whitenin B.B Drink kedalam air suam (150 ml)   
2. Kacau dan minum segera

KITSUI KOREAN WHITE



KITSUI KOREAN WHITE ni adalah 100% Sugar Free dan sesuai untuk yang tak suka manis dan pesakit kencing manis.



Produk ni adalah untuk memutihkan serta dirumus khas untuk anti penuaan kulit. Salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan kesan yang bagus untuk produk ni ialah camu-camu.Camu-camu ni lebih 50 kali ganda vitamin C dari buah oren. Wow.. best ni..

Kelebihan & Kebaikan :
✔ Untuk memutihkan kulit seluruh badan
✔ Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, resdung, parut, liang pori terbuka, berkulit kusam dan gelap
✔  Mencerahkan kulit, tanpa kesan sampingan. 
✔  Menghilangkan flek hitam.
✔  Mencegah luka jerawat dan menutupnya secara rapat.
✔  Menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit (look brightness).
✔ Tegang serta gebukan kulit wajah 
 Sesuai untuk penguna yang mempunyai masalah Diabetis 100% Sugar Free 
 Amat sesuai untuk pesakit diabetis atau kencing manis. 

Kitsui Korean White ni boleh diambil pada waktu malam dan ianya boleh dicampur ke dalam air kosong, teh/kopi, sup/oat, jus atau yogurt.

Bukan susah nak cantik kan?

Cara minum pun mudah je
1. Campur 1 paket ke dala 80ml air suam.
2. Kacau sehingga larut dan minum.

Untuk Ibu Hamil,menyusu atau sedang ambil ubat Eyza nasihatkan jumpa Doktor dulu sebelum ambil produk ni. Bukannya apa, kesan sesuatu ubat atau supplement tu berbeza setiap orang.



Kita boleh beli produk ni dekat Watson, Guardian atau Lazada. Sekarang ni tengah ada promo tau! Cuma perlu kumpul 6 barcode di kotak, lepas tu boleh tebus produk percuma. Rugi tau kalau tak grab peluang ni.

Untuk keterangan lanjut boleh layari :
Web : http://kitsui.com.my
FB : kitsui.malaysia
Instgram : kitsuimalaysia

23.5.17

Buffet Ramadhan Di Shah Alam Convention Centre menyajikan 100 sajian menarik!

23.5.17,Tuesday, May 23, 2017
Asyik pergi Buffet Ramadhan kat KL je kan? Kali ni Eyza nak bagitau tentang Buffet Ramadhan di SACC, Shah Alam pulak.

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), telah menjadi satu lokasi yang sinonim dan popular dengan majlis bufet Ramadan. Bukanlah julung-julung kali SACC mengadakan bufet seumpama ini malah majlis ini bagaikan telah menjadi satu tradisi bagi SACC pada setiap tahun.


Diatas permintaan popular daripada pelanggan sejak 2015, SACC sekali lagi kembali dengan bufet bertemakan “Cita Rasa Warisan Nusantara” pada tahun ini. SACC menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Kambing kebuli yang menjadi hidangan utama dan juga hidangan tradisi SACC ini pasti akan menjadi tumpuan pengunjung.


 Istimewa pada tahun ini, Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar akan membawakan beberapa hidangan istimewa yang bertemakan Cita Rasa Warisan Nusantara. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa - Ampal (Ayam) Masak Merah Banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara dan Kepala Ikan Pindang Lampung. Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef SACC, bahan-bahan dan rempah-ratus.

                
Dengan harga baucar RM 88.00+ untuk dewasa dan RM 48.00+ untuk kanak-kanak dari 7 hingga 10 tahun, SACC menawarkan kepakaran mereka dalam setiap masakan yang bakal disajikan. Sementara kanak-kanak di bawah usia 6 tahun akan dijamu secara percuma.
            Promosi Early Bird yang kini sedang berlangsung menawarkan baucar Bufet Ramadan dengan harga serendah RM 78.00+


Bagi mereka yang merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau kaum keluarga, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan yang tinggi melalui promosi Early Bird ini menerusi laman web SACC; www.sacc.com.my/bufet-ramadan-2017 (Semua pembayaran mesti dibuat sebelum 27 Mei 2017. Selepas tarikh tersebut, harga jualan RM 88.00+ akan berkuatkuasa). Jika anda ingin membuat tempahan awal, anda boleh menghubungi SACC di talian 03-5511 8858.


            Seperti tahun-tahun yang lalu, objektif kedua yang dibawa melalui majlis ini ialah untuk berbakti melalui program CSR yang dianjurkan. Pada tahun ini, SACC telah mengambil satu inisiatif mulia untuk bekerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Rescue Syria. Mekanisma yang digunakan adalah melalui setiap baucar bufet Ramadan yang dijual dengan harga RM 88.00+, RM 1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui MAPIM.


            “Pihak SACC sentiasa mengambil inisiatif mulia untuk mengusahakan sebaik mungkin satu bentuk sumbangan sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia dan mengambil peluang untuk beramal kepada yang memerlukan melalui program yang disusun atur dengan teliti” kata Encik Nasrudin Abu Bakar, Pengurus Besar SACC.     Usaha ini akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan 2017 dan program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk “Berbuka sambil Beramal”.

            Sementara itu, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat bermula pada harga RM 70.00+ dengan jumlah minima tetamu seramai 50 orang. Pakej ini menyediakan ruang khas untuk tetamu anda. Untuk pakej ini, anda juga boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai berkenaan untuk memastikan sambutan Ramadan anda berjalan lancar.
             
            Pastikan anda mengikuti pengumuman SACC di laman Facebook: SACCOfficialnew dan Instagram: shahalamconventioncentre untuk maklumat lanjut dan terkini. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SACC di talian 03-5511 8858 atau layari www.sacc.com.my/bufet-ramadan-2017 .

22.5.17

Iftar @ Kedai Kopi Journal di Hotel The Kuala Lumpur Journal tampilkan kelainan

22.5.17,Monday, May 22, 2017
Asyik cerita Buffet Ramadhan je kan? So, kali ni Eyza nak cerita pasal Set Berbuka Puasa pulak. Bukan Buffet tau ni.

Untuk buat kelainan, Hotel The Kuala Lumpur Journal yang terletak di Jalan Beremi Bukit Bintang ni buat konsep lain. Bukan Buffet Ramadhan macam kebanyakan hotel.


Eyza baru first time sampai dekat sini. Hotel ni boleh dikatakan masih baru sebab ianya mula dibuka mulai tahun 2015. Kiranya baru 2 tahun macam tu. Dah la dekat dengan Stesyen Monorail Bukit Bintang. Memang strategik sangat untuk pelancong menginap dekat sini.



Dekat sini ada 2 tempat makan. Satu kat tingkat atas yang berkonsepkan open air dan satu lagi dekat cafe bawah yang dikenali sebagai Kedai Kopi Journal.


Sementara menunggu kawan-kawan Eyza datang, Eyza lepak dulu dekat atas. Lepas tu baru ke cafe bawah.

Dekat Kedai Kopi ni pun dekorasi  x kurang hebatnya. Simple but nice. Suka Eyza tengok sebab ianya sesuai untuk seisi keluarga.




Disebabkan konsep Iftar @ Kedai Kopi Journal ni sesuai dengan keluarga, untuk Ramadhan tahun ni pihak hotel buat konsep mangkuk tingkat dan hidangan untuk keluarga. Kiranya konsep ni lagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sebab kita hanya duduk dan makan tanpa perlu bangun banyak kali macam Buffet Ramadhan.

Ada dua set yang disediakan iaitu Set A dan Set B. Kedua-dua set ada keunikannya yang tersendiri.

Satu set hanya berharga RM 298 nett untuk 5 orang. Set ni boleh dipesan di sini mulai 29 Mei 2017- 24 Jun 2017.

Set A


Set B


Eyza sempat rasa kedua-dua set.


Keropok sedap.. Mula-mula makan keropok pun dah kenyang sebab x sedar kitaorang makan habis sepinggan.


Nasi yang dihidangkan dalam mangkuk tingkat.


Sate daging paling win. Otak2 pun sedap secukup rasa.


Rendang daging yang jadi kegemaran Eyza. Banyak kali Eyza tambah. Ratah camtu je pun sedap.


Ayam Green Curry ni lembut. Ayam dara kan..Memang sedap ratah camtu je.


Kari Ikan Merah ni tak berminyak dan berlemak. Just nice je. Dah la utk hidangan ni, diaorang masak seekor ikan. So, kalau suka kepala ikan kat sini la jawabnya.


Kambing yang diperap dengan rempah. Daging lembut dan tak ada bau hamis langsung. Rempah pun diperap elok.


Desert yang pelbagai. Dari kuih muih sampailah ke kek. Semua sedap.


Uniknya kek ni dibuat dari teh tarik. Sedap tau. First time Eyza rasa.


Nampak best kan? Serius Eyza memang recommed sangat berbuka puasa kat sini bersama keluarga atau kawan -kawan. Sedap tau!

Untuk keterangan lanjut boleh layari